Thursday, November 6, 2014






"Letusan" idea peralihan kepimpinan di Sabah membuak-buak sejak kebelakangan ini. Ibarat gunung berapi Toba di Indonesia yang memuntahkan laharnya melepasi pergunungan dan lembah suatu ketika dulu. Bayangkan, Toba yang kita kenal sebagai danau dulunya adalah sebuah gunung. Letusannya dikatakan memiliki level Supervolcanic pada level 8, tertinggi diantara jenis letusan gunung berapi di dunia. Begitulah perlambangan tahap frekunesi politik di Sabah sejak tersebarnya'pakatan' beberapa ketua-ketua kanan parti komponen Bn di Sabah bersama dengan beberapa orang ketua bahagian UMNOyang dikenali sebagaikumpulan "pendek' diketuai oleh MP Sepanggar Datuk Jumat Idris.




Di mana-mana isu siapa layak menggantikan Musa Aman berkumandang di corong-corong wall penggiat FCB dan blog. Pelbagai analisis dilontarkan, hingga beberapa nama pemimpin politik Sabah turut disebut-sebut bakal menduduki kerusi CM. Dalam isu ketua menetri di Sabah, tidak ada kreateria yang khusus bagi seseorang calon, kerana sistem pelantikan ketua menteri di Sabah adalah dibawah kuasa mutlak Perdana Menteri.Siapa yang 'diperkenankan" oleh PM, maka dialah yang akan menduduki kerusi itu, meskipun pemimpin itu tidak mendapat suara majoriti ahli dewan undangan negeri, atau partinya tidak dominan dalam gabungan BN di negeri Sabah. Sistem penggiliran KM, misalnya, menghalalkan sistem pemilihan KM Sabah tanpa berdasarkan "majoriti".




Segelintir penganalisis politik di Sabah termasuk blogger yang berkecenderungan kepada politik rumpun/bangsa dengan lantang memberikan pandangan bahawa seharusnya jawatan KM perlu diberikan kepada rumpun bangsa terbesar di negeri ini. Bukan sahaja atas kapasiti bumiputera islam tetapi menjurus kepada rumpun bangsa yang tergolong dalam Rumpun Melayu dan Austronesia.




Penulis politik dan penggiat politik di Sabah, Sdr Musli Olidalam bukunya "dilema Melayu Sabah " mengungkapkan bahawa "berdasarkan pengalaman lalu, UMNO tidak boleh meletakkan harapan kepada sokongan kaum bumiputera bukan Islam dan Cina di Sabah.UMNO perlu memastikan kekuatannya di kalangan orang Melayu terlebih dahulu". Justeru bila berlaku 'perebutan'kuasa atas alasan 'Pelan peralihan kepimpinan di Sabah", apakah ini merupakan petanda bahawa UMNO Sabah sedang menguji kefleksibelitiannya dalam kalangan kaum-kaum bumiputera di negeri ini?




Bumiputera Islam di Sabah, harus membaca Sejarah politik lampau mereka..bahawa keputusan membubarkan USNO yang merupakan parti keramat bumiputera Islam di Sabah suatu ketika dulu adalah satu pengorbanan suci yang tidak ada galang gantinya. Kerana itu apabila UMNO dilihat menjanjikan kuasa kepada orang melayu dan bumiputera Islam di Sabah, mengapa pula janji-janji itu yang menjadi realiti tidak diurus dan dilihat sebagai'lombong' berlian yang patutnya dipelihara dan dijaga?? Bumiputera Islam di Sabah tidak harus dipengaruhi oleh sentimen politik Melayu di Semenanjung. Sekali lagi MusliOli dalam "Konspirasi politik Melayu "menggambarkan bahawa pergelutan politik dan kuasa di kalangan orang Melayu sudah lama tercatat dalam lipatan Sejarah bangsa itu seperti yang ada di catat dalam buku Sejarah Melayu.




Namun kerana mahukan suntikan-suntikan 'bahan pelali' dalam politik Sabah, maka lahirlah golongan atau kumpulan "pendek' ini yang mahukan kepimpinan di Sabah di rombak? Apa yang menakutkan saya ialah apakah jaminan misi peralihan kepimpinan ini tidak akan menjadi 'onani' politik yang sedapnya seketika? dan mahu....mahu dan mahu lagi?





Siapa yang pada pandangan kumpulan ini yang boleh menggantikan kepimpinan sedia ada? Mungkin nama-nama besar ini ada disebut,antara lain Datuk Shafie Apdal, Datuk Salleh Tun Said dan terbaru spekulasi pula dikatakan Datuk Sapawi...Inilah realitinya UMNO di Sabah?Seharusnya mereka selalu bertawaduk melihat kepimpinan rumpun melayu dan bumiputera Islam di Sabah.Mungkin kata-kata A Kadir Jasin dalam bukunya " Mohd Najib selepas TSunami Cina" sebagai berkata sebenarnya orang Melayu tidaklah terlalu benci kepada UMNO, cuma ramai orang Melayu khasnya generasi muda terkilan dengan kepimpinan UMNO yang dilihat terlalu mementingkan diri sendiri atau kelompok masing-masing, elitis, mabuk kuasa, korup dan tidak telus..."




Sesiapapun dalam UMNO Sabah yang menggantikan kepimpinan sedia ada, tidak akan ada jaminan bahawa kepimpinannya mendapat sokongan majoriti di negeri ini. Faktor ketuanan suku dan kepentingan proksi akan menjadi agenda teratas yang wajib dijaga dan dipelihara apabila menduduki kerusi KM. Assebab itulah, pada pandangan saya, kalaupunisu peralihan kepimpinan ini mendapat tempat di hati PM, tapi tidak harus dilakukan secara tergesa-gesa dan hanya dilihat atas faktor-faktor tertentu sahaja. Kerana di Sabah, faktor yang dominan dilihat pada waktu kini,besar kemungkinan akan menjadi faktor pasif pada besok hari. Ketidaktentuan faktor utamadalam politik Sabah adalah disebabkan oleh faktor menjaga kepentingan diri dan proksi serta pengikut-pengikut masing-masing.




Bersambung ....

0 ulasan :