Showing posts with label Ahli Parlimen Sabah berpaling tadah. Show all posts
Showing posts with label Ahli Parlimen Sabah berpaling tadah. Show all posts

Sunday, June 9, 2013

Pendedahan penulis blog Mohd. Sayuti Omar dalam blognya mengenai  siri pertemuan sulit beberapa orang ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak dengan KU LI, mungkin satu lagi perkembangan politik tanah air yang akan menjadi tumpuan media. Ini kerana menurut Sayuti Omar, pertemuan itu ada kait mengait dengan rasa tidak puas hati ahli-ahli parlimen Bn itu kepada PM Datuk Seri Najib, berkaitan dengan perlantikan manteri kabinet. Itu mungkin motif yang terserlah, namun dalam politik, motif bukan utama apa yang berlaku mungkin dilihat sebagai mengukuhkan kedudukan KU LI dalam UMNO yang akan mengadakan pemilihan dalam masa terdekat tahun ini. Walaupun ahli-ahli parlimen itu tidak disentuh dari parti mana, tetapi jangkaan awal adalah majoriti adalah dari UMNO. Apakah KU LI sedang menyusun strategi untuk mencabar Najib atau pun tidka sekurang-kurangnya akan mencabar Muhiyuddin?

Dari blog Sayuti Omar:

Dua minggu lepas khabarnya beberapa orang ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak telah mengunjungi Tengku Razaleigh Hamzah di kediaman ahli parlimen Gua Musang itu di Langgak Golf, Jalan Ampang.

Kunjungan itu katanya ada kena mengena dengan perkembangan mutakhir politik di kedua buah negeri itu selepas pilihan raya ke-13. Ahli parlimen yang hadir adalah mereka yang tidak dilantik menjadi anggota kabinet Najib Razak.

Untuk apa dan apa tujuan tidak diketahui dengan jelas. Saksi mata memberi tahu pertemuan itu berlaku di mana sekurang-kurang lima atau enam orang yang hadir bertemu Tengku Razaleigh. "Mereka berbual panjang sampai lebih dua jam," beritahu saksi.

Bagaimana pun mereka tidak hadir serentak tetapi berasingan. Khabarnya selepas ini akan ada satu lagi pertemuan di antara ahli parlimen itu dengan Tengku Razaleigh. Mengenai tujuan pertemuan itu ada juga yang menjangkakan mereka mahu meminta nasihat Tengku Razaleigh mengenai kedudukan dan pendirian mereka dalam BN.

Difahamkan mereka mahu Tengku Razaleigh berbuat sesuatu agar kepincangan ataupun lebih tepat meredakan perasaan kurang senang mereka dengan Najib. Bagaimana pun Tengku Razaleigh khabarnya memberi masa untuk mereka menyelesaikan apa yang kurang senang itu terlebih dahulu baru beliau akan memberi kata dua. Tengku Razaleigh tidak terburu-buru menerima pandangan atau memenuhi kehendak ahli parlimen berkenaan