Hanya Mahathir saja tahu bila pilihanraya! Tuhan pun belum tahu lagi - Samy
“Bila pilihanraya?” Itulah soalan yang kita dapati apabila kita bertemu sesiapa di mana-mana. Itu merupakan soalan cupu mas dan tidak ada siapa boleh menjawabnya. Hanya PM sahaja yang tahu bila pilihanraya akan di adakan. Di negara ini hanya PM yang akan menentukannya, tidak ada siapa yang lain, tetapi PM tentulah ada penasihatnya yang akan memberikan tarikh yang dianggap terbaik untuk mengadakan pilihanraya itu.
Keadaan ini biasa berlaku apabila menghampiri pilihanraya. Apabila terlalu ramai yang bertanya bila pilihanraya akan diadakan, saya teringat kepada satu ‘joke’ pilihanraya yang dikaitkan dengan Samy Velu semasa Dr Mahathir menjadi PM negara ini. Samy Velu merupakan seorang pemimpin BN yang sangat popular dan beliau banyak dikaitkan dengan banyak jenaka yang sangat menggelikan hati apabila mendengarnya. Hari ini saya hendak tulis salah satu dari jenaka yang berkaitan dengan Samy Velu.
Mengikut cerita jenaka itu, ia berbunyi begini;
Samy Velu, Presiden MIC semasa berucap kepada ramai ahli-ahli MIC, telah mengambil kesempatan menjawab persoalan, bila pilihanraya umum akan diadakan. Dr Mahathir semasa itu menjadi PM telah membuatkan rakyat tertanya-tanya bila tarikh pilihanraya yang tepat. Samy Velu sebenarnya pun tidak tahu hendak menjawabnya kerana beliau mengaku yang beliau sendiri tidak tahu kerana itu merupakan hak PM untuk menentukannya.
Jadi, dalam satu majlis Samy telah menjawab pertanyaan itu dengan berkata, “Tuan-tuan dan puan-puan, tidak ada siapa yang tahu bila tarikh pilihanraya yang sebenarnya. Yang penting kita mesti bekerja kuat untuk mempastikan yang kita sentiasa bersedia apabila pilihanraya diadakan. Kita jangan tanya bila pilihanraya itu akan diadakan tetapi kita mesti bersiap sedia. Hanya Dr Mahathir saja yang tahu bila pilihanraya akan dipanggil. Hanya PM saja yang tahu! TUHAN pun belum tahu lagi!”…..disambut dengan gelak ketawa dari hadirin.
Itu sahaja cerita pendek saya. Kadang-kadang menulis cerita jenaka seperti ini boleh meringankan pemikiran kita.
11 ulasan :
Hanya Najib sendiri sahaja yang tahu bila pilihanraya akan diadakan tahun ini. Tiada sesiapa yang boleh meramal tarikh sebenar, kita cuma boleh tunggu sahaja pengumumannya.
Baik semua rakyat mula bersedia menghadapi pilihanraya bila-bila masa dari sekarang.
Hnya PM yang berkuasa untuk menentuukan tarikh PRU, jadi kita tunggu pengumuman daripadanya.
tarikh PRU akan diumumkan apabila PM dah benar2 bersedia.
Samy Vellu pun sudah bersuara. tunggu saja la PM umumkan. semua parti kena bersedia dan rakyat pun harus juga bersedia.
Semua kena mantapkan prestasi masing2. Yang pasti tahun ini juga PRU.
Xpire pemerintahan 2013. Enam bulan sebelumnya, mesti diadakan pru.
Bulan november sesuai adakan pru.
Atau sebelum bulan feb 2013.
Tidak perlu kelamkabut adakan pru.
Pemimpin negara masih banyak tugas untuk rakyat 1 malaysia.
Mahathir pun keliru bila PRU akan diadakan. Beliau sendiri pun pasti belum lagi dimaklumkan oleh PM kita Datuk Najib.
Banyak yang kerajaan kena lakukan lagi. Rasanya bila hampit tamat tempoh pemerintahan barilah PRU13 diadakan. Sekarang ni banyak kontroversi dan skandal.
satu jenaka yang boleh menggambarkan tahap mentaliti orang tersebut.. anyway, saya bersetuju dengan part yang mengatakan "jangan tanya bila tarikh pilihanraya,"... tanya la diri sendiri samada sudah bersedia atau tidak..
We should not speculate the date but we must prepare our self while waiting for the announcement
Post a Comment