Sunday, July 8, 2018



Sudah hampir 2 bulan keputusan PRU 14 diumumkan secara rasmi, dan desas desus percaturan beberapa pemimpin veteren di Kota Belud terus mewarnai sembang di kedai kopi. Bermula dari kejutan parti nyamuk "WARISAN" yang menjadi "gajah" sekelip mata hinggalah kepada isu Kekalahan "gegerasi" politik Kota Belud, Datuk Salleh Tun Said kepada "budak hingusan" yang 'setahun jagung" dan bersatus 'bujang' YB Munirah Majilis. 

Kekuatan Munirah @ Isnarasiah Majilis selaku pelaku politik muda berdarah "bujang" memang sudah dapat dikesan pada PRU13 yang lalu lagi. Ketika itu beliau adalah calon PKR menentang Datuk Abdul Rahman Dahlan ' pendatang' yang 'berkelana" di bumi Kota Belud, Pada PRU 13 Abdul Rahman ( UMNO-BN) memperolehi undi 21768 dengan majoriti sebanyak 5095, manakala Munirah (PKR) mendapat undi 16673. Jumlah pengundi adalah seramai 57979 orang. Pada PRU 13 itu Munirah sudah dilihat memperolehi kekuatan dari saluran 3, anak-anak muda yang sudah mula menunjukkan kecenderungan untuk membuat perubahan. Tetapi "SIGNAL" inilah yang "gagal" dilihat oleh Datuk Salleh sehingga membawa kepada "tersungkurnya" beliau pada PRU 14.


Pada PRU 14 Datuk Salleh ( UMNO) hanya mendapat undi 19,667 tewas mengejut kepada Munirah ( WARISAN) yang memperolehi undi 23,429 dengan majoriti selesa 4262. Turut kecundang 2 orang lagi calon iaitu Awang Laiman yang memperolehi undi 1424 (PAS) dan Miasin Mion yang mendapat 2092 (PHR)

Beberapa isu membawa kepada kekalahan Datuk Salleh pada PRU14 lalu :

1. Isu Nasional

Beberapa isu nasional  berjaya merobek hati para pengundi di Kota Belud. Isu 1MDB, GST,  2.6 billion, Kedatangan ribuan buruh CHINA, skandal NFC, TH, KWAP, Pemecatan Tan SRi Muhiyuddin dan Datu Shafie Apdal dari UMNO dan kerajaan diliaht gagal ditangani oleh pimpinan pusat sehingga ketidak puasan hati rakyat menjadi bisul yang bernanah dan menunggu masa untuk meletup. Kebetulan kenyatan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Salleh selaku menteri KKM yang 'membodek' PM datuk Najib ketika itu dilihat 'melampau' dan 'keterlaluan" sebagai pemimpin senior di Kota belud. Akhirnya rakyat Kota Belud membuat keputusan dengan ledakan isu nasional ini MENOLAK datuk Salleh di kwasan Parlimen P169, Kota belud pada PRU 14.

2. Isu Negeri

Di Peringkat negeri isu penyelewengan Jabatan Air, isu penangkapan beberapa pimpinan WARISAN dan juga isu tadbir urus kemashalatan kehidupan rakyat menjadi faktor perubahan pangkahan golongan muda pada PRU 14. Datuk Salleh dilihat hanya suka memainkan isu nasional, membela Datuk Najib dengan tidak memberi tumpuan kepada isu negeri. "Pergaduhan" Datuk Shafie dan juga Datuk Musa Aman serta layanan yang tidak setimpal kepada parti pembangkang di Sabah turut menjadikan Datuk Salleh sebagai KORBAN pada PRU14. WARISAN datuk Shafie telah berjaya mewujudkan 'frima face" dalam mahkamah politik rakyat sehingga membuatkan hakim rakyat menolak UMNO-BN di Sabah.

3. Isu kempen PRU14

Pada PRU14 Datuk Salleh dilihat tidak menyusun kempen pilihanraya dengan baik. Beberapa kawasan tidak dikunjungi dan hanya mengharapakan 'tangan-tangan' Ghaib yang membantu kemenangannya. Percaturan ini dalah kesilapan terbesar terutama apabila 'tangan ghaib' ini juga turut tidak berkempen di kawasan yang diamanahkan.

Pada perhitungan data mentah, sepatutnya Datuk Salleh boleh menang di parlimen Kota belud kerana ketiga-tiga DUN di Kota belud iaitu Tempasuk, Usukan dan Kadamaian adalah dimenangi oleh calon UMNO-BN. Tetapi apa yang berlaku di peringkat Parlimen Datuk Salleh seakan 'direhatkan' 5 tahun untuk memberi lalulan kepada pembentukan kerajaan baru di peringkat pusat. Namun yang mengejutkan perubahan pimpinan juga turut berlaku di peringkat negeri apabila Sabah di perintah oleh WARISAN dan gabungan PAKATAN HARAPAN dalam 'skandal' politik yang penuh mendebarkan.

0 ulasan :