walaupun Anwar Ibrahim gagal 'merampas' Putrajaya ada dua pilihanraya umum yang lepas iaitu pada 2008 dan 2013, namun JANGAN kita lupa bahawa selain daripada PM Datuk Seri Najib dan Tun Mahathir Mohamad (bersara), Anwar Ibrahim adalah antara politikus paling bersejarah dan menjadi 'legend" dalam politik Malaysia. Bukan sahaja kerana risiko pemecatannya dari kerusi Timbalan Perdana menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada 1998 menyebabkan perpecahan teruk dalam politik orang melayu, TETAPI juga Anwar Ibrahim adalah politikus paling konsisten yang pernah dilahirkan di bumi Malaysia. Anwar sentiasa menyajikan idea-idea politik baru yang penuh dengan kejutan. Bukankah hanya pada era Anwar sahaja suara Pembangkang begitu didengari.
Bukankah menolak calon YDP Dewan Rakyat dari BN iaitu Tan Sri Pandikar Amin itu adalah satu kejutan luarbiasa dalam sejarah demokrasi berparlimen di negara ini. Anwar sesungguhnya tahu dengan hanya 89 wakil parlimen PR, mana mungkin boleh menidakkan sokongan pencalonan TSP sebagai YDP Dewan sesi 2013/18, sedang MP BN menunjukkan 133 undi akan diberikan kepada TSP.Namun mengapa Anwar Ibrahim membuat sesuatu yang diketahuinya akan tidak dapat berubah keputusan itu?
Sebagai politikus yang berpengalaman, Anwar sedar bahawa dengan mengemukakan calon lain iaitu mantan hakim mahkamah Persekutuan, Abdul Kadir Sulaiman ia sebagai petanda kepada kepimpinan PM Datuk Seri Najib bahawa di peringkat pimpinan PR, mereka sebenarnya sudah lama bersatu dan bersedia mengambil tampuk pemerintahan negara, jauh dari yang diwar-warkan oleh media pro BN bahawa PR adalah gabungan /pakataan yang tidak boleh bekerjasama. ini sekaligus menutup mitos kepada RAKYAT perihal ketidamampuan PR menerajui negara.
Keputusan DAP memberikan laluan kepada MB Selangor Tan Sri Khalid dari PKR unutk menjadi MB Selangor sekalipun parti itu mempunyai kerusi terbanyak dalam PR di Selangor, sekali lagi membuktikan bahawa toleransi dan kerjasama antara parti-parti dalam PR sememangnya boleh diusahakan, manaka tidak Anwar terus dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang meskipun PKR bukanlah majoriti dalam ahli parlimen PR.
Anwar memberi signal kepada rakyat, bahawa dengan memiliki PEMBANGKANG yang kuat di dewan rakyat Parti Pemerintah tidak akan sewenang-wenangnya membuat apa juga dasar atau polisi kerajaan mengikut persepsi atau pandangan sebelah pihak sahaja. ini akan memberi satu persepsi baru terutama kepada golongan muda yang berpendidikan, bahawa dengan memiliki kekuatan balan tentera Pembangkang di Dewan Rakyat, Kerajaan yang memerintah tidak akan mengelincirkan sebarang keputusan untuk kepentingan mereka. Anwar juga tahu mempergunakan peruntukan undang-undang sedia ada untuk memberi gambaran bahawa kekuatan PR tidak boleh dimain-mainkan.
Penolakan Anwar terhadap Tan Sri Pandikar Amin Mulia juga berkait dengan ketegasan TSP terhadap pembangkang semasa berbahas di dewan Rakyat. Walaupun ketegasan itu dilihat dalam peruntukan mesyuarat, namun nyata TSP bukanlah netural dalam semua segi. Ini terbukti pada PRU 13 yang lepas beliau turun berkempen untuk calon-calon BN di Sabah. Bukankah petunjuk itu memberikan gambaran bahawa TSP juga punya kepentingan politik walaupun duduk di kerusi YDP? Bukankah sudah sampai masanya kerusi itu diduduki oleh orang yang bukan ahli politik?
Pada saya Anwar punya asas kuat menolak pencalonan TSP sebagai YDP Dewan Rakyat. Sama ada Anwar berjaya atau tidak, ia sebenarnya telah membuka satu jalan baru bagi demokrasi di negara ini.

28 ulasan :
WALAUPUN Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah berlalu, namun perbincangan mengenainya masih hangat dan berterusan terutama bagi kelompok yang tidak boleh menerima kekalahan kerana menjangkakan berlaku perubahan kepada tampuk kerajaan yang memerintah hari ini.
PRU-13 yang dianggap ibu kepada PRU itu akhirnya memihak kepada Barisan Nasional (BN) yang diamanahkan rakyat sekali lagi untuk meneruskan pemerintahannya setelah lebih setengah abad, (sebelum ini dikenali dengan Kerajaan Perikatan) sekali gus mencatat sejarah sebagai antara kerajaan paling lama mengekalkan kuasanya di rantau ini.
Bagaimana sistem dan amalan demokrasi terbimbing" berkembang di negara ini. Dalam apa jua keadaan dari dahulu sehingga sekarang, media dalam bentuk akhbar cetak, elektronik iaitu televisyen, laman portal dan blog di samping laman sosial seperti twitter dan facebook telah memainkan peranan untuk mengubah corak pemikiran rakyat ke arah lebih bebas dan terbuka untuk menyuarakan sesuatu perkara.
Walaupun terdapat Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA), Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, namun sejak kebelakangan ini, sama ada ahli politik ataupun rakyat biasa sentiasa mahu menguji kekuatan dan pengertian sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia.
Maka tidak hairanlah beberapa pengguna laman sosial baru-baru ini ditahan kerana menghina institusi raja-raja Melayu dan nabi Muhammad SAW. Mereka yang terlibat ini ialah golongan berpelajaran dan sudah pasti mengetahui akibatnya tetapi masih mahu mencuba nasib agar dapat mempengaruhi orang lain dengan pendapat mereka itu.
Terdapat beberapa akhbar arus perdana baik dalam bahasa Malaysia, Mandarin, Inggeris dan Tamil, masing-masing sentiasa mencuba ke tahap maksimum untuk menyalurkan isu-isu berbaur perkauman, sentimen politik dan juga mengenai isu-isu keagamaan yang kadang-kadang agak ekstrem.
Sejak berkembangnya pengunaan internet di negara ini, rakyat bebas untuk mengulas, mengkritik dan menyuarakan pendapat mengenai isu-isu semasa dalam kalangan rakan, komuniti atau kumpulan yang mereka bentuk. Isu-isu dibahaskan dengan bebas asalkan tidak menggugat kestabilan politik, menjejaskan keselamatan negara atau menyentuh kedaulatan undang-undang dan keluhuran kuasa Raja-raja Melayu yang kesemuanya berpaksikan kepada Perlembagaan Malaysia.
Proses demokrasi di negara ini turut menyaksikan terbentuknya ruang yang semakin besar untuk rakyat menyuarakan pendapat secara terbuka dan bebas memperkatakan ketidakpuasan hati di khalayak ramai khusus sejak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan dan digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.
Beta menyeru semua pihak terima dan hormati keputusan PRU13 yang diadakan baru-baru ini sebagai sistem demokrasi dan berganding bahu bagi negara melangkah kehadapan.
Beta percaya komitmen kerajaan dalam merealisasi agenda transformasi dalam bidang keberhasilan nasional dan ekonomi dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat
Tuanku juga menyeru semua wakil rakyat supaya menunjukkan akhlak yang terbaik ketika mengambil bahagian dalam perbahasan khususnya bagi menjaga nama baik institusi Parlimen.
titahnya ahli Parlimen yang terpilih pada PRU13 lalu perlulah menjalankan tanggungjawab mereka masing-masing kepada rakyat khususnya menunaikan manifesto pilihan raya 5 Mei lalu.
Harapan beta berkhidmatlah kepada rakyat dengan penuh dedikasi, berintegriti dan sentiasa menunjukkan akhlak yang terpuji demi agama, maruah diri, institusi Parlimen yang mulia dan negara tercinta.
Rakyat yang bermula pagi Rabu menyaksikan Datuk Seri Najib Tun Razak lipat balik puak pembangkang yang cakap banyak cuba mempersoalkan usaha 'perdamaian nasional' yang dijanjikan kerajaan selepas pilihanraya umum ke 13.

Dalam soalan tambahan dari soalan Kit Siang,Ahli Parlimen PKR Gombak Azmin Ali dan Ahli Parlimen DAP Beruas,Ngeh Ko Ham serta Karpal Singh DAP Bukit Gelugor mereka cuba menekan beliau mengenai usaha perdamaian nasional.
Perdana Menteri nampak steady saja sejak jawab soalan pertama dari Dr Latif yang ingin tahu apakah kerajaan nak bertindak terhadap mereka yang mengunakan perkataan ' rakyat' dalam membuat berbagai gelagat negatif sejak PRU13.
Mengenai isu perdamaian nasional yang cuba diperlekehkan,Najib menyimpulkan situasinya bahawa pembangkang juga harus berusaha kearah itu dan tidak hanya desak kerajaan jayakannya.
Beliau menegaskan langkah utama kearah itu ialah mereka wajib terima keputusan PRU13 sebagai keputusan yang muktamad.
Katanya ini kerana pilihanraya itu dijalakankan menurut perlembagaan negara,mengikut peraturan pilihanraya dan sekiranya ada apa yang tidak puashati ada saluran untuk petisyen di mahkamah.
Najib jelas merujuk kepada tindak tanduk pembangkang yang terus menerus buat macam-macam hal termasuk perhimpunan haram membantah keputusan PRU13 sedangkan waktu sama mahu perdamaian nasional dicapai.
Beliau juga membangkitkan mengenai 'pelik' sikap mereka dalam membantah keputusan PRU13 kerana masing-masing sudah angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada hari Isnin.
Beliau mengingatkan kalau pembangkang boleh menegur kerajaan maka kerajaan juga boleh menegur pembangkang.
PAKATAN pembangkang dinasihatkan menghentikan gerakan budaya politik jalanan membantah keputusan PRU ke-13, sebaliknya berusaha bersama Barisan Nasional (BN) meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, berkata apabila kesemua 89 wakil rakyat pembangkang mengangkat sumpah di Parlimen baru-baru ini merupakan permulaan era baru yang cukup baik kerah semangat bekerjasama dengan parti pemerintah.
Beliau berharap wakil rakyat pembangkang akan bersama BN berganding bahu membangunkan rakyat dan negara tanpa terlalu terjerumus kepada agenda politik.
Diharapkan wakil rakyat pembangkang akan memperakui realiti tersebut dan mula melunaskan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat untuk bersama di Dewan Rakyat
Beliau berharap wakil rakyat pembangkang akan mempamerkan mutu perbahasan dan pengusulan idea yang lebih postif, relevan dan menepati citarasa pengundi yang mereka wakili.
Post a Comment