Oleh: CUCU AKI ANTANOM
TENOM (Sabah Malaysia): Ketiadaan pengangkutan memaksa seorang ayah menggunakan troli yang diharamkan oleh kerajaan untuk menghantar anaknya yang diserang penyakit asma ke hospital.
ANDREAS PIKAN
“Saya melakukan semua ini demi nyawa anak kami,” tekan Andress Pikan, 34.Andreas yang tinggal di Kg. Panggi memberitahu, perjalanan selama lima jam dengan menggunakan troli amat memenatkan kerana kuasa troli itu bergantung sepenuhnya terhadap tenaga manusia.
“Sepanjang perjalanan itu saya dan isteri sentiasa menangis,” jelasnya.
Pada Isnin anak perempuan Andreas diserang penyakit asma dan keadaannya amat kritikal.
Kg. Pangi hanya boleh dihubungi dengan pengangkutan keretapi, tetapi perkhidmatan itu terjejas sejak lebih sebulan yang lalu ekoran kerosakan enjin.
MENYEDIHKAN ... Andreas bergadai nyawa bersama isteri selamatkan anak
Andreas merupakan seorang diantara seramai 3000 pengguna perkhidmatan itu.
Sejak lebih sebulan yang lalu penduduk telah menyuarakan masalah mereka kepada kerajaan, namun sehingga kini tidak ada sebarang tindakan positif telah diambil.
“Pengerusi JKKKK dan Ketua Kampung telah berulang kali bermesyuarat ... surat rami juga telah dihantar kepada pihak berwajib, tetapi masalah penduduk masih juga belum ditangani,” jelas Andreas.
Kg. Pangi juga dikenali sebagai Batu 78, terletak di pesisir Sungai Padas yang sejak sekian lamanya tidak mempunyai perhubungan jalanraya, dan penduduk bergantung sepenuhnya terhadap perkhidmatan keretapi untuk pelbagai keperluan.
Perkhidmatan keretapi Tenom wujud sejak zaman British, namun sesuatu yang menimbulkan persoalan penduduk ialah kehidupan mereka seolah-olah seperti sebelum merdeka.
“Tidak ada sebarang perkhidmatan telekomunikasi di sini,” dedah Andreas dan menambah;
“Neneknya pernah bercerita pada ketika era British terdapat perkhidmatan telefon di sub-sub station keretapi sepanjang perjalanan dari Tenom hingga ke Beaufort, selain perkhidmatan telegrafh,”.
Andreas memberitahu, jika perbandingan itu dilakukan menunjukkan kehidupan rakyat di kawsan itu pada ketika ini terlalu teruk.
“Bayangkan jika terjadi sesuatu terhadap anak saya,” Andreas bertanya.
Pengalaman Andreas itu dikongsi oleh beribu penduduk yang tinggal di pesisir Sungai Padas, dan kerajaan seharusnya peka dengan apa yang rakyat di kawasan itu sedang hadapi.
Borneo Digest akan berusaha untuk menghubungi pihak-pihak berkuasa di kawasan itu, termasuk pihak berkuasa kerajaan untuk mendapatkan reaksi.Borneo Digest.
20 ulasan :
Kesihan cucu Pejuang Antenom.
Pemimpin sabah melaungkan rakyat diutamakan. Rupanya diutamakan dari sudut kepinggiran.
Pencapaian kemajuan, kekayaan didahulukan untuk para pemimpin.
Bila lagi akan siap?? Belum ada jawaban. Atau tunggu dan lihat sahaja. Kesihannn!!!!
I sincerely hoped that the infrastructure developments can be improved in Kg Panggi and other rural areas like it.
It is difficult to become a developed states while there are some places which still does not have communication service or roads.
This is indeed a heartbreaking story.
This is one of many such instance. Who knows how many more is currently share such similar fate.
Based on the budget 2012,Sabah and Sarawak will receive RM5bil for rural development.
what is interesting about this budget allocation is that Najib also announced that rural transformation centres (RTCs) will be established in Sabah and Sarawak to integrate services from banks, clinics, skills and training centres, and others, for the rural community.
Hopefully this matter that has been highlighted by KM in this article will be included within this budget allocation
Sungguh memilukan bila masih ada rakyat Sabah yang masih terpaksa melalui kehidupan seperti ini. Nasib mereka perlu diberi perhatian. Janganlah terlalu ghairah laungkan kejayaan bila masih ada yang terpinggir.
Pembangunan di bandar dan luar bandar haruslah seimbang.
Diharap pengankutan di sana dapat dibaik pulih. agar keadaaan tidak hanya bergantung pada keretapi saja.
sungguh daif keadaan cucu pejuang antenom. seharusnya kerajaan menyediakan pengangkutan kepada penduduk.
penduduk di pedalaman jgua harus diberi perhatian, mereka jg inginkan pembangunan.
Harap ada kemudahan Klinik dikawasan terdekat dengan kampung kawasan mereka ini. Maka ini akan dapat membantu menyelesaikan masalah terlalu jauh untuk kebandar.
Pity Sabahans.
Selesaikan masalah yang ada.
kalau orang luar nampak situasi ini, entah apa yang akan mereka fikir.. sepatutnya kesulitan seperti ini tidak wujud lagi pada zaman sekarang.. saya harap situasi ini dapat membuka mata dan minda para pemimpin2 kerajaan di negeri ini untuk memperbaiki kemudahan infrastruktur terutaman di kawasan2 pedalaman..
I wish Sabahans could run out from problems asap.
pekara ini perlu diberikan perhatian daripada pihak yang berkaitan.
usaha untuk memenuhi keperluan penduduk perlu dipergiatkan agar penduduk dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.
Post a Comment