Showing posts with label Ansari di tawar jawatan. Show all posts
Showing posts with label Ansari di tawar jawatan. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Hari ini saya terkejut membaca satu posting  di wall FCB pemimpin PKR Tuaran yang juga seorang peguam bertauliah dan terkenal di Sabah iaitu Sdr Ansari Abdullah yang mendakwa pernah ditawarkan jawatan Sebagai Peguam Besar Negeri oleh pemimpin UMNO Sabah suatu ketika dulu asalkan menyertai kembali parti tersebut. Dalam posting Ansari itu juga beliau turut menyatakan bahawa beliau telah lama kehilangan keyakinan kepada parti UMNO. Lihat dan baca posting beliau ini"


"Alhamdullillah, bicara kes Mahkamah Seysen Sandakan selesai. Saya cari makan secara halal dalam bidang guaman sejak 1979. Pada tahun 1999 Datuk Osu Sukam menawakan saya jawatan Peguam Besar Negeri dengan syarat saya kembali keUMNO. Saya tolak kerana hilang keyakinan dengan UMNO & yakin rezki adalah ketentuan Allah SWT. Insyallah, saya akan lawan habis-habisan syaitan yang dikenali yang memfitnah saya terima wang rasuah dari UMNO."

Dakwaan ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak sama ada pemimpin UMNO dan BN ataupun pemimpin Pakatan Rakyat bahawa seseorang yang berjuang ikhlas untuk rakyat tidak akan membenarkan jiwa dan raganmya dibeli dengan pelbagai tawaran baik tawaran berbentuk wang ataupun pangkat dan kedudukan.

Seseorang pemimpin politik tidak akan membenarkan idealisme perjuangannya dijual beli dan diperdagangkan sesuka hati oleh pihak-pihak yang mempunyai kuasa dan kepentingan semata-mata untuk mengharapkan ganjaran yang sementera.

Jika pegangan dan keyakinan kepada perjuangan bersebati dalam diri dan jiwa, saya yakin gejala lompat melompat dalam politik di negara ini tidak akan berlaku. Politikus sewajarnya memikirkan terlebih dahulu keupayaan dan ketekalan jiwa mereka dalam menyertai apa-apa parti politik. Dan berjuanglah untuk rakyat bukan untuk mendapatkan imbalan berupa projek besar dan kesenangan duniawi. Semoga semua ini menjadi pengajaran cukup bererti buat kita yang bergelar PEMIMPIN.