Isu kredibiliti pemimpin politik di Kota Belud, banyak mendapat perhatian dari blogger dan penggemar laman sosial fcb. Pelbagai isu dipapar dan dibahaskan.
Jika sebelum ini Musli Oli, seoramg blogger dan penulis politik nasional dalam laman FCB 'MENCABAR' MP Kota Belud, Rahman Dahlan untuk berdebat membincangkan isu-isu 'ketuanan' Sabah dalam Malaysia bersangkutan isu 20 perkara ( cabaran tidak dipedulikan oleh Datuk Rahman), kini Sdr Musli Oli melalui blog Sayaready.Blogspot.com ketika memberikan response tentang isu dialog Telupid yang dirasmikan oleh Datuk Salleh, sdr Musli Oli sekali lagi mengulangi cabarannya mengadakan 'debat' secara terbuka mengenai isu USBO dan hala tuju bangsa rumpun Bajau di Sabah. Cabaran debatnya kali ini ditujukan kepada datuk salleh Tun said selaku Presiden USBO yang suatu ketika dulu mengetuai NGO politik itu memberi 'tekanan' kepada Musa Aman dan kepimpinan pusat setelah berlaku pengguguran sebagai calon PRU 12 ke atas 3 orang pemimpin yang kononnya dari rumpun USBO . Mereka ialah Datuk salleh, Tan Sri Pandikar dan Datuk Amir Kahar Tun Mustapha.
Kenyataan Musli Oli :
Dalam isu Datuk Salleh Said, saya rasa dialog paling sesuai ialah soal kepimpinan bangsa yang diketuainya. Sebelum ini Salleh dianggap pemimpin bangsa Bajau.
Tetapi setelah disingkirkan pada 2008, SSK dgn sokongan Tan Sri Pandikar dan Datuk Seri Shafie Apdal memperluaskan kepimpinan itu meliputi masyarakat dalam rumpun Bajau iaitu dipanggilnya rumpun USBO!
Apakah agenda Salleh dengan USBO? saya adalah AMT pertubuhan itu sewaktu SSK tiada jawatan dalam kerajaan. Tapi selepas dia jadi Penasihat Sains dan kemudiannya sebagai Speaker, SSK tidak lagi perlu khidmat kami termasuk sdra Kibin Hj Samad. dia memilih dikalangan YES MAN.
Saya ingin cabar SSK berdialog soal halatuju rumpun USBO. Kemana kaum ini di bawa atau dijualnya?
28 ulasan :
BARU BERAPA HARI JOIN PKR DAH PERANGAI MACAM NUAR.KELENTONG SANA SINI.ANGKUH DAN SOMBONG.ITU BELUM LAGI ADA JAWATAN.KALAU ADA JAWATAN TAK TAU LA MACAMANA
"Dirty" politic , agreed?
With the advanced ICT, voters can have all the information about a leader at their fingertips. The voters nowadays are more well informed and knowledgeable therefore it is difficult to try to win their trust.
Hopefully Salleh's agenda with USBO will be revealed, I'm interested to know what is he trying to achieve.
Datuk Salleh , is he still creditable in the eye of the Rakyat ? Lets the people decide though there are so many write up in the blog and in the media, at times we do not know who to believe??
Saya rasa kan, KB lah kawasan yang paling popular setakat ni oo.. hahaha
Politik ni kan memang bikin hairan. Saya sendiri pun curiga apa sudah jadi dengan para pemimpin sekarang yang telampau mahu cari populariti..
Bagus juga buat dialog ba, tapi kalau tak dibuat pun takpa. Pastikan saja tindakan dapat diambil, barulah best sebab tak payah buang masa berdebat/dialog:)
S/ada Salleh ni credible di mata rakyat atau sebaliknya, sendiri mahu ingatlah. hehehe
Apapun, terpulanglah pada rakyat untuk membuat penilaian seterusnya membuat pilihan tepat.
Popularity alone will not help you win the election.
The people are only interested to know what and how the leaders contributed help to them.
Salleh should accept the challenge.
rajin betul Musli Oli nak bawa orang berdebat. dari berdebat baik buat dialog.
Satu2 pemimpin dari Umno/BN dicabarnya pasti ada motif. Sebelum menyertai PKR tiada pun ajak debat mana2 pemimpin pembangkang.
apaun, kita tgklah adakah cabaran Musli akan diterima oleh pemimpin KB.
Macam juga ketua PKR Anuar, sibuk mahu debat2. macam banyak masa lapang saja.
Ni MUSLI OLI mahu cari populariti. mahu tunjukkan di mata penduduk KB dia paling top dan pintar.
Buang masa saja mahu debat. Buat kerja lagi bagus. Mulut saja bekerja tiada faedah juga tu. Tindakan yang penting
Dalam 'resume' PKR, bolehlah letak berdebat sebagai hobi ;p
Tipikal betul..bila masih dalam satu pasukan, sunyi sepi saja. Sudah bawa haluan masing2, makin lantang bersuara.
Nampaknya Datuk Musli cuba untuk membuat publisiti dengan mencabar pemimpin dikawasan tersebut.
Mungkin dia ada rancangan sendiri dengan cabaran diberikan ini. Kita tunggu saja adakah diterima atau tidak cabaran yang diberikannya itu.
dia patut adakan debat dengan pemimpin2 yang dia sebutkan diatas semasa beliau masih berada dalam umno..
macam jadi trend pula, sikit-sikit mau buat debat.
kalau berdebat pun, belum tentu ada sesuatu hasil atau penyelesaian akan diperoleh.
masin-masing perlu fokus ke depan dan jalankan peranan dengan sebaiknya.
Tabik spring dgn bro musli.. Org2 BN mmang x suka debat, sbb bukan budaya mreka.. Tp, debat dlm pisbok, sehari semlm x akun kalah.. Hahaha
Post a Comment