Showing posts with label Dana KWSP di manipulasi. Show all posts
Showing posts with label Dana KWSP di manipulasi. Show all posts

Tuesday, February 7, 2012


Semenjak penubuhan PETRONAS pada tahun 1974 sehingga kewangan berakhir 31 Mac 2007, Syarikat Minyak negera itu telah mencatat keuntungan sebanyak RM 560 billion. PERTONAS yang diletkkan di bawah kuasa penuh PERDANA MENTERI dilaporkan membayar sebanyak RM 357.8 billion kepada Kerajaan Malaysia dalam bentuk cukai,royalti,duti eksport dan dividen. Wang itu kemudiannya disalurkan oleh kerajaan dalam beberapa projek mega seperti penubuhan Universiti Teknologi Petronas, Grand Prix PETRONAS F1 dan pasukan F1 Sauber-BMW PETRONAS dan Galeri PETRONAS dan Kumpulan Seni Persembahan PETRONAS yang kesemuanya bersangkut dengan kepentingan perniagaan kroni dan proksi pemimpin tertentu dalam kerajaan.

Kini dana awam dalam KWSP bernilai 1.5 billion pula dimanipulasikan oleh kerajaan secara rakus apabila di salurkan kepada warga Kuala Lumpur dalam bentuk pinjaman perumahan. Kononnya kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan menghadapi masalah mendapatkan pinjaman dari Bank. Tindakan kerajaan ini mendapat kritikan hebat dari seluruh rakyat yang merasakan langkah kerajaan itu sebagai tidak adil dan bertujuan untuk memanipulasikan aset KWSP yang dikatakan sebagai "dana awam" itu.


Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataan bersama mereka memberi amaran skim berkenaan akan menjadi punca Malaysia mengalami 'Krisis Kewangan.'

Pua dan Izzah, yang masing-masing merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan Lembah Pantai, menjelaskan, di bawah keadaan yang biasa diamalkan, setiap program kebajikan membantu golongan miskin akan dibiayai kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai.

Tambah mereka, kerajaan seharusnya menaikkan kadar bond bagi membiayai defisit. Oleh itu, kedua-dua mereka menegaskan Putrajaya boleh memberikan KWSP bond berkenaan dan membantu golongan susah bagi pembiayaan perumahan.

Namun begitu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu menjelaskan dana RM1.5 billion daripada KWSP terhadap pinjaman berkenaan tidak memudaratkan pencarum KWSP.

Bekas setiausaha agung Kesatuan Sekerja Komersial Sabah (SCEU) Rebecca Chin berkata beliau tidak dimaklumkan tentang cadangan skim pinjaman perumahan terbaru semasa menghadiri mesyuarat ahli lembaga KWSP. 

“Malah, sekiranya anda bercerita mengenai dana yang seharusnya digunakan dalam skala nasional, kenapa pinjaman hanya untuk mereka yang berada di Kuala Lumpur? Bagaimana dengan rakyat Sabah? Berapa kadar minimum pendapatan mereka? Kami pun tidak mempunyai duit,” kata Chin.

“Sebagai wakil daripada Sabah, adakah ini adil untuk penduduk Sabah?” tambahnya. sedangkan ramai penduduk Sabah masih menyewa, atas sebab tidak dapat pinjaman bank kerana berbagai masalah seperti muflis, tidak berpendapatan tetap dan sebagainya. Kalau kerajaan adil, perkara ini perlu dijadikan polisi, agar supaya tiada rakyat yang dianak tirikan.





Pada 23 Jun 2011, KWSP telah membentangkan laporan tahunan kepada parlimen, mengisytiharkan dividen 5.8% dan menjelaskan bahawa 27% daripada pelaburan adalah dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM) dan 32% pula adalah pinjaman dan bon kepada agensi-agensi kerajaan. . Dengan dana RM 440,52 bilion, KWSP adalah salah satu daripada dana yang terbesar di dunia dan mewakili wang simpanan 12 juta pekerja sektor swasta.

Persoalannya adalah mengapa lebih 60% daripada dana KWSP adalah dalam bentuk pinjaman kepada Kerajaan dan badan-badan Kerajaan? Adakah Kerajaan Malaysia peminjam yang baik?