Friday, May 2, 2014



Sudah sepatutnya, isu kelewatan bekalan air bersih di Kota Belud tidak lagi dirujuk sebagai projek gajah putih sepertimana yang pernah berlaku lewat 80-an dan 90-an, dimana batang-batang paip ditanam tetapi puluhan tahun tidak menyalurkan walau setitik Cuma air bersih yang terawat. Kini permasalahan bekalan air bersih itu memasuki satu fasa baru apabila di bawah kementerian  Kemajuan Luar Bandar dan wilayah menyalurkan jutaan ringgit untuk merealisasikan harapan rakyat di  pekan koboi ini unutk bermandi manda dengan air terawat. Itu harapan rakyat bermula sejak Datuk Abdul Rahman dengan begitu bersemangat mahu menglangsaikan harapan yang tertunda puluhan tahun itu.

Namun perkiraan DARD  tidak banyak mengubah mimpi-mimpi rakyat di Kota belud, sekalipun pada awalnya projek bekalan air bersih di pekan itu mula menampakkan progress yang memberangsangkan. Itu hanya berlaku beberapa bulan sahaja, selepas itu sehingga artikel ini ditulis, projek bekalan air bersih di kota Belud umpama ‘bangkai bernyawa”. Batang paip di tanam, air bersih tak kunjung tiba. Meskipun, dalam media social dan beberapa ceramah perdana DARD termasuk kempen PRU13 yang lepas, beliau menjanjikan bulan dan bintang kepada ribuan penduduk kota Belud, bahawa masalah air bersih akan selesai pada awal tahun 2013 lagi. Pengakuan dan ikrar DARD itu boleh dirujuk dalam blog rasmi beliau.
Kini, sampai masanya penduduk tidak harus lagi menunjuk jari kepada DARD, sebaliknya memikirkan kaedah terbaru yang bersifat sementara , guna menunggu projek bekalan air bersih itu. Menteri KKLW telahpun melancarkan projek tersebut di Kota belud beberapa bulan yang lepas, namun perkembangannya tetap sama, air tidak juga keluar dari batang yang sudah lama di tanam itu.

Walaupun telah beberapa langkah diambil oleh pemimpin tertentu membekalkan penapis air kepada beberapa perkampungan, namun ia tidak dilakukan secara menyeluruh dan terancang. Siapa yang pandai melobi, maka kampungnya yang akan memperolehi bantuan tersebut.

Antara  kaedah sementara yang boleh dilakukan ialah mengadakan catuan air di beberapa kawasan tertentu supaya kawasan lain dapat merasai bekalan air, sementara loji-loji penapis air dapat disiapkan sepenuhnya berdasarkan kapasiti yang telah ditentukan. Bekalan air oleh Jabatan Air Kota belud juga boleh dihantar dengan ke kampong-kampung berdekatan . mungkin dalam lingkungan 10-15km dari pekan Kota belud. Dalam hal ini penaiktarafan kenderaan Jabatan Air boleh dilakukan.


Selain  daripada itu, menjelangnya bulan puasa tahun 2014 yang kurang dari 2 bulan lagi, kita mengharapkan agar DARD dapat berbuat sesuatu termasuk mengadakan perbincangan dengan Jabatan Air Kota belud, berkaitan dengan pelan membekalkan air bersih ini. Kita sudah terlalu muak untuk minum air kuning dan berlumpur ini. Apa lagi yang diharapkan oleh rakyat kalau bukan pemimpin yangf dimenangkan pada PRU13, sehingga mendapat status menteri penuh itu dapat meneruskan komitmen melangsaikan masalah air bersih ini. Kepadamu  ya Allah kami berserah!.

0 ulasan :