Wednesday, February 27, 2013

Hari ini saya terkejut membaca satu posting  di wall FCB pemimpin PKR Tuaran yang juga seorang peguam bertauliah dan terkenal di Sabah iaitu Sdr Ansari Abdullah yang mendakwa pernah ditawarkan jawatan Sebagai Peguam Besar Negeri oleh pemimpin UMNO Sabah suatu ketika dulu asalkan menyertai kembali parti tersebut. Dalam posting Ansari itu juga beliau turut menyatakan bahawa beliau telah lama kehilangan keyakinan kepada parti UMNO. Lihat dan baca posting beliau ini"


"Alhamdullillah, bicara kes Mahkamah Seysen Sandakan selesai. Saya cari makan secara halal dalam bidang guaman sejak 1979. Pada tahun 1999 Datuk Osu Sukam menawakan saya jawatan Peguam Besar Negeri dengan syarat saya kembali keUMNO. Saya tolak kerana hilang keyakinan dengan UMNO & yakin rezki adalah ketentuan Allah SWT. Insyallah, saya akan lawan habis-habisan syaitan yang dikenali yang memfitnah saya terima wang rasuah dari UMNO."

Dakwaan ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak sama ada pemimpin UMNO dan BN ataupun pemimpin Pakatan Rakyat bahawa seseorang yang berjuang ikhlas untuk rakyat tidak akan membenarkan jiwa dan raganmya dibeli dengan pelbagai tawaran baik tawaran berbentuk wang ataupun pangkat dan kedudukan.

Seseorang pemimpin politik tidak akan membenarkan idealisme perjuangannya dijual beli dan diperdagangkan sesuka hati oleh pihak-pihak yang mempunyai kuasa dan kepentingan semata-mata untuk mengharapkan ganjaran yang sementera.

Jika pegangan dan keyakinan kepada perjuangan bersebati dalam diri dan jiwa, saya yakin gejala lompat melompat dalam politik di negara ini tidak akan berlaku. Politikus sewajarnya memikirkan terlebih dahulu keupayaan dan ketekalan jiwa mereka dalam menyertai apa-apa parti politik. Dan berjuanglah untuk rakyat bukan untuk mendapatkan imbalan berupa projek besar dan kesenangan duniawi. Semoga semua ini menjadi pengajaran cukup bererti buat kita yang bergelar PEMIMPIN.

2 ulasan :

Anonymous said...

This stupid man made my father a bankrupt. He took a loan from then Bank Utama and my father was a guarantor and left for Sabah. The laws of bank loan agreements did not protect the gurantors. Ansari could even run as a candidate because technically he should be bankrupt for not paying Bank Utama's loan.

Anonymous said...

tdk diberi peluang utk bertanding dah nak masuk UMNO... ada pendirian ka tdk oh... tau ka betul2 apa yg nak diperjuangkan utk rakyat2 Sabah. Masuk UMNO sebab tdk puas hati ka atau bila tdk terpilih sebagai calon bertanding, secara hebatnya last minute baru sedar nampaknya UMNO yg betul2 berjuang utk rakyat2 Sabah. klu ada pendirian tu, jadi la 'che guevera' sikit.. tekankan pendirian tu utk pertahankan hak2 orang Sabah.. pg calon bebas ka atau join STAR.. kan STAR memperjuangkan 20 perkara.. lagi bagus dari UMNO... tau ka mcm mana pentingnya 20 perkara tu... ni Sabah we're talking 'bout bro.. when you join back to UMNO, you just made urself vulnerable that ur action is personal!! A true Sabahan frontliner wouldn't behave like this!!