Showing posts with label Nasib TSP. Show all posts
Showing posts with label Nasib TSP. Show all posts

Friday, June 21, 2013

Pembangkang sekarang tidak lagi seperti pembangkang 10 tahun yang lepas. Penguasaan mereka ke atas beberapa negeri di Semenajung sejak 2008 memberikan satu orde politik baru di negara ini, apabila pihak pembangkang dilihat mempunyai kekuatan untuk melakukan desakan demi desakan kepada kerajaan BN dalam menentukan hala tuju politik negara.

Perlantikan YDP Dewan Rakyat kini mula dipersoalkan, malahan pembangkang bertindak menolak calon YDP dari BN iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang dikatakan akan mengakhiri jawatan itu pada 23 jun ini. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar dalam satu kenyataan mahukan pemilihan YDP Dewan Rakyat harus dilakukan secara sulit.

SETIAUSAHA Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah berkata proses pemilihan Yang diPertua Dewan Rakyat akan dijalankan melalui "undi bersurat".


Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara terperinci sama ada pengundian itu dijalankan secara rahsia bagi mengelakkan perkara itu menjadi isu.


"Ia akan dilakukan melalui undi bersurat. Sila rujuk kepada Peraturan Mesyuarat 4," katanya sambil menegaskan bahawa cara itu telah dilakukan bagi memilih Yang diPertua Dewan Rakyat sejak ia ditubuhkan.


Menurut Peraturan Mesyuarat 4 (4), undi bersurat ialah setiap ahli parlimen yang hadir akan diberi sekeping kertas undi dan ahli itu boleh menuliskan pada kertas itu nama ahli atau seorang lain yang hendak diundinya.


Kertas-kertas undi hendaklah dilipat supaya nama ahli atau seorang lain yang tertulis pada kertas itu tidak boleh dilihat, dan hendaklah ditandatangan oleh ahli yang mengundi.


Bagi peraturan 4 (5), kertas-kertas undi hendaklah dipungut oleh Setiausaha atau oleh siapa-siapa pegawai Majlis yang diwakilkan olehnya dan hendaklah dijumlahkan oleh Setiausaha di Meja Mesyuarat.


Keputusan undi itu pula hendaklah dimasyhurkan oleh Setiausaha.


Sebelum ini, Blok pembangkang memberi amaran untuk memberi tentangan keras sekiranya pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 24 Jun tidak dijalankan melalui secara undi rahsia.


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Parlimen akan berdepan dengan "perang besar" dari blok pembangkang sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi.


"Kalau kamu gagal bersikap jujur dalam Parlimen, kamu nak langgar pemilihan Speaker, kamu berdepan dengan perang besar pada 24 Jun ini," katanya.


Beliau mensasarkan amaran tersebut kepada sekretariat Parlimen, yang akan menjalankan pengundian tersebut.


Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, Anwar sekali lagi menekankan bahawa gabungan parti itu mahu bekas hakim Mahkamah Persekutuan Abdul Kadir Sulaiman dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.


Pakatan juga akan mencadangkan ahli parlimen Tumpat Datuk Kamruddin Jaafar untuk jawatan timbalan speaker.


Anwar berkata Pakatan dimaklumkan tempoh speaker bagi sesi lalu akan tamat pada 23 Jun ini.


Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat secara konsensus meminta beliau menyambung sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat


Anwar turut mengulangi bahawa ahli parlimen Pakatan Rakyat akan hadir dalam majlis angkat sumpah bagi menghormati Yang di-Pertuan Agong yang akan merasmikan sesi parlimen kali ini.