MENGHORMATI KEDUDUKAN SABAH DAN SARAWAK DI DALAM PERSEKUTUAN
Pakatan Rakyat mengulangi iltizam untuk mempertahankan hak Sabah dan Sarawak di dalam rangka Perlembagaan Persekutuan seperti yang terkandung di dalam Deklarasi Kuching, seperti berikut:
Kerjasama bersekutu
Memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sabah dan Sarawak setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sabah dan Sarawak mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan
Mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.
Melaksanakan pembersihan senarai kerakyatan dan daftar pengundi di seluruh negara khususnya di Sabah dan Sarawak, dengan mengiktiraf hak penduduk yang mencukupi syarat untuk menerima kerakyatan dan membanteras gejala pemberian kad pengenalan/kerakyatan palsu yang bermotif politik sempit
Menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sabah dan Sarawak dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.
Kami akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masingmasing, dikuatkuasakan oleh Setiausahasetiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan
untuk menjalankan tugas di negeri masing -masing.
Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon
kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.
Kami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.
0 ulasan :
Post a Comment