Tuesday, February 21, 2012



Sama ada RCI satu keperluan atau sebaliknya di Sabah guna membenteras kebanjiran PATI di negeri di bawah bayu itu bukanlah satu-satunya kaedah paling berkesan untuk 'mencegah','mengatasi' ataupun 'membenteras' kehadiran PATi itu, kerana banyak cara dan kaedah yang boleh dibuat termasuk mengadakan pendaftaran secara terbuka dan 'status' yang diragui melalui beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan pendaftaran. Selain kerajaan dengan bantuan agensi-agensi berkenaan membuat pendaftaran secara berkala dan berjadual di seluruh pelusuk negeri Sabah.

Ertinya penubuhan RCI bukanlah titik point kepada penyelasaian masalah PATI di Sabah. Dari sudut politik, isu RCI ini banyak dibangkitkan oleh pemimpin politik dari suku KDM. Dari awal-awal lagi pemimpin UMNO seperti Bung Mokthar mempunyai persepsi berlainan,yakni RCI tidak perlu!.Apa rasional dari sudut politik situasi yang melanda BN Sabah ini?

Sebelum persempadanan semula kawasan pilihanraya di sabah, kawasan-kawasan berpenduduk KDM adalah sama dengan kawasan pilihanraya di mana bumiputera Islam menjadi penduduk mejoriti.Sebelum 2004 kawasan DUN di Sabah adalah sebanyak 48 DUN. Kawasan KDM sebanyak 20 sama dengan kawasan DUN bumiputera Islam. Manakala 8 kawasan lagi adalah majoriti dari kaum Cina.

Isu merry gendering ini adalah satu kelebihan kepada pemerintah. Kerana di Sabah bila proses Merry-gendering ini dilakukan, pertambahan kawasan berlaku di kawasan bumiputera Islam menjadikan keseluruhan DUN di Sabah bertambah kepada 60 kawasan.Menjadikan DUN di kawasan bumiputera Islam menjadi 32 manakala KDM masih kekal bersama dengan kawasan Cina.

Ini menjadi isu besar bagi KDM kerana, walasu bagaimanapun mereka bersatu, hatta menguasai 8 kawasan Cina, pemimpin KDM ini tidak akan mampu mengetuai kerajaan Sabah, selagi UMNO dan Bumiputera Islam menguasai 32 kawasan DUN.Pemimpin KDM sedar kemsukan UMNO di Sabah 'melenyapkan' sekaligus impian terbesar mereka untuk kembali berkuasa seperti era PBS. Apatah lagi penamapatan sistem penggiliran KM Sabah.

Ada pemimpin KDM merasakan tindakan PBS menyertai BN dilihat sebagai faktor menyebabkan KDM semakin jauh dari kerusi KM Sabah.Sebab itu berlaku ugutan politik akan berlaku parti asas KDM akan meninggalkan BN Sabah sekali lagi baik dari parti UPKO atau PBS.Justeru jika berlaku desakan penubuhan RCI, bukan menyelesaikan isu PATI sebenarnya tetapi sebagai pembuktian bahawa pertambahan kawasan DUN bumiputera Islam disebabkan oleh kehadiran PATI dan kepentingan politik UMNO. Najib sadar mengenainya?

36 ulasan :

TuhauBam said...

Banyak kaedah boleh digunakan untuk mengatasi masalah kebanjiran PATI..

Orang yang mengatakan banyak kaedah untuk mengatasi isu PATI tidak akan berguna sekiranya tiada tindakan. Kritik lagi senang daripada melaksanakan / tindakan untuk memperjuangkan kaedah tersebut.

Kris Jr said...

Kaji semula sempadan kawasan2

Anak Sabah said...

Harap RCI ini tidak akan dijadikan alat politik jika mereka ikhlas memperjuangkan isu ini.

Anak Sabah said...

RCI ini bukan cara untuk menyelesaikan masalah PATI, ia cuma menyiasat sahaja isu Projek IC.

DorianG said...

As of now, Putrajaya has given confirmation that The RCI on Illegal immigrants In Sabah is at the final Phase.

DorianG said...

The matter that is in this phase is the scope that covers the term of reference pertaining this matter.

DorianG said...

Hopefully this matter will quash all false dissemination claiming that the PM is 'insincere' pertaining this matter.

DorianG said...

As far as this matter is concern, it is heading in the right direction by all account.

DorianG said...

End of the day, hopefully there will give a clear cut modus operandi as to how this RCI will look into the Illegal immigrant matter.

aku baini said...

In view of illegal immigrants is a serious matter and should not be taken lightly by all parties, then it must be solved immediately

aku baini said...

a full and intensive investigation into the sudden increase in the Sabah population which happened at an extraordinary stage in the last decade must be made urgently.

aku baini said...

Biarlah keputusan yang tepat dapat dibuat oleh kerajaan untuk kebaikan semua

aku baini said...

walau bagaimanapun, penubuhan RCI harus dibuat dengan pertimbangan dan perlaksanaan yang wajar

aku baini said...

jika benar hanya RCI sahaja yang dapat menyelesaikan isu PTI, maka mudah-mudahan PM kita akan meluluskan penubuhannya sebelum PRU

kamilla said...

Kajian perlu di lakukan untuk mencari apa lagi yang perlu di buat selain RCI untuk mengurangkan kemasukan PATI.

kamilla said...

Pemimpin di Sabah seharusnya berganding bahu untuk sama2 mencari jalan penyelesaian.

kamilla said...

RCI juga antara satu jalan alternatif yang boleh memberi jawapan kepada masalah ini.

Anonymous said...

walaaupun RCI bukan pennyelesaian sebenar bagi masalah PATI, tapi kita tetap perlukan RCI.

Anonymous said...

apapum harp RCI akan ditubuhkan segera.

running man said...

RCI perlu ditubuhkan secepat mungkin dan hasil siasatan selesai sebelum PRU13.

running man said...

Kerajaan dan pembangkang patut duduk semeja dan cari jalan penyelesaian kepada masalah PATI ini. Jika ikhlas mahu perjuangkan nasib Sabah dan rakyatnya, sekurang-kurangnya mereka sehaluan dalam mengatasi isu PATI.

Anonymous said...

Masih ada harapan untuk atasi kebanjiran PATI di negeri inikah?

Anonymous said...

Pihak berkuasa jangan terima duit rasuah yang diberikan oleh PATI kepada mereka.

Anonymous said...

ketatkan saja kawalan sempadan.. confirm masalah PATI ini akan selesai..

jsiput said...

I don't believe RCI is the only way to solve the illegal immigrants issue in sabah. There must be other ways too.

No name said...

Buat masa kini RCI adalah kaedah yang paling logik dibandingkan yang lain. Tidak harus diketepikan.

No name said...

Tunggu pengesahan dan pengumuman dari PM.

No name said...

RCI indeed good to investigate the root of the problems. Only such, method to resolve can be implemented.

No name said...

Not sure why federal still taking long time to approve and announce to setup the RCI.

No name said...

Jumlah PATI seakan brtambah banyak masa ke semasa, apakah cara dan saluran manakah mereka ini masuk?

Anonymous said...

Buat masa kini, RCi adalah yang dikatakan lebih baik kalau tiada kaedah lain dikemukakan.

Anonymous said...

Kerja pantau harus dijalankan oleh pihak imigresen. Jabatan ini harus bertanggung jawab untuk memastikan mereka ini tidak masuk tanpa dokumen yang sah.

Anonymous said...

RCI adalah langkah baik untuk mengenal pasti masalah pendatang haram ini.

Anonymous said...

No reason that Najib will reject RCI.

Anonymous said...

Parti pembangkang dan BN harus bekerjasama untuk menyelesaikan masalah PATI.

Unknown said...

Semoga RCI akan dapat dilaksanakan secepat yang mungkin.