Sunday, September 30, 2012

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin hari ini menyatakan keyakinan terhadap kemampuan Pakatan Rakyat (PR) memenangi sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di Sabah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurutnya keyakinan tersebut berdasarkan kemampuan pengundi di Negeri Dibawah Bayu itu menukar Kerajaan Negeri Sabah pada 1985 sehingga 1994 serta kesedaran baru terhadap penipuan yang dilakukan oleh Umno-BN.

“Orang Sabah pernah melakukan menukar kerajaan, tak mustahil berlaku lagi kali ini dan kerusi itu akan membantu PR membentuk kerajaan di Putrajaya.

“Selama lebih 50 tahun Umno-BN berkuasa, tak pernah sekalipun bercakap nak kaji semula royalti minyak di Sabah, tetapi PR bersedia beri 20 peratus sekiranya diberi kuasa,” kata Lajim ketika membuat penampilan khas dalam Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing pula melahirkan rasa kesal apabila Kerajaan Umno-BN gagal melindungi Sabah dari kemasukan pendatang tanpa izin.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Tuaran itu berkata tidak kurang 250,000 orang pendatang tanpa izin memasuki Sabah dan sebahagiannya diberikan kerakyatan negara ini dengan mudah.

Sementara itu, Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli ketika berucap dalam konvensyen sama berkata pemimpin dan ahli parti haruslah memberikan fokus terhadap perjuangan untuk menghadapi PRU-13 nanti.

“Dalam konteks Islam, perjuangan rakyat itu juga merupakan suatu perjuangan dalam Islam,” kata Rafizi.

Rafizi turut mengingatkan perwakilan terhadap kepentingan penggunaan startegi betul dalam perjuangan seperti mana dilalui oleh Mathama Ghandi dan Tariq Bin Ziyad ketika menentang musuh masing-masing.

Dalam Rapat Umum Pimpinan Nasional 2012 yang diadakan sepanjang hari ini, seramai 1,500 perwakilan parti itu dari seluruh negara hadir.

9 ulasan :

Scarlett said...

Kawasan manalah yang bahaya untuk BN?

Scarlett said...

Lajim tahu cakap saja. Tapi diri sendiri belum tentu mampu menang. Janji terang bulan saja selalu.

Unknown said...

Dalam bahaya itu memang mungkin berlaku. tapi yang pasti kerajaan akan memastikan setiap kerusi itu akan dapat dipertahankan daripada dirampas.

mantera said...

Lajim tentulah akan kata PR akan menang. dia kan sebelah PR.

mantera said...

Lajim sendiri tunggang langang nak kata mcm tu. mcm mana penubuhan parti baru kau tu? lulus ke?

mantera said...

kawasan parlimen mana yang kononnya dalam bahaya tu?

drako drakonius said...

State Barisan Nasional (BN) Secretary Datuk Rahman Dahlan agreed there is nothing wrong in component parties asking or requesting for seats but not to the extent of giving ultimatums to the Prime Minister.

However, Rahman said all BN component parties should refrain from issuing public statements deemed to be provocative and non-beneficial to the ruling party.

In my opinion there is no harm for parties within the component of the rulling coalition to express the aspirations of party members when it raised the issue of seat allocation for the coming 13th General Election.

Sotong Kurita said...

Lajim Akui Dirinya Winnable Candidate

By: Borneo Bullet

Belum pernah berlaku dalam sejarah politik tanahair dimana ahli politik tanpa segan silu mengaku yang dirinya "winnable candidate". Ketika menjawab beberapa soalan dari wartawan Sinar Harian, Datuk Seri Lajim Ukin bersungguh-sungguh cuba mempromosikan diri beliau dengan membangkitkan beberapa perkara bagi menunjukkan yang beliau adalah seorang pemimpin yang disenangi oleh rakyat.

Berdasarkan wawancara tersebut, Lajim memberitahu wartawan bahawa beliau keluar meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional kerana budaya cantas-mencantas yang kononnya diamalkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman. Selain itu, Lajim juga membangkitkan isu bekalan air, elektrik dan masalah banjir di kawasan beliau (Beaufort). Secara jujurnya, alasan-alasan ini tidak cukup untuk membuktikan yang beliau adalah "winnable candidate"...

Sotong Kurita said...

Lajim Akui Dirinya Winnable Candidate

By: Borneo Bullet

Antara kenyataan lain Datuk Lajim Ukin sebelum beliau keluar meninggalkan BN ialah seperti berikut:

"sebarang rasa tidak puas hati dalam kalangan parti kompenan boleh dibawa berbincang dan bukannya disuarakan menerusi media." - dia sendiri yang guna media untuk dapat simpati ketika masih bersama-sama BN.

"Sabah di bawah kepimpinan Datuk Musa terus membangun dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi."

"Rakyat boleh menilai sendiri pembangunan yang dibawah oleh Datuk Musa yang sentiasa bekerja keras untuk memastikan Sabah terus membangun."

"kerajaan Persekutuan turut memberi jaminan bahawa Sabah merupakan negeri yang diberi keutamaan untuk dibangunkan termasuk dalam Rancangan Malaysia ke-Sepuluh..."


klik link diatas untuk baca artikel sepenuhnya..