Pembinaan Jambatan BUM-BUM SEMPORNA yang ditangguhkan beberapa kali, kini mendapat nafas baru bila menteri Kerjaraya Datuk seri Saziman Mansor dalam satu kenyataan yang dipetik dari BERNAMA mengumumkan kerajaan telah meluluskan RM25 juta untuk melaksanakan kerja-kerja awal pembinaan Jambatan tersebut sepanjang 1.4 kilometer.Kerja-kerja awal itu menurut Saziman meliputi kelulusan melantik kontraktor dalam mereka cipta bentuk dan struktur Jambatan itu. Namun demikian kata Saziman lagi, proses itu mengambil masa setahun dan kos sebenar pembinaan Jambatan berkenaan adalah RM 420 Juta.
Bagi penduduk Semporna khasnya, penduduk Bum-Bum isu pembinaan Jambatan yang menghubungkan Tanah besar Semporna dan pulau bum-bum itu adalah 'janji recycle' BN yang diulang tayang setiap kali hampirnya pilihanraya. Dalam rekod masyarakat pembinaan Jambatan ini telah mula dicetuskan ketika TUn Sakaran Dandai menjadi TYT Sabah lagi iaitu antara tahun 1995-2002 lagi. Dan upacaran pecah tanah juga pernah dilakukan. Kemudian dalam Pembentangan Bajet 2009, ketia era PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebanyak Rm 3 billion diperuntukkan kepada Sabah termasuk pembinaan Jambatan ini, namun ditangguhkan atas alasan krisis ekonomi yang menghempet Malaysia dan negara-negara serantau. Yang peliknya projek-projek mega di semenanjung Malaysia diberikan keutamaan termasuk Projek Iskandar Malaysia. Projek Bum-Bum dianggap tidak mendesak dan tidak berkeperluan bagi Kerajaan BN pada waktu itu, walaupun beberapa insiden bot karam berlaku di kepulauan Bum-Bum yang meragut nyawa.Malah menteri di Jabatan ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran yang juga ADUN SENALLANG menyifatkan pembinaan Jambatan ini sebagai satu keperluan penduduk.
"Harapan daripada masyarakat Semporna, khususnya penduduk Pulau Bum-Bum, ingin melihat sebuah jambatan dapat dibina. Mereka yang tinggal di Pulau Bum-Bum bilangannya bukan kecil. Penduduknya melebihi 20,000 orang," katanya kepada pemberita ketika melawat lokasi tragedi feri karam di Sungai Manis, Lihak-Lihak, pada November tahun lepas.
Manakala Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Shafie Apdal telah beberapa kali 'menajanjikan' pembinaan Jambatan Bum-Bum ini kepada penduduk pulau berkenaan .Memetik sidang media yang pernah diadakan oleh Datuk Shafie pada perasmian Program Lonjakan prestasi 3P anjuran Yayasan Pelajaran Mara pada Disember 2010,Datuk Shafie sebagai berkata bahawa Kerajaan sedang berusaha melantik Juruperunding dalam projek ini. Apa yang menghampakan masyarakat Semporna ialah isu itu telah berlalu setahun lebih namun janji Datuk Shafie itu tidak kesampaian.
" Janji kerajaan BN akan ditunaikan,jadi jangan ada kebimbangan.Saya tahu banyak (bermacam-macam) cerita tersebar dan ada yang mengutus surat.Tapi yakinlah kerajaan akan melantik juruperunding," katanya.
kini apabila PRU13 diambang pintu 'janji' itu kembali lagi dengan harapan rakyat Semporna akan terpedaya. Jika sebelum ini Datuk Shafie menyatakan pada tahun 2010 kerajaan sedang melantik Juruperunding, maka Saziman pula mengkhabarkan kerajaan sedang melantik kontraktor dan ia memakan masa setahun. Ini bermakna rakyat semporna terpaksa menunggu 3 tahun untuk mendapatkan 'janji' BN menjadi kenyataan. Itupun kata Saziman hanya RM 25 juta diluluskan , sedangkan kos sebenar 430 juta. Apakah ini bukan satu muslihat politik?
Selepas ini penduduk pulau Bum-Bum akan menyaksikan acara pecah tanah untuk pembinaan jambatan itu. Dan dengan alasan yang pelbagai 'janji' itu sekali lagi dimansuhkan untuk dibawa pada PRU 14. Rakyat Semporna harus berani membuat keputusan!
TAWAU 28 Feb. - Kerajaan meluluskan peruntukan RM25 juta untuk melaksanakan kerja-kerja awal pembinaan Jambatan Pulau Bum Bum sepanjang 1.4 kilometer, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.
Beliau berkata, kelulusan melaksana kerja awal itu diterima kementeriannya dua minggu lepas yang turut meliputi kelulusan melantik kontraktor untuk mereka jambatan yang akan menghubungkan Semporna dan Pulau Bum Bum.
"Kos pembinaan jambatan ini kelak dianggarkan sebanyak RM430,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi projek menaik taraf Jalan Kalabakan-Sapulut, di sini hari ini.
Shaziman berkata, kerja awal terbabit mungkin mengambil masa setahun kerana selain melibatkan pembinaan di atas air, projek turut meliputi pembinaan jalan raya ke jambatan.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri termasuk Sabah dalam menyediakan infrastruktur seperti jalan raya untuk keperluan rakyat dan negara kerana menyedari pembangunan negara dan ekonomi negara kita akan terus bergerak,” katanya.
19 ulasan :
Semoga janji terang bulan ini akan betukar kepada janji selagi ada bulan dan bintang semporna akan menuntut hak itu untuk selamanya dan akan menghantui kerajaan jika tidak dilaksanakan.
Its good that government pay more attention to improve better infra.
Kontrak harus diberi peluang kepada syarikat tempatan untuk mencuba juga.
Semoga kerja naik taraf membawa perkembangan ekonomi secara berterusan.
Sabah under BN will fly higher. Good luck!
pembinaan jambatan Pulau Bum Bum ni perlu dipertimbangkan sebaiknya supaya ia betul2 bermanfaat dan tidak berlaku pembaziran. kadang2 terfikir juga, wajarkah jambatan ini dibina? bukankah lebih baik lagi jika jambatan yang menghubungkan Sabah dan Labuan?
semoga jambantan tersebut benar2 akan dibina.
Akhirnya dapat juga peruntukan. Jadi, harus digunakan sebaik mungkin untuk pembinaan jambatan tu.
Laksanakan pembinaan jambatan tersebut seperti yang telah dijanjikan.
antara Bum-Bum dan Labuan, mana penduduknya yang lebih ramai?? mana yang lebih sibuk?? jika ada peruntukkan untuk membina jambatan, baik utamakan dulu Labuan..
The project is on. But unfortunately, it would be better if the allocation used to build bridge from Menumbuk to Labuan.
This motion of building a bridge from Pulau Bum Bum is a waste of tax payers' money.
Sabah as a whole will not get any benefits if the Bum-Bum bridge is build other than as the article has pointed out serves only as a WHITE ELEPHANT.
There are more areas of immediate concern that needs our attention.
This includes Education, upgrading roads, developing rural infrastructure, the on going battle to reduce poverty within our state, just to name a few.
This includes Education, upgrading roads, developing rural infrastructure, the on going battle to reduce poverty within our state, just to name a few.
If the federal government liken the idea of building a bridge in Sabah, perhaps they should consider of building a bridge linking Labuan to the Sabah mainland (via Menumbok).
Labuan is afterall more develop and have economic value compare to that of Bum-Bum island.
hari ini 9/3/2017. jngan kata jambatan apalagi rangkanya pun masih belum kelihatan. diumumkan kepada umum melalui pembentangan buget 2009 oleh perdana menteri ketika itu tun Abdullah. hari ini janji itu telah menjangkau 8 tahun. harapan untuk melihat kewujudan jambatan pulau bum bum semporna masih belum terlaksana. janji BN kini tingal janji.
Post a Comment