Ketua Perhubungan UMNO Negeri : Datuk Salleh Tun Said
Timbalan ketua Perhubungan : Datuk Bung Mokhtar Radin
Setiausaha Perhubungan : Tan Sri Pandikar Amin Mulia
1.Secara jujurnya adakah pemimpin yang dikatakan akan megemudi UMNO versi 3.0 di Sabah ini mampu menggalas beban yang ditinggalkan oleh pimpinan terdahulu yang membawa kepada kekalahan UMNO-BN di Sabah pada PRU14?
2. Secara jujurnya juga hanya Datuk Bung Mokhtar yang berstatus wakil rakyat di Parlimen Kinabatangan. Manakala Datuk Salleh kalah mengejut di Parlimen Kota belud kepada anak mentah YB Munirah Majilis (WARISAN), dan Tan Sri Pandikar tidak dicalonkan pada PRU yang lepas.
3. Jika dianalisa pada PRU 14, nyata saluran 3 iaitu saluran anak-anak muda menunjukkan penolakan yang sangat ketara kepada pemimpin kitar semula. Mampukah ketiga-tiga mereka ini beraksi di padang PRU15 dengan tidak memerlukan 'masa kecemasan".?Atau apakah gol-gol yang diperolehi itu hanya berstatus "on Gol"???
4. Bagaimanakah nasib Musa Aman and the geng di Sabah pada PRU15?
7. Bagaimanakah ketiga-tiga tokoh ini akan berhadapan dengan era malaysia Baharu dn Politik Baharu eperti yang digambarkan oleh A.Kadir Jasin bahawa anak-anak muda kini
mewakili politik baru Malaysia. Politik yang lebih sama rata dan egalitarian. Politik yang lebih terangkum dan lebih Malaysia. Politik di mana pengundi dan pembayar cukai adalah raja.
Maka tidak perlulah kerusi tinggi, kata alu-aluan yang berjela dan protokol yang memisahkan Yang Berhormat dengan rakyat jelata. Buang feudalisme dan gantikan dengan egalitarianisme.
8. Mari kita fikirkan
0 ulasan :
Post a Comment