Saturday, February 18, 2012


Sdr Marawan Yassin


Seorang rakan fcb kelapamawar mengutarakan pandangan mengenai kehadiran PATI di Sabah juga keperluannya menubuhkan RCI seperti yang diwar-warkan oleh media politik di Sabah.Lebih-lebih lagi bila melibatkan pemimpin politik yang memberikan pandangan. Jarang ada dikalangan anak-anak Sabah yang cesara terus terang membincangkan isu ini mengikut persepsi mereka sendiri. Justeru itu  melalui blog ini Kelapamawar memaparkan pandangan seorang anak Sabah yang melihat isu PATI dan keperluan RCI di Sabah mengikut kaca mata beliau. Seorang bekas pelajar university of Toledo dan bekerja sebagai Senior manager,operations and logistics PETRONAS di Kuala Lumpur,beliau mengutarakan pandangan berikut:

Pagariku Kelapa Mawar, saya mempunyai pendapat yang lain mengenai pendatang dan pendatang haram dari Filipina dan Indonesia. Kebanyakan mereka ini beragama Islam. Manakala, penduduk tulen di Sabah yang beragama Islam mungkin hanya lebih kurang 50% saja. Katakanlah kalau Sabahpun dikuasai oleh pihak pembangkang seperti dizaman PBS dulu, kita orang Islam tidak akan dapat berkuasa penuh.

Sekiranya PTI ini beransur-ansur mendapat kerakyatan melalui project "Rahasia." maka akan terjadi kelebihan dari golongan Islam untuk jadi majoriti namun "Bajau" dari Filipina akan berkuasa pula. Pada masa yang sama pihak pembangkang akan tiada peluang untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerana warga yang baru mendapat kerakyatan pasti akan mengundi pemerintah yang sedia ada kerana termakan budi.

Dari segi ekonomi, kehadiran PTI banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri kerana tanpa pendatang ini orang Sabah sendiri memilih kerja menyebabkan banyak projek yang tidak dapat dilaksnakan terutama dalam sektor binaan.

Satu hal yang perlu diberi perhatian ialah pendatang dari negeri China kita begitu beri perhatian kerana pihak berkuasa banyak fokus kepada PTI dari Filipina dan Indonesia kerana senang kenal mereka dari percakapan dan penampilan manakala PTI dari China kita biarkan. Bila kita sibuk-sibuk dengan PTI dari Filipina dan Indonesia, orang China tambah orangnya begitu juga orang India kalau di semanjung. Sekarang inipun kita ada temui orang-orang China dari Indonesia kerja di Sabah. Pada masa yang sama golongan dari Nasrani banyak mengambil orang Timur Nasrani berkerja di Sabah. Jadi ini untuk apa?

Tidak lama lagi kita juga akan dibanjiri migran dari Semanjung kerana buat bisnes. Projek-projek Persekutuan di Sabah banyak yang dapat dari Semanjung. Berbanding dengan Sarawak, kita sudah tiada kawalan kerana Sabah sudah jadi UMNO. Di Sarawak, mereka hanya bagi 3-5 tahun untuk orang Semanjung berkerja di Sarawak kerana harus diganti oleh orang tempatan.

Dari sudut lain, bumi ini adalah milik Allah, hambanya semestinya bebas untuk mencari rezeki di bumi yang luas ini seperti bebasnya ikan-kan di lautan dan burung-burung di daratan untuk mencari rezeki namun kerana manusia membuat sempadan tersendiri maka perkara ini sudah tidak dapat dilaksanakan.

Sabah dulunya adalah milik kesultanan Sulu sebelum British North Borneo memajaknya. Manakala Sabah masih memberi sewa pajakan kepada waris sultan sulu " Jamalul Kiram." Kalau itu yang jadi landasan orang Bajasu, Sulu dan juga Bagau ah Iranun juga boleh datang ke Sabah untuk berkerja dan jadi rakyat Sabah.

Ini adalah pandangan saya pagari Kelapa Mawar. Saya mengharapkan hujah-hujah dari pagari untuk membetulkan fikiran saya jika tersasar dari hakikat yang sebenar.

18 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar,

Secara keseluruhan nya, pandangan berupa analisis sahabat saya Sdra Marawan (teman se-universiti saya di Toledo, Ohio USA) ada lah rasional dan memang apa yang diperkatakan terjadi disana sini di Malaysia.

So dalam perkara yang mungkin terlepas pandang ini ( Warga China dan Indian) perlu juga diambil kira sebagai satu penambahan bilangan PATI di Malaysia am nya dan di Sabah khas nya.

Saya kurang arif dengan apa yang berlaku di semenanjung tetapi diSabah boleh dikatakan kebanjiran warga China atau pun Indian ada lah dalam tahap minimum...Masih belum dikategorikan sebagai mengugat integriti keselamatan negara saperti yang berlaku dengan warga dari filipina dan indonesia.

Sejauhmana kebenaran bilangan PATI yang sudah ditransformasi kan menjadi PATAI (pendatang asing ada IC) saya agak kurang pasti. Demekian juga dengan peranaan tuntutan waris sultan sulu dalam konteks politik Sabah saya juga kurang pasti ( mungkin tidak seteruk mana yang diwar2kan),
Isu saperti ini hanya dapat dikenal pasti kalau sekira nya RCI telah beroperasi sepenuhnya nanti.

Persoalan PATAI mengundi BN kerana termakan budi itu, ada lah satu perkara yang mungkin perlu di fikirkan sebaik mungkin.
Pada saya, kadang2 kes ini berkemungkinan berlaku saperti 'keris makan tuan'. Kerana berasaskan kajian dengan bertanya kepada golongan yang dimaksudkan ini terdapat juga rasa tidak puas hati dikalangan mereka kepada kerajaan BN yang telah memberi mereka peluang ini.

Terdapat dikalangan mereka ini berkata bahawa bantuan itu ada lah alang2. Pada mula nya mereka dijanjikan akan di beri banyak bantuan selaku rakyat tempatan. Namun akhir nya banyak juga janj2 yang tidak ditepati..

Anak2 mereka tidak mendapat biasiswa, peluang pekerjaan dalam agensi kerajaan tipis dan banyak lagi masaalah peribadi yang hanya mereka yang tahu.

Justeru itu, kita tidak dapat menjamin 100% bahawa mereka akan mengundi BN pada dalam PRU13 nanti. Otherwise, saya setuju dengan kebanyakan perkiraan Sdra Marawan Yassin.

Semuga sukses KM

Anonymous said...

kalau saya pemilik IC projek, saya juga akan cakap 'ic saya tulen kerajaan yang keluarkan' walaupun ic itu saya perolehi dari sindiket yang beroperasi di Tawau sebelum ini..

running man said...

Katakanlah kalau Sabahpun dikuasai oleh pihak pembangkang seperti dizaman PBS dulu, kita orang Islam tidak akan dapat berkuasa penuh.
Sekiranya PTI ini beransur-ansur mendapat kerakyatan melalui project "Rahasia." maka akan terjadi kelebihan dari golongan Islam untuk jadi majoriti namun "Bajau" dari Filipina akan berkuasa pula.

Masalah timbul gara-gara mahu berkuasa. Mahu jadi tuan kepada semua? Jika selama ini peluang diberi sam rata, mungkinkah isu seperti tidak timbul?

Anonymous said...

RCI amat diperlukan untuk selesaikan masalah2 berkaitan PATI.

Anonymous said...

harp RCI akan ditubuhkan segera.

DorianG said...

It is indeed a hard medicine to swallow knowing that these illegal immigrants too indirectly contributes the the spur of our economy as being pointed out by KM.

DorianG said...

Other than that, it is too unmistakeably true as well as SOLYMONE has pointed out that of late, there is an increase influx of these Foreign workers from mainland China as well as the sub-continent of India.

DorianG said...

But the main question is this: Are we going to generally categorized these 'foreigners' as PATI (this include those with valid working visas as well those who enter our state in proper legit channels)?

DorianG said...

End of the day, the RCI in Illegal immigrant is the ultimate cure for these 'infestations'.

DorianG said...

Hopefully the PM will be decisive on this matter and made the announcement regarding this matter.

Green Sabah said...

I have to agree with Mr Marawan Yassin's statement that the illegals does contribute in some ways to our economy otherwise most of the projects wouldn't work out as the local Sabahans does not wanted certain jobs. Too bad since these jobs can help the hard core poor Sabahans to earn extra income if they are willing to take it.

Green Sabah said...

It is true that China immigrants are also beginning to come in to Sabah for work, they are more overlooked compared to the popular Indonesia, Philippine and Pakistani immigrants.

Smookiekins said...

Isu PATI sangat2 membimbangkan. Sekiranya bilangan mereka semakin bertambah makan kita rakyat Sabah yang ori akan tenggelam kelak pasti mereka yang akan menguasai segalanya. Diharap sangat RCI dapat diluluskan untuk menyelesaikan masalah PATI / mengurangkan bilangan mereka.

TuhauBam said...

Selain berharap kepada penubuhan RCi, pihak berkuasa juga harus mengesan mereka yang terlibat dalam sindiket IC palsu.

Unknown said...

Bagus pula kalau di Sarawak hanya 3-5 tahun saja berkerja disana selepas itu akan digantikan oleh penduduk tempatan sendiri. Bagus kalau Sabah pun melakukan perkara yang sama.

Unknown said...

Padangan yang diberikan oleh anak Sabah ini sememangnya logik dan menarik untuk difahami. Mengenai PATI sememangnya kerajaan lebih kepada Filipina dan Indonesia, mungkin untuk China dan India rasanya ada tapi kita tidak nampak.

Sebab saya sendiri pernah nampak pihak imigresen datang dan memenahan pekerja india di beberapa buah restoran di Mengatal. Semua perkerja ditahan dan yang tinggal masa itu cuma pembuat bakso orang indonesia. Ini kerana semua pekerja india tersebut tidak ada permit yang sah. Jadi kita tidak boleh juga kata pihak berkuasa tidak menumpukan kepada india. Mungkin ada tapi kita tidak nampak semua itu. Cuma yang nampak saja yang tahu.

Anonymous said...

Kita asyik sibuk dengan PTI indon dan pilipin tapi pendatang lain2 dilepas pandang, 50 ribu pelancong asing warga cina ke mana pergi? apakah sudah jadi warganegara pula secara senyap....

Unknown said...

ada benarnya apa yg di perkatakan, anak negeri sabah memg memilih kerja & ni jugak terjadi pada orang melayu.. lpas tu dorang kan ckp "peluang dorang di rampas" sbenarnya mereka saja yg tak brusaha, wlopun tak semua tpi sbhgian mreka memg camtu.