Timbalan ketua Perhubungan UMNO Negeri Sabah, yang juga Ketua UMNO KB dengan jelas menolak saranan sesetengah pihak yang mahukan agar dua jawatan utama dalam UMNO iaitu Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Datuk Salleh yang juga Speaker Dewan undangan Negeri Sabah membuat kenyataan itu dalam laman rasmi blog beliau.
Datuk Salleh bukan sahaja menyelar tindakan pihak-pihak berkenaan yang mahu supaya kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan, malah beliau juga berpendapat bahawa pendemokratikan parti UMNO lebih sempurna ekoran pindaan perlembangaan yang dilakukan beberapa tahun yang lepas yang memperuntukan pemilihan dalam parti melibatkan peringkat akar umbi. Datuk Salleh juga mengingatkan ahali-ahli parti dengan apa yang pernah dinyatakan oleh Presiden Datuk Seri Najib bahawa halatuju parti haruslah ditentukan oleh ahli-ahlinya.
Dan sebagai sebuah parti yang demokratik, sudah tentu halatuju dan masa depannya wajar diserahkan kepada ahli parti sendiri, seiring dengan matlamat dan prinsip pindaan perlembagaan yang telah dibuat sebelum ini.
Untuk itu, saya berpandangan bahawa semangat pindaan ini mesti dipertahankan dan syor agar jawatan-jawatan penting tidak dipertandingkan adalah bertentangan dengan semangat pindaan tersebut.
Saya masih ingat lagi bahawa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, sendiri sebelum ini ada menyatakan hakikat bahawa Umno sebagai parti demokratik, dan terserah kepada ahli-ahli parti menentukan halatuju perjuangannya.
Saya sependapat dengan pendirian seperti itu di mana ia harus disanjungi, dengan mengambil kira senario politik keseluruhannya pasca pilihan raya umum ke-13 lalu.
Dalam PRU-13 lepas, rakyat telah menghantar mesej yang jelas kepada kita dan kita harus menganalisanya dalam konteks kepartian, dan agenda penyatuan demi menentukan Umno terus unggul dan kekal relevan.
Dalam hal ini, pemimpin dan ahli parti di semua peringkat harus sentiasa bersikap terbuka menerima cadangan, pandangan atau kritikan demi kelangsungan dan survival perjuangan politik.

21 ulasan :
Setiap suku kaum di negeri ini perlu terus memulihara serta mempertahankan adat istiadat dan budaya mereka bagi memastikan budi bahasa dan nilai murni terus menjadi pegangan.
ini kerana tanpa usaha untuk melindungi adat serta budaya masing-masing tidak mustahil pada suatu hari nanti identiti setiap suku kaum akan lenyap buat selama-lamanya.
faktor pengaruh luaran asing termasuk penghijrahan ke Bandar-bandar besar mencari pekerjaan dan peluang kehidupan yang lebih baik secara tidak langsung turut mempengaruhi kelangsungan sesuatu adat dan budaya yang sekian lama diterapkan.
trend ini akan turut menghakis budaya dan pegangan yang menjadi identiti setiap suku kaum yang sememangnya terkenal dengan keunikan budaya masing-masing
Di Sabah, kita mempunyai lebih 30 suku kaum etnik dengan memiliki latar belakang adat dan budaya yang unik dan berbeza-beza.
adalah penting bagi setiap suku kaum itu terus mempertahankan warisan dan adat serta budaya masing-masing agar ia tidak lenyap ditelan zaman
di Malaysia kerajaan menggalakkan setiap suku kaum menghidupkan adat istiadat dan budaya masing-masing.
adalah penting bagi setiap suku kaum menubuhkan persatuan masing-masing bagi membolehkan mereka mengumpul maklumat mengenai isu penting sama ada berkaitan agama, budaya, adat-istiadat dan bahasa agar ia terus terpelihara dan ada kesinambungannya
Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun
Jangan sehingga bahasa kita dilupakan kerana bahasa melambangkan bangsa, hilang bahasa keturunan kita turut hilang identiti, maka bangsa menjadi tidak bermaya lagi.
semua jawatan perlu dipertanding, amalka demokrasi.
UMNO tidak pernah sesekali menyekat mana-mana individu yang berhasrat untuk bertanding pelbagai jawatan penting termasuk bagi jawatan presiden dan timbalan presiden parti, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Beliau menafikan tohmohan sesetengah pihak kononnya demokrasi dalam UMNO sudah mati berikutan majoriti ahlinya mahu jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemlihan parti hujung tahun ini.
“UMNO sejak dulu sehingga sekarang menjunjung semangat demokrasi, setiap ahli parti ada hak untuk menawarkan diri bertanding bagi sesuatu jawatan,” katanya.
Oleh sebab itu katanya, UMNO meminda perlembagaannya bagi membolehkan pencalonan dibuat secara terbuka oleh seluruh-ahli-ahlinya di peringkat bahagian.
“Tuduhan kononnya demokrasi sudah mati dalam UMNO hanya digembar-gemburkan oleh pembangkang, jadi kenapa kita perlu terikut-ikut dengan persespsi negatif itu,” tegasnya.
Tetapi tegas beliau, buat masa ini gandingan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan regu terbaik untuk memimpin dan meneruskan kecemerlangan halatuju parti.
Katanya, gadingan Najib dan Muhyiddin tidak ada cacat celanya malah mendapat sokongan padu daripada majoriti ahli-ahli UMNO dan rakyat secara keseluruhannya.
"Kalau gandingan itu sudah baik dan ampuh, kenapa perlu dipertandingkan, kekalkanlah mereka berdua," tegasnya.
Melihat kepada padunya gandingan Najib dan Muhyiddin katanya, pakatan pembangkang berusaha untuk memecahkan kekuatan tersebut dengan harapan UMNO akan retak dan berpecah.
Justeru beliau mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya berwaspada dan tidak terikut-ikut dengan rentak pembangkang.
“Ini tidak bermakna orang lain tidak layak bertanding, tetapi jika pemimpin yang ada sekrang ini telah terbukti kepimpinan mereka baik untuk parti dan negara, maka seeloknya dikekalkan,” tegasnya
Beliau menasihatkan mana-mana pihak yang berhasrat untuk menawarkan diri bertanding kedua-dua jawatan tersebut supaya ‘cerminkan diri’ terlebih dahulu sama ada layak berbuat demikian atau sebaliknya.
Beliau tidak mahu keghairahan untuk mencabar jawatan penting dalam UMNO hanya sebagai alat kepada pihak lain atau sekadar menjadi ‘batu api’ untuk memecahbelahkan perpaduan parti.
“Jangan kita rosakkan parti kerana terlalu ghairah kepada jawatan, sebaliknya marilah kita bersatu dan menyatakan sokongan tidak berbelah-bagi kepada Najib dan Muhyiddin selaku presiden dan timbalan presiden UMNO,” tegasnya.
Apa yang penting kata beliau, UMNO perlu diperkasakan semula selepas mengharungi perjuangan cukup getir menentang pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu yang menyaksikan fenomena membimbangkang berhubung tahap sokongan pengundi.
Post a Comment