Keputusan mesyuarat Jemaah menteri Sabah bertarikh 15 mei 2013 dengan jelas bersetuju memberikan kuasa mutlak kepada Ketua Menteri Sabah mempergunakan kuasa mengikut Akta Imigresen dan selaras dengan perakuan Ketua Cawangan Khas PDRM untuk tidak membenarkan (not to land) individu-individu berikut untuk datang ke negeri Sabah
1. Anwar Ibrahim
2. Lim Kit Siang
3. Nurul Izzah Anwar
4. Mohd. Rafizi Ramli
5. Ambiga Sreenevasan.
Surat bertarikh 21 Mei 2013 itu bagaimanapun tidak menyatakan tempoh tamat larangan memasuki negeri ini, manakala nama Rafizi dieja sebagai ‘Rafifi’.
Pada 30 Mei lalu, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah tidak dibenarkan masuk ke Sabah ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
Beliau turut dinafikan hak bertemu peguamnya, Darrel Leiking, yang juga ahli parlimen Penampang yang menunggu di balai ketibaan KKIA.

8 ulasan :
Pegawai mana pula yg membocorkan dokumen ini? Ini kira dokumen rahsia nih!
Jabatan Imigresen patut siasat kebocoran ini agar tidak lagi berlaku pada masa depan!
Ini baru surat dari KM Sabah. Tidak mustahil pada masa depan dokumen2 sensitif boleh jatuh ke tangan pengganas!
Saya pasti Jabatan Imigresen ada SOPnya sendiri untuk handle surat2 seperti ini. Apa yang pasti, pegawai yg membocorkan surat ini akan dikesan juga...
Pihak pembangkang sanggup untuk menggunakan taktik ini untuk kepentingan mereka. Tidak mustahil mereka sanggup bagi maklumat kepada pengganas bagi mencapai matlamat politik mereka!
Pihak pembangkang patut sedar apa yang dibuat oleh mereka ini boleh mengancam keselamatan negara! Pengganas pasti suka apabila mengetahui bahawa dokumen2 rahsia amatlah senang untuk dibocorkan...
Larangan ke atas pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat Nurul Izzah Anwar daripada memasuki Sabah telah ditarik balik,
Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Hamza Taib berkata tiada sesiapa lagi yang dilarang masuk ke negeri Borneo tersebut tetapi tidak memberikan sebab ia ditarik semula.
Post a Comment