Pembangkang sekarang tidak lagi seperti pembangkang 10 tahun yang lepas. Penguasaan mereka ke atas beberapa negeri di Semenajung sejak 2008 memberikan satu orde politik baru di negara ini, apabila pihak pembangkang dilihat mempunyai kekuatan untuk melakukan desakan demi desakan kepada kerajaan BN dalam menentukan hala tuju politik negara.
Perlantikan YDP Dewan Rakyat kini mula dipersoalkan, malahan pembangkang bertindak menolak calon YDP dari BN iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang dikatakan akan mengakhiri jawatan itu pada 23 jun ini. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar dalam satu kenyataan mahukan pemilihan YDP Dewan Rakyat harus dilakukan secara sulit.
SETIAUSAHA Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah berkata proses pemilihan Yang diPertua Dewan Rakyat akan dijalankan melalui "undi bersurat".
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara terperinci sama ada pengundian itu dijalankan secara rahsia bagi mengelakkan perkara itu menjadi isu.
"Ia akan dilakukan melalui undi bersurat. Sila rujuk kepada Peraturan Mesyuarat 4," katanya sambil menegaskan bahawa cara itu telah dilakukan bagi memilih Yang diPertua Dewan Rakyat sejak ia ditubuhkan.
Menurut Peraturan Mesyuarat 4 (4), undi bersurat ialah setiap ahli parlimen yang hadir akan diberi sekeping kertas undi dan ahli itu boleh menuliskan pada kertas itu nama ahli atau seorang lain yang hendak diundinya.
Kertas-kertas undi hendaklah dilipat supaya nama ahli atau seorang lain yang tertulis pada kertas itu tidak boleh dilihat, dan hendaklah ditandatangan oleh ahli yang mengundi.
Bagi peraturan 4 (5), kertas-kertas undi hendaklah dipungut oleh Setiausaha atau oleh siapa-siapa pegawai Majlis yang diwakilkan olehnya dan hendaklah dijumlahkan oleh Setiausaha di Meja Mesyuarat.
Keputusan undi itu pula hendaklah dimasyhurkan oleh Setiausaha.
Sebelum ini, Blok pembangkang memberi amaran untuk memberi tentangan keras sekiranya pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 24 Jun tidak dijalankan melalui secara undi rahsia.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Parlimen akan berdepan dengan "perang besar" dari blok pembangkang sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi.
"Kalau kamu gagal bersikap jujur dalam Parlimen, kamu nak langgar pemilihan Speaker, kamu berdepan dengan perang besar pada 24 Jun ini," katanya.
Beliau mensasarkan amaran tersebut kepada sekretariat Parlimen, yang akan menjalankan pengundian tersebut.
Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, Anwar sekali lagi menekankan bahawa gabungan parti itu mahu bekas hakim Mahkamah Persekutuan Abdul Kadir Sulaiman dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Pakatan juga akan mencadangkan ahli parlimen Tumpat Datuk Kamruddin Jaafar untuk jawatan timbalan speaker.
Anwar berkata Pakatan dimaklumkan tempoh speaker bagi sesi lalu akan tamat pada 23 Jun ini.
Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat secara konsensus meminta beliau menyambung sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat
Anwar turut mengulangi bahawa ahli parlimen Pakatan Rakyat akan hadir dalam majlis angkat sumpah bagi menghormati Yang di-Pertuan Agong yang akan merasmikan sesi parlimen kali ini.

23 ulasan :
Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggesa semua anggota Dewan Rakyat menerapkan budaya transformasi sewaktu bertugas di Dewan Rakyat untuk menjulang martabat Parlimen ke tahap lebih tinggi.
Mentafsir budaya transformasi yang dimaksudkan, Pandikar Amin yang dipilih semula sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk kali kedua, berkata ia bermaksud melakukan perubahan sikap ke arah membuat kebaikan.
"Saya menggesa Yang Berhormat sekalian membudayakannya (transformasi ke arah kebaikan) sewaktu bertugas di Dewan Rakyat, ayuh kita ubah, kita bereformasi, kita bertransformasi. Kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi.
"Ini kalilah kita julang memartabatkan Parlimen Malaysia ke tahap lebih tinggi," katanya ketika berucap selepas dipilih semula sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen ke-13 yang bermula Isnin.
Pandikar Amin dipilih semula sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas mendapat 133 undi berbanding calon yang dikemukakan pembangkang iaitu bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, yang memperoleh 89 undi.
Beliau berkata seiring tuntutan semasa, proses dan cara persidangan Dewan Rakyat juga akan turut berubah ke arah demokrasi lebih matang walaupun ia dijangka mengambil masa.
"Proses memilih Yang Dipertua melalui pertandingan seperti yang kita laksanakan tadi adalah antara langkah (demokrasi matang) yang dimaksudkan," katanya.
Pandikar Amin berkata walaupun ada yang menghendaki cara berlainan, namun tidak bermakna Peraturan Mesyuarat yang menjadi panduan persidangan Dewan Rakyat adalah ketinggalan zaman atau terpesong daripada lunas demokrasi yang matang.
"Pastinya dari semasa ke semasa, perubahan atau pindaan kepada cara kita mengendalikan persidangan akan dibuat mengikut keperluan atau tuntutan semasa," katanya.
Pandikar Amin berkata perubahan fizikal juga turut dibuat pada persidangan kali ini dengan tempat duduk anggota Parlimen pembangkang disusun mengikut kekananan di dalam pakatan tersebut.
"Saya harap perubahan ini akan disusuli pewujudan barisan kabinet bayangan (pakatan pembangkang) untuk memudahkan pengendalian perbahasan," katanya.
Pandikar Amin turut mengambil kesempatan menegur segelintir pemimpin pembangkang yang melakukan kekecohan dengan mempersoal proses pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat pagi ini sebelum acara angkat sumpah anggota Dewan Rakyat berlangsung.
"Mengikut Peraturan Mesyuarat 52 (1) kehadiran semua ahli Yang Berhormat adalah dijemput untuk memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu pada setiap penggal yang baharu," katanya, disambut sokongan daripada anggota penyokong kerajaan yang menepuk meja tanda setuju.
UMNO sedang mengkaji kemungkinan mengguna pakai sistem pengundian pilihan raya umum (PRU) untuk memilih pucuk pimpinan parti pada pemilihan parti hujung tahun ini.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata oleh kerana jumlah perwakilan ramai dan keputusan pemilihan perlu diketahui pada hari sama, UMNO perlu melihat pelbagai kaedah sesuai.
Bagaimanapun, keputusan muktamad akan dibuat oleh pengurusan tertinggi UMNO.
Sistem mesti telus
Daripada 191 bahagian itu, ada yang mempunyai beratus-ratus cawangan. Jika hendak diadakan pemilihan, mungkin dewan pada peringkat bahagian tidak mencukupi dan kita mungkin terpaksa memasang khemah di luar dewan.
Bagaimanapun, sistem pemilihan mesti telus dan keputusannya mesti diketahui pada hari mengundi. Mungkin malam baru kita dapat tahu keputusan itu. Bagaimanapun, kita juga akan kaji sistem lain, katanya kepada BH.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas di mana pusat penjumlahan undi jika sistem pengundian PRU diterima pakai.
Pemilihan UMNO tahun ini memecah tradisi kerana 146,500 perwakilan dari semua 191 bahagian seluruh negara akan memilih pucuk pimpinan parti, berbanding hanya 2,510 perwakilan sebelum ini.
Tan Sri Pandikar Amin Mulia dipilih semula sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas mendapat sebanyak 133 undi dalam sesi pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sidang Parlimen penggal ke-13 hari ini
Beliau mengatasi calon Yang Dipertua Dewan Rakyat pembangkang, bekas Hakim Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang mendapat sebanyak 89 undi.
Pandikar Amin sebelum ini merupakan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sidang Parlimen penggal ke-12 selepas menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib.
Beliau yang berkelulusan undang-undang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan pernah dilantik sebagai Senator selain bekas Presiden Parti Angkatan Keadilan Rakyat (Akar Bersatu) yang kini sudah dibubarkan.
Sebaik sahaja keputusan itu diumumkan Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat berkenaan kemudian memasyhurkan Pandikar Amin sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sidang Dewan Rakyat penggal ke-13.
Terdahulu, Pandikar Amin dicalonkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Abdul Kadir pula dicalonkan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan disokong Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.
Walau bagaimanapun, pemilihan yang menggunakan kaedah undi bersurat itu sedikit kecoh selepas Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) dan beberapa Ahli Parlimen pembangkang lain mempertikai kewajaran menulis nama pada kertas undi.
Namun, pemilihan tetap berjalan seperti biasa dan menyaksikan Pandikar Amin dipilih semula sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Sesi sidang kemudian diteruskan dengan majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat kerajaan diketuai Najib (BN-Pekan), Muhyiddin (BN-Pagoh) dan Datuk Seri G. Palanivel (BN-Cameron Highlands) serta sebanyak 130 Ahli-ahli Dewan Rakyat kerajaan lain.
Sementara itu, Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said pula dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130625/dn_03/Pandikar-Amin-dipilih-semula-Yang-Dipertua-Dewan-Rakyat-penggal-ke-13#ixzz2Y8zy0Vf8
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pelantikan mereka dibuat selepas pembangkang gagal mengemukakan calon mereka dalam tempoh 14 hari sebelum berlangsungnya sidang itu.
Dengan keputusan itu, Ronald kekal sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat seperti disandang beliau pada penggal Parlimen ke-12 lalu.
Ismail Mohamed pula menggantikan Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kini merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Selepas sesi pelantikan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membentangkan usul memerintah Ketua Polis Negara memberi kemudahan laluan kepada semua Ahli Parlimen serta memastikan keselamatan dan keamanan di sekitar kawasan Parlimen.
Post a Comment