Pengendali portal maya Sabahkini.net MD. Mutalib yang juga seorang penulis paling kontrovesi dalam zamannya dikhabarkan meninggal dunia di KL semalam 29/06/2013 kira-kira jam 3.00 pagi. Jenazah Allahyarham diterbangkan ke Sabah dan dilaporkan akan dikembumikan hari ini 30/6/2013 di Lahad Datu. Daripada maklumat dari beberapa rakan beliau di FB, menyatakan bahawa Allahyarham meninggal secara mengejut akibat serangan jantung. Sebelum ini beliau dikatakan menerima rawatan Darah Tinggi.
Dunia penulisan bukan sahaja bermuran dengan pemergian Allahyarham tetapi juga menghibakan ribuan rakyat di negara dan di negeri Sabah yang ingin menyaksikan isu PATI dalam RCI dapat dilaksanakan dengan sempurna. Selama hayatnya MD Mutalib telah membongkar beberapa isu penting berkaitan dengan PATI dengan beberapa bukunya antara yang terkenal, Projek IC, Dilema di Sebalik enigma PTI, Devil's ICs, NCR dan Enigma,Bumi dipijak milik Orang, Anak negeri Palsu dan 007 X-File. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh MD Mutalib secara berani dan penuh dengan fakta, menjadikan beliau sebagai penulis paling bertenaga dalam membela hak-hak anak negeri Sabah.
Sebagai penulis dalam dunia maya melalui portal Sabahkini.net, beberapa artikel kelapamawar juga turut dimuatkan dalam portal berkenaan, dan antara yang terbaru adalah artikel SLOGAN INI KALILAH, NAJIB PERLU GUSAR dan juga artikel PERTEMUAN RAHMAN DAHLAN DAN MUNIRAH MAJILIS PADA PRU13 ADALAH SESUATU YANG DIRANCANG.
Sesungguhnya pemergian MD Mutalib adalah kehilangan paling besar kepada blogger di Sabah terutama kelapamawar sendiri kerana hasrat ingin menemui penulis ini secara bersemuka dan bertentang mata tidak kesampaian. Al Fatihah untuk Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Takziah untuk keluarga beliau.

0 ulasan :
Post a Comment