Monday, July 15, 2013


Keputusan pimpinan PR iaitu PKR,PAS dan DAP mengemukakan permohonan ke mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengetepikan keputusan PRU13 dan menuntut satu pemilihan semula diadakan adalah satu tindakan yang mengejutkan kerana dalam sejarah politik tanah air, inilah kali pertama tindakan seumpama itu dilakukan oleh pembangkang. Sebelum ini ada juga kes-kes seperti itu tetapi hanya melibatkan kawasan-kawasan tertentu dan bukannya keseluruhan keputusan Pilihanraya.

Bagi kelapamawar, perkembangan terbaru ini memberi satu cerminan politik baru di negara kita. Kredibiliti pembangkang tidak lagi dilihat menduduki kelas kedua,malah ia memberi cabaran paling tragis kepada parti pemerintah. Mungkin ada saja dikalangan kita yang melihat isu ini sebagai "kemaruk untuk berkuasa" atau mungkin juga ada yanbg melihatnya penuh sinis dan sadis kerana, politik negara tidak diberikan ruang dan peluang untuk mengalami 'masa bertenang' bagi memudahkan kerajaan yang dibentuk merangka dasar dan meneruskan agenda pembangunan negara.

Namun begitu, setiap seorang dari kita rakyat di negara ini, harus mengakui bahawa keluhuran perlembangan dan kedaulatan undang-undang tidak pernah menghalang kes-kes seumpama itu dibicarakan di mahkamah. Isu pokoknya bukan lagi tentang ketidakadilan SPR tetapi ia mula sudah menular kepada penterjemahan penolakan keputusan PRU13 itu mengikut lunas-lunas undang-undang. Mungkin kita berfikir dalam kotak, kerana jika keputusan mahkamah nanti membatalkan keputusan PRU13, bermakna satu lagi PRU akan bakal diadakan. Dan bukankah ini membazir duit rakyat dan mencetuskan kegelisahan di kalangan warga. Mari kita pula berfikir diluar kotak! mungkin inilah harga yang harus dibayar untuk setiap warga negara yang mahukan pemilihan kerajaan dilakukan dengan adil dan saksama. kenyataan ini bukan bermakna kita mencurigai ketelusan SPR. Tetapi jika berada dipihak benar, maka biarkanlah Pakatan Rakyat membawanya ke mahkamah dan berehujahlah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Akan ada dua natijahnya kepada rakyat! Pertama rakyat akan tahu di mana hajat dan maksud PR dalam soal ini? Kedua jika keputusan memihak kepada SPR, bermakna ia akan membersihkan dosa dan noda yang sengaja dipalitkan kepada Suruhanjaya Bebas itu.

Natjah politiknya pula, akan memperkuatkan entiti politik negara. Baik parti pemerintah atau parti embangkang keduanya selepas itu akan memastikan hala tuju dan program pembangunan negara dilaksanakan oleh mereka yang benar-benar dipilih oleh rakyat. Justeru adalahg terlalu awal kita mengandaikan bahawa tindakan PR itu 'menghuru harakan' politik demokrasi di negara kita, sebaliknya marilah kita berdoa supaya pembawa obor kebenaran sama ada parti pemerintah atau parti pembangkang akan berada di puncak keadilan negara.

9 ulasan :

Kudang said...

SAMPAI BILAKAH PEMBANGKANG PUASHATI DENGAN KEPUTUSAN SPR? DAH KEMARUK KUASA KE?

Tindakan pembangkang mengemukakan writ saman bagi memohon membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dilihat sebagai satu lagi sandiwara untuk menyambung talian hayat politik mereka.

Menurut Timbalan Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, pembangkang sebenarnya tidak boleh ‘hidup’ tanpa isu dan sandiwara.

Oleh kerana itu, hanya selepas dua bulan PRU-13 barulah mereka mengemukan writ saman tersebut. “Sekiranya benar PRU-13 tidak bersih, sepatutnya mereka telah kemukakan saman awal-awal lagi. Tunjukkan bukti… tapisehingga hari ini mereka gagal tunjuk bukti.

Kudang said...

SAMPAI BILAKAH PEMBANGKANG PUASHATI DENGAN KEPUTUSAN SPR? DAH KEMARUK KUASA KE?

“Mereka telah tubuh kerajaan negeri, telah angkat sumpah tiba-tiba nak saman. Pembangkang sudah ketandusan idea untuk menipu rakyat. Saman adalah cara terakhir mereka untuk terus meniup sentimen kemarahan di hati rakyat,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Sharkar yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh turut meminta rakyat berfikir secara rasional sekiranya benar keputusan PRU-13 tidak telus dan boleh dimanipulasi sudah tentu BN akan mendapat majoriti 2/3 dan tidak mungkin BN mahu lepaskan negeri Selangor serta Pulau Pinang ke tangan pembangkang.

Kudang said...

SAMPAI BILAKAH PEMBANGKANG PUASHATI DENGAN KEPUTUSAN SPR? DAH KEMARUK KUASA KE?

“Kerajaan telah menghabiskan berjuta ringgit untuk membangunkan negeri Selangor dan Pulau Pinang. Jika benar kita boleh mengatur keputusan PRU-13, sudah tentu kita akan ambil negeri ini. Tapi kita kalah malah BN kalah banyak di kawasan bandar termasuk di Gelang Patah.

“Jadi, berfikirlah dengan rasional pembohongan pembangkang ini. Mereka hanya mahu mengelirukan rakyat. Mereka juga mahu memanjangkan talian hayat hidup parti mereka. Tanpa isu, manipulasi dan sandiwara, mereka akan tenggelam,” katanya.

Tambah belia lagi, pembangkang harus malu menuduh PRU-13 tidak bersih kerana mereka telah mengangkat sumpah dan membentuk kerajaan negeri.

Arjuna said...

SEPERTI DAHULU, SPR HENDAKLAH TIDAK MELAYAN KARENAH PEMBANGKANG ITU. BIARKAN SAJA MEREKA BERMAIN DENGAN PERASAAN MEREKA SENDIRI

Kepimpinan Pakatan Pembangkang terus dibidas berhubung desakan mereka agar pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf meletakkan jawatan atas tuduhan kegagalan melaksanakan pilihanraya dengan telus dan adil.

Menurut bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Fairus Khairuddin, kepimpinan pembangkang perlu menyuluh muka mereka di cermin terlebih dulu sebelum mendesak pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya meletakkan jawatan.

“Mereka bising-bising suruh Tan Sri Aziz letak jawatan kerana mereka dakwa berlakunya penyelewengan ketika pilihanraya, sedangkan tidak ada langsung bukti yang mereka kemukakan,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Arjuna said...

SEPERTI DAHULU, SPR HENDAKLAH TIDAK MELAYAN KARENAH PEMBANGKANG ITU. BIARKAN SAJA MEREKA BERMAIN DENGAN PERASAAN MEREKA SENDIRI

Justeru itu kata beliau lagi, jika kepimpinan Pakatan Pembangkang mahu Tan Sri Aziz meletakkan jawatan, mereka juga perlu meletakkan kesemua jawatan yang mereka pegang di negeri-negeri yang mereka menangi.

“Kita cabar mereka juga perlu meletakkan jawatan yang mereka pegang di negeri-negeri yang dimenangi oleh mereka. Itu baru adil.

“Malah kita cabar mereka meletakkan jawatan di dalam parti mereka kerana berlakunya banyak penyelewengan, nepotisme, kronisme dan unsur-unsur rasuah sepertimana yang berlaku di dalam pemilihan CEC DAP baru-baru ini.

“Mereka ini menuduh orang lain untuk menyembunyikan salah silap mereka. Bila mereka silap, cepat-cepat kesilapan itu diletakkan di atas bahu kerajaan BN dan UMNO,” tegasnya.

Jelasnya lagi, amat malang di negara ini mempunyai pembangkang yang bukan saja tidak mampu memberikan idea dan pendekatan untuk kebaikan negara, malah sanggup bertindak memfitnah, membuat tohmahan serta menghasut rakyat menghuru harakan negara semata-mata kerana ingin berkuasa.

Arjuna said...

SEPERTI DAHULU, SPR HENDAKLAH TIDAK MELAYAN KARENAH PEMBANGKANG ITU. BIARKAN SAJA MEREKA BERMAIN DENGAN PERASAAN MEREKA SENDIRI

“Kita tengok pembangkang di Malaysia seolah-olah malaikat. Tidak ada salah dan silap. Semua yang mereka buat itu betul dan benar belaka. Apa yang orang lain buat, terutama kerajaan semuanya tidak kena dan membazir belaka.

“Inilah sikap pembangkang yang tidak profesional dan tidak mahu berpijak di alam yang nyata. Mereka gunakan nama rakyat, kononnya semua rakyat di negara ini menyokong apa yang mereka buat, sedangkan hakikatnya tidak begitu.

“Bila kalah pilihanraya, mereka tak dapat terima. Buat himpunan haram di sana sini memburukkan kerajaan,melemparkan fitnah dan tohamahan terhadap SPR.

“ Mereka tak dapat nak terima hakikat, bahawa majoriti rakyat tidak yakin mereka mampu untuk memerintah negara. Bagi saya, Tan Sri Aziz tak usah layan desakan yang datang dari clown dan bozo politik seperti mereka ini,” tegasnya.

gojes said...

Sifat gila kuasa yang dimiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakibatkan Ketua Pembangkang itu sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai angan-angannya menjadi Perdana Menteri.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, Anwar sedang menghadapi situasi mental berikutan kegagalan pakatan pembangkang menerima mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Beliau yang pernah berganding bahu dengan Anwar ketika mengasaskan PKR memberitahu, Anwar berpegang teguh pada angan-angannya itu dan akan melakukan sesuatu bagi menggagalkan pihak yang menang.

"Kami yang lama mengenali Anwar tahu matlamat hidupnya yang ingin menjadi Perdana Menteri.

"Saya sendiri tidak faham bagaimana Anwar boleh begitu yakin pakatan pembangkang boleh memenangi PRU-13 dengan menjadikan bilangan penyokong yang menghadiri ceramah sebagai kayu pengukur kerana keyakinan itu tidak berasas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Chandra mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13.

gojes said...

Tambah Chandra, Anwar akan terus berpegang pada keyakinan tidak berasas itu selagi ada pihak yang menyokongnya dari belakang.

"Namun, saya berpandangan, sokongan terhadap Anwar dari dalam dan luar negara kini semakin merosot," ujarnya.

Dalam pada itu, bekas rakan seperjuangan Anwar semasa mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ismail Mina Ahmad menyifatkan Penasihat PKR tersebut sebagai seorang yang khayal.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) menjelaskan, keputusan PRU-13 secara logiknya menyebabkan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.

"Bagaimanapun sifat Machiavellinisme pada diri Anwar mendorongnya menggunakan pendekatan sosiologi termasuk menganjurkan demonstrasi jalanan seperti yang disarankan penulis Barat, Gene Sharp bagi membantah keputusan PRU-13.

"Kita bimbang kecelaruan akan berlaku dalam masyarakat ekoran pengaruh mobilisasi sosial yang didalangi Anwar," katanya.

Ismail Mina turut berpandangan, pengaruh Anwar tidak boleh dipandang remeh kerana beliau mempunyai jaringan luas dan hati cukup keras untuk melaksanakan perancangannya.

July said...

Pas semakin gila kuasa apabila sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang demi memenuhi tuntutan nafsu untuk berkuasa.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, usaha Pas untuk menggulingkan BN sehingga sanggup bersekongkol dengan PKR dan DAP serta mengetepikan isu yang lebih besar ditimbulkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membuktikan parti itu sudah terdesak.

Lebih mengelirukan, katanya, apabila kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib bahawa agenda ke Putrajaya lebih penting daripada membahaskan isu mengenai kebebasan beragama.

“Saya rasa Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib perlu kaji semula kenyataan beliau. Jangan sampai ulama gila kuasa dan menghalalkan apa sahaja demi merampas kuasa,” katanya yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional.

Katanya, kenyataan itu boleh menimbul kekeliruan dan menggalak fanatisme, ekstrimisme dan keganasan dalam politik.

Sementara itu, Setiausaha Agung MIC, Datuk S Murugessan berkata, kenyataan itu menunjukkan Pas semakin terdesak apabila parti itu telah terkeluar dari landasan perjuangan mereka untuk menubuhkan negara Islam.

“Pas mestilah ada dasar dan hala tuju untuk diletakkan kepada kemahuan rakyat. Bukan menumpukan untuk menggulingkan BN. Ternyata Pas lebih menumpukan kuasa dari dasar perjuangan mereka,” katanya.