Saturday, February 18, 2012



Kenyataan Najib bahawa Sabah bukan lagi negeri miskin dianggap sangat-sangat mengelirukan. Bagi pembangkang di Sabah terutamanya PAS menyifatkan  kenyataan yang dibuat oleh Najib di Lahad Datu itu adalah satu 'pembohongan' berunsur untuk meraih undi. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS sabah, sdr Mohd.Julpikar Mijan yang diterbitkan dalam Harakah Daily menyebut Najib juga dikatakan akan mengumumkan penubuhan RCI di Sabah dalam lawatannya itu tetapi ia hanyalah satu penipuan kepada rakyat Sabah kerana sehingga Najib pulang ke Kuala Lumpur, pengumuman yang dinanti oleh rakyat Sabah itu tidak berlaku.

“Sejak sebelum kedatangan Najib ke Sabah, kita difahamkan beliau akan membuat pengumuman mengenai RCI. Kecoh sana-sini, terpampang menteri-menteri Umno bagi tau Najib nak umum RCI. Rakyat tunggu. Sampai dah balik ke Kuala Lumpur, langsung tak ada disebut pasal RCI. Ini penipu,” ujarnya.


Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah : Sdr Julpikar Abd Mijan




KOTA KINABALU, 18 Feb: Rakyat Sabah diperingatkan agar tidak termakan dengan pujian menggunung Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak berkenaan negeri Sabah yang tidak lagi merupakan negeri yang miskin.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mohd Julpikar Abd. Mijan (gambar) dalam kenyataannya turut mengakui bahawa Sabah merupakan negeri yang terkaya dengan hasil bumi yang banyak.

Namun begitu, ujarnya rakyat perlu sedar bahawa sekadar negeri kaya tidak membawa apa-apa perubahan sekiranya tidak membawa apa-apa manfaat dan hasil untuk diberikan kepada rakyat.

“Kita (PAS) akui bahawa Sabah ini negeri yang kaya. Itu betul. Najib cakap betul. Jangan tengok negeri. Tengok rakyatnya. Kalau datang sekadar dua tiga hari. Melihat dari udara menggunakan helikopter, sudah cakap negeri ini kaya,” ujarnya.

Najib, yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Sabah mendakwa perubahan besar dalam lanskap pembangunan dan ekonomi sejak 1963, menjadikan Sabah bukan lagi negeri termiskin malah berpotensi untuk maju ke hadapan.

Menurut Julpikar lagi, Najib tidak perlu untuk berasa gusar sekiranya berkata dengan kebenaran dan fakta kerana itu telah meyakinkan rakyat Sabah tetapi, amalan berbohong dan mendustakan kebenaran menyebabkan rakyat semakin celaru dan bingung dengan pemimpin Umno.

“Tak payah nak berbohong dengan orang Sabah. Sudah-sudahlah berbohong dan menipu rakyat. Takkan dah jadi Perdana Menteri pun sanggup berdusta dengan kebenaran," jelas Julpikar.

Sebaliknya kata Julpikar, Najib dan rombongan Umno seharusnya menilai dengan baik dan teliti dengan melihat permasalahan yang dialami rakyat Sabah.

Menurutnya, masih wujud di mana rakyat di pinggir bandar Kota Kinabalu diapit dengan bangunan pencakar langit tetapi kehidupan rakyat masih seperti di era penjajahan.

“Parlimen Sepanggar, di sana rakyatnya masih lagi menagih janji-janji wakil rakyatnya yang lamanya lima tahun lalu. Setiap kali masuk kampung, Yang Berhormat janji buat itu buat ini... keluar kampung, hilang semua janji yang ada.

“Ini perangai wakil rakyat Umno yang seperti kebudak-budakkan. Janji lima tahun lalu belum lagi tertunai, masuk tahun ini... berjanji lagi... nak pilihanraya nanti, lagi banyak janjinya," ujar Julpikar dalam nada kecewa.

Katanya, perlu dijelaskan kepada rakyat bahawa, bandingan antara Kelantan dan Sabah adalah terlalu jauh.

Mengikut statistik, hak royalti minyak berjumlah RM2 billion kepada Kelantan turut gagal dipatuhi oleh kerajaan dan Petronas selain meninggalkan hutang berjumlah RM720 juta yang kini terpaksa ditanggung kerajaan PAS sejak tahun 1990.

“Sejak sebelum kedatangan Najib ke Sabah, kita difahamkan beliau akan membuat pengumuman mengenai RCI. Kecoh sana-sini, terpampang menteri-menteri Umno bagi tau Najib nak umum RCI. Rakyat tunggu. Sampai dah balik ke Kuala Lumpur, langsung tak ada disebut pasal RCI. Ini penipu,” ujarnya.

Katanya, rakyat sekarang sudah celik maklumat dan tidak mudah tertipu dengan mainan politik Umno yang songsang.

“Kita (PAS) tahu, rakyat celik dan faham. Rata-rata rakyat dari kecil hingga dewasa sudah mengenali Facebook, blog dan perisian-perisian tertentu,” katanya.

Pemuda PAS, ujarnya turut bersedia untuk berdebat dengan mana-mana pemimpin Umno berkaitan keadaan Sabah dan rakyat Sabah yang dihimpit kemiskinan.

“Kita (PAS) bersedia menyahut cabaran. Mana-mana pemimpin Umno yang pandai cakap besar untuk kita berbahas dan membicarakan isu ini di hadapan rakyat.

“Sama ada pemimpin pusat mahupun pemimpin negeri hatta Perdana Menteri sekalipun. Kalau Najib mengelak untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdebatlah dengan Pemuda PAS Sabah,” kata Julpikar.

29 ulasan :

Anonymous said...

bercakap soal PAS Kelantan, tertunaikah semua janji2 PAS kepada rakyat Kelantan?? jika janji BN selama 5 tahun tidak ditunaikan dia boleh ungkit, bagaimana pula dengan janji PAS berkenaan dengan masalah air di Kelantan?? bukan setakat lima tahun.. malah sudah lebih 20 tahun PAS mentadbir negeri itu.. jangankan selesai, malah dia minta lagi tempoh sehingga 2027 untuk menyelesaikan masalah air..

Anonymous said...

mungkin Julpikar patut juga memberikan komen tentang tindakan PAS Kedah merobohkan madrasah di negeri itu untuk memberikan laluan kepada pembinaan kompleks membeli belah.. dan komen juga bagaimana PAS Kedah boleh memberikan lesen pembalakan kepada syarikat besar untuk melakukan aktiviti pembalakan dikawasan hutan simpan..

aku baini said...

penubuhan RCI memang telah sekian lama diminta ditubuhkan oleh rakyat Sabah, harap kerajaan tidak menghampakan permintaan kami

aku baini said...

harap kenyataan yang dilafazkan oleh PM dapat disahkan betul, jikalau tidak, tentu pembangkang akan mencari alasan untuk menjatuhkan imej beliau

aku baini said...

Rakyat Sabah akan melihat dan menilai sendiri bagaimana janji kerajaan BN pada kali ini dari aspek kejujurannya kerana semua itu akan diterjemahkan oleh rakyat itu sendiri dalam memutuskan keyakinan mereka

aku baini said...

apa yang penting, skala gaji di seluruh Malaysia harus diselenggarakan dengan adil dan sama rata

aku baini said...

walau bagaimanapun, semuanya di tangan rakyat Sabah untuk menentukan nasib BN dan parti2 pembangkang di PRU-13 nanti

running man said...

Tiada kerajaan yang sempurna. Tapi itu bukan alasan untuk tidak menjaga kebajikan rakyat dan menidakkan pembangunan di sesebuah negeri itu. Pembangunan adalah satu proses yang berterusan tetapi berapa lama ia dapat dicapai, terpulang kepada kecekapan pentadbirannya.

Anonymous said...

mmg kemiskinan masih wujud di sabah, namun kadar kemiskinan berjaya dikurangkan.

Anonymous said...

teruskan usaha dalam membangunkan lagi Sabah agar menjadi negeri yang kaya.

DorianG said...

Clearly with with the indication that the poverty level in Sabah has been reduced from 30,000 to 7,000.

DorianG said...

This is a good indicator that the government is indeed trying their best to address the issue at earnest.

DorianG said...

even though they said that this number is trivial, but still, efforts has been done to tackle this matter.

DorianG said...

Pas Should check their contribution to the people of the states under their control before they point out other's flaws.

DorianG said...

PAS: Show your contributions to the people that put you in office. We would love to see the achievements being done by them.

Paquin said...

Bukan senang nak percaya Sabah bukan negeri miskin jadi PM kenalah buktikan kenyataan ini.

Paquin said...

Sama ada ia satu pembohongan atau sebaliknya terpulanglah pada rakyat untuk menilaianya.

Paquin said...

Yang penting, usaha demi usaha harus terus dilakukan bagi memastikan Sabah terus membangun.

Green Sabah said...

Sabah still needs more developments and improvements and poverty eradication should be an continuous effort in order to achieve Zero harcore poverty.

Green Sabah said...

Hopefully we will not continue to be the poorest state in the country, we are capable of rising up to becoming the richest state in Malaysia.

TuhauBam said...

Kerajaan masih lagi berusaha untuk sifarkan miskin tegar di Sabah. Usaha ini harus berterusan.

Hinamori said...

program transformasi meliputi Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Luar Bandar, Program Transformasi Digital dan Program Transformasi Politik menerusi pemansuhan serta pindaan undang-undang keselamatan yang lapuk.

Unknown said...

Sabah masih dalam keadaan yang sama. Namun pembangunan yang dirancang akan mengeluarkan Sabah dari semua tiu.

Unknown said...

Kenyataan Datuk Najib mungkin untuk masa akan datang. Yang mana pelbagai pembangunan telah dirancang dan ini akan dapat membantu Sabah keluar dari masalah kemiskinan.

No name said...

Walau begitu banyak rumors and komen negatif terhadap BN, tetapi, BN masih akan menjadi pemenang juga di PRu13.

No name said...

Turun padang dan memahami keadaan, banyak golongan luar bandar masih dalam kemiskinan.

No name said...

Banyak kempen kerajaan telah dijalankan juga untuk mengurangkan kadar kemiskinan.

No name said...

Kemiskinan bukan sahaja tanggung jawab kerajaan tetapi tanggung jawab rakyat juga untuk membaiki pendapatan harian.

No name said...

Semoga usaha membasmi kemiskinan mencapai hasil yang positif.