Dari blog Sayuti Omar:
Dua minggu lepas khabarnya beberapa orang ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak telah mengunjungi Tengku Razaleigh Hamzah di kediaman ahli parlimen Gua Musang itu di Langgak Golf, Jalan Ampang.
Kunjungan itu katanya ada kena mengena dengan perkembangan mutakhir politik di kedua buah negeri itu selepas pilihan raya ke-13. Ahli parlimen yang hadir adalah mereka yang tidak dilantik menjadi anggota kabinet Najib Razak.
Untuk apa dan apa tujuan tidak diketahui dengan jelas. Saksi mata memberi tahu pertemuan itu berlaku di mana sekurang-kurang lima atau enam orang yang hadir bertemu Tengku Razaleigh. "Mereka berbual panjang sampai lebih dua jam," beritahu saksi.
Bagaimana pun mereka tidak hadir serentak tetapi berasingan. Khabarnya selepas ini akan ada satu lagi pertemuan di antara ahli parlimen itu dengan Tengku Razaleigh. Mengenai tujuan pertemuan itu ada juga yang menjangkakan mereka mahu meminta nasihat Tengku Razaleigh mengenai kedudukan dan pendirian mereka dalam BN.
Difahamkan mereka mahu Tengku Razaleigh berbuat sesuatu agar kepincangan ataupun lebih tepat meredakan perasaan kurang senang mereka dengan Najib. Bagaimana pun Tengku Razaleigh khabarnya memberi masa untuk mereka menyelesaikan apa yang kurang senang itu terlebih dahulu baru beliau akan memberi kata dua. Tengku Razaleigh tidak terburu-buru menerima pandangan atau memenuhi kehendak ahli parlimen berkenaan
41 ulasan :
Pembentukan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak d menyaksikan hampir separuh jawatan menteri penuh disandang oleh wakil dari Sabah dan Sarawak.
Seramai tujuh wakil dari Sarawak dilantik sebagai menteri penuh di mana empat daripadanya merupakan timbalan menteri dalam Kabinet lalu dan seorang muka baharu iaitu Datuk Fadilah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya, Datuk Joseph Entulu Belaun sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Timbalan Presiden (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) SUPP, Datuk Richard Riot Jaem sebagai Menteri Sumber Manusia.
Selain itu, bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim dilantik mengisi kekosongan di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dan seorang muka baru iaitu Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri sebagai Menteri di JPM.
Dalam masa sama, dua menteri penuh dalam Kabinet sebelum ini iaitu Senator Datuk Seri Idris Jala dikekalkan sebagai Menteri di JPM manakala bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berubah portfolio kepada Kementerian Perusahaan, Peladangan dan Komoditi.
Sementara itu, dua muka baru dari Sabah dilantik sebagai menteri penuh iaitu, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Dr. Ewon Ebin yang masing-masing mengisi kekosongan di Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Sains dan Teknologi.
Dua lagi menteri dalam Kabinet terdahulu iaitu Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman pula dikekalkan di kementerian yang sama iaitu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Luar Negeri.Ini menunjukkan PM menghargai Sabah.
Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pula bertukar portfolio ke Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air manakala bekas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup dinaikkan pangkat sebagai Menteri di JPM. Jawatan Menteri Sabah tidak disingkir cuma di tukar malah di tambah lagi dalam kabinet.
Sementara itu, empat wakil dari Sarawak dilantik mengisi jawatan sebagai timbalan menteri iaitu Datuk Joseph Salang (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan), Datuk Dr. James Dawos Mamit (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Kementerian Dalam Negeri) dan Datuk Alexander Nata Linggi (Kementerian Luar Bandar dan Wilayah).
Tiga wakil dari Sabah pula dilantik sebagai timbalan menteri iaitu dua muka baru Datuk Mary Yap Kain Ching (Kementerian Pelajaran) dan Ahli Parlimen Beauford, Datuk Azizah Mohd. Dun (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri (Kementerian Pertahanan). Muka baru seperti Datuk Mary Yap adalah calon sesuai kerana mempunyai pengalaman yang banyak serta kredibiliti tinggi dalam bidang pelajaran, tetapi buat masa sekarang dia hanya menyandang timbalan menteri kerana baru pertama kali dalam kabinet.
Dengan hampir separuh isi kabinet daripada Sabah dan Saraawak menunjukkan keadilan dalam pengagihan jawatan pleh perdana menteri.
Malahan ini pertama kali pengisian menteri penuh serta timbalan dalam kabinet Malaysia dalam sejarah.
Sabah dan Sarawak memberi jumlah kerusi yang besar kepada keputusan PRU13 buat Barisan Nasional dan akhirnya sumbangan ini dihargai dengan penyenaraian barisan kabinet yang ramai terdiri dari wakil Sabah dan Sarawak.
Pendekatan ini membuktikan langkah pertama Najib Razak sebagai bersedia memberi tumpuan penuh kepada pembangunan Sabah dan Sarawak seperti yang dijanjikan dalam manifesto PRU13.
Sesungguhnya rakyat Sabah dan Sarawak harus mengucap ribuan terima kasih atas keperihatinan Datuk Sri Najib Razak. Semoga pendekatan ini banyak memberi kesimbangan pembangunan Malaysia.
Dengan banyaknya ahli kabinet menteri dari Sabah dan Sarawak nanti, maka suara rakyat akan lebih mudah sampai kepada putrajaya ataupun PM kerana menteri mempunyai hubungan yang lebih lansung di pejabat pentadbiran.
Demikian lagi PM harus berusaha mengagihkan jumlah jawatan untuk menteri di semenanjung dan pengimbangannya bagi Sabah dan Sarawak juga. Ia tugas yang besar.
PRU-13 telah berakhir. Rakyat telah bersuara. Parti BN yang memerintah yang bertanding 60 kerusi negeri dan 25 Parlimen, masing-masing hanya menang 48 dan 22; lainnya dimenangi pembangkang.
Keputusan tersebut jauh berbeza dengan 59 dan 24 kerusi dimenangi pada dua PRU yang lalu, yang menyebabkan Persekutuan atau kepimpinan Pusat mengelar Sabah "Simpanan Tetapnya" satu terma yang mendapat reaksi berbeza daripada rakyat Sabah.
Pada PRU yang baru sahaja melabuhkan tirainya, untuk pertama kali calon daripada Umno kalah, iaitu di kerusi DUN Klias. Juga, pada PRU itu, untuk pertama kalinya parti PBS selepas bergabung semula dengan BN pada tahun 2002, kalah dikerusi tradisinya iaitu di Mantungong, Kedamaian, Tamparuli dan Inanam. Apa yang sungguh menyedihkan bagi parti itu, dua calonnya yang kalah itu berjawatan pembantu menteri selain berjawatan Naib Presiden dalam parti.
Pada PRU-13 itu juga, kita sama-sama menyaksikan bahawa para pemimpin utama parti komponen Bn tewas. Presiden Upko Tan Sri Benard Giluk Dompok yang juga merupakan menteri penuh di peringkat persekutuan tewas di Parlimen Penampang kepada pemimpin muda PKR-Darel Leiking, Sementara Pengerusi MCA Sabah Datuk Edward Khoo tewas di Dun Kepayan- Beliau juga merupakan pembantu menteri sebelum Dun dibubarkan pada 3 April lalu. Salah seorang pemimpin komponen parti Bn yang menjadi mangsa penolakan rakyat adalah Presiden parti LDP- Datuk Liew Vui Keong di kerusi panas Parlimen Sandakan. VK Liew yang berjawatan Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan tewas kepada calon pendatang baru daripada DAP.
Apa yang perlu diperhatikan oleh BN Sabah melalui keputusan PRU-13 lalu, rata-rata calon Bn selain daripada Umno dan LDP mengalami kemerosotan undi majoriti, malah keputusan itu juga telah melenyapkan undi popular bagi pemimpin nombor satu dan nombor dua PBS. Kalaulah bermain dengan angka, jika berlaku pertembungan satu lawan satu bagi Parlimen Kota Marudu, dun Tambunan dan Parlimen Keningau, maka dua pemimpin utama PBS itu telah tewas.
Secara umum kecenderungan rakyat memilih bakal-bakal wakil rakyat mereka pada PRU yang lalu, mereka sama sekali tidak melihat kedudukan seseorang itu baik dalam parti mahupun kerajaan.
Nama-nama seperti Tan Sri Bernard G Dompok- Menteri, Datuk Yee Moh Chai- Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jahid Jahim-Pembantu Menteri, Datuk Herbert Timbon Lagadan-Pembantu Menteri, Datuk Edward Khoo-Pembantu Menteri, Datuk Liew Vui Keong-Timbalan Menteri adalah mangsa-mangsa yang ditolak rakyat.
Para pemimpin BN perlu mengambil iktibar daripada keputusan pada PRU lalu, kedudukan dalam parti atau kerajaan tidak semestinya akan terus diterima rakyat. Mungkin, bagi kita bukan pengundi di kawasan mereka yang tewas itu, tidak melihat apa yang berlaku, namun rakyat atau penggundi merekalah yang telah mengadili mereka sendiri.
Kalaulah seseorang itu peka terhadap keperluaan rakyat yang diwakilinya, maka rakyat di kawasan itu, tidak akan sanggup menolak mereka. Bukti, di DUN Usukan Kota Belud, walaupun Datuk Dr Salleh selama dua penggal tidak bertanding di Dun Usukan, namun selepas aktif semula dan bertanding pada PRU-13 lalu, Datuk Salleh bukan sahaja menang, malah menambah majoriti calon sebelumnya.
Begitu juga calon Tempasuk- Datuk Musbah Haji Jamli, bukan sahaja berjaya mempertahankan kerusinya malah menambah jumlah majoriti.
Perkhidmatan kepada rakyat mencermin kepada perolehan majoriti- sepertimana ditujunkkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman di Dun Sungai Sibuga, dimana majoritinya daripada satu angka kepada dua angka.
Percayalah pengundi adalah adil dalam memangkah; kalaulah wakil rakyat berkhidmat dengan baik apatah lagi cemerlang, maka pengundi akan menyokongnya dengan begitu padu.
Kepada wakil rakyat yang menang, dengan majoriti yang menurun, maka perlu berhati-hati; jika perkhidmatan kepada pengundi tidak dilipat gandakan, maka pada PRU-14 akan datang kemungkinan saudara-saudara akan ditolak oleh pengundi saudara-saudara; atau apa yang malang, suadara-saudara tidak akan masuk gelanggang lagi kerana mendapat cap bukan "winnable candidate".
Orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah iaitu Mohamad Saupi Deraman tidak dapat mengesahkan laporan ahli parlimen Gua Musang itu bertemu dengan ahli parlimen Barisan Nasional dari Sabah.
Mohamad Saupi berkata, beliau belum mendapat berita itu, tetapi ada kemungkinan pertemuan itu berlaku.
Dia (Tengku Razaleigh) macam-macam hal boleh jadi, kerana dia nak jadi Perdana Menteri,” tambah Mohamad Saupi.
Mohamad Saupi merupakan bekas Timbalan ketua Umno Gua Musang dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas. Tengku Razaleigh pula adalah Ketua Umno Gua Musang sejak puluhan tahun lalu.
Several disgruntled Barisan Nasional (BN) MPs from east Malaysia met veteran lawmaker Tengku Razaleigh Hamzah last night to discuss their positions after not getting anything for their wins in the closely-fought Election 2013
About the dozen or so MPs from Sabah and Sarawak are not keen to cross the aisle to join Pakatan Rakyat (PR) but are also not happy with Putrajaya over the spoils of victory.
“The east Malaysian MPs met Ku Li in his house to discuss their next moves as they are not happy with Putrajaya,” a source told The Malaysian Insider, referring to the politician prince by his moniker.
The east Malaysians don’t want to leave BN but they also want something back for their wins..
“They are seeing Ku Li to see what they can do to express their disappointment,” the source added.
Kajian yang dilakukan oleh Coleman , J.J (1996) mendapati organisasi dan program parti politik yang kuat dapat memberi sumbangan kepada rakyat seterusnya menarik sokongan rakyat kepada parti. Kajian itu juga menunjukkan sokongan pengundi boleh berubah jika program parti tidak menarik dan dengan itu tidak dapat dijadikan ukuran dan justifikasi apabila parti itu diberi peluang memerintah.
Huckshom, R.J (1986) menyokong kajian di atas di mana kekuatan organisasi parti di peringkat negeri dapat melambangkan kekuatan parti peringkat nasional dan seterusnya kekuatan kerajaan apabila dibentuk selepas memenangi pilihan raya. Justeru, selagi UMNO dapat mempamerkan program dan organisasi parti yang baik dan menarik, maka rakyat akan terus memberi sokongan.
Kemampuan kerajaan mengendalikan ekonomi negara dengan baik adalah faktor kemenangan BN dalam beberapa pilihan raya lalu. Sebelum mengisytiharkan pilihan raya, faktor ekonomi yang stabil sering diberi pertimbangan. Kajian Monroe, K dan Erickson, L (1986) melihat kepentingan ekonomi dalam meraih sokongan terhadap parti politik.
Kebanyakan para ilmuwan dan ahli politik percaya variabel ekonomi ini memberi kesan kepada sokongan terhadap parti politik. Bagaimanapun variabel (pemboleh ubah sesuatu faktor) ekonomi tidaklah mutlak, kerana terdapat kes di mana walaupun ekonomi diberi perhatian dan berjaya membantu rakyat, terdapat parti politik yang kalah kerana faktor-faktor lain pula. Ini terbukti pada pilihan raya kecil di Anak Bukit (2002), Kedah atau di Kelantan dan Terengganu pada 1999.
Sebagai parti politik seperti UMNO, ia perlu terus memberikan perhatian kepada faktor ekonomi kerana kebanyakannya adalah menyokong variabel ini untuk mendapat sokongan rakyat. Pun begitu, seperti disebutkan Najib, faktor ini belum boleh menjamin BN akan kekal memerintah.
Kajian John Funston (2000) mengesahkan bahawa jika berlaku krisis besar dalam sesebuah parti politik, maka survival parti itu akan terancam. Ini dibuktikan dalam kes pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998 dahulu, atau pun pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO pada 1987 dan banyak lagi contoh yang membuktikan bahawa krisis dalam parti, jika tidak diselesaikan akan meruntuhkan sebuah parti walau sekuat mana pun, parti itu.
Ternyata UMNO menepati faktor ini di mana terdapat ketua-ketua bahagian yang bersikap degil dan ego yang tidak bersetuju dengan keputusan parti itu dalam menentukan calon, dan ini merupakan masalah politik dalam menghadapi PRU-12 dan 13 lalu.
Faktor demokrasi dan kepimpinan yang dijalankan oleh Hussain Mohamad (1992) menekankan demokrasi dalam UMNO sedikit sebanyak telah menjadi penentu kepada kekuatan UMNO. Pimpinan UMNO menggunakan konsep demokrasi iaitu bermesyuarah, selain demokrasi ala-Malaysia yang diamalkan.
Sejauh manakah gaya demokrasi dan kepimpinan yang dibawa UMNO ini boleh mengekalkan survival parti, bergantung kepada penerimaan ahli-ahli UMNO yang terdiri daripada generasi baru nanti. Apa pun, konsep dan prinsip demokrasi itu adalah perlu konsisten diamalkan, walaupun berlaku perubahan kepimpinan dalam UMNO.
Faktor Imej dan Ideologi Parti yang dilakukan oleh Syed Arabi (1986) Von Der Mehden F.R (1987), jelas membuktikan bahawa imej dan ideologi parti sangat penting dalam menentukan survival parti politik. Walau pun pilihan parti berasaskan kepada beberapa variabel, pengundi juga berfikir mengenai parti politik atau calon yang dianggap berupaya membela nasib mereka.
Imej dan ideologi yang dipancarkan oleh parti dan pemimpin-pemimpin parti berkenaan serta isu yang diketengahkan adalah penting kepada pengundi tersebut dan seterusnya boleh menentukan survival parti politik itu. Selain itu bukan sahaja imej parti perlu kelihatan menarik, tetapi sahsiah pemimpin juga perlu kelihatan menarik dan berketerampilan.
Post a Comment