Wednesday, February 20, 2013





Jika sebelum ini para pemerhati politik meramalkan beberapa tarikh tertentu untuk PM Datuk Seri Najib membubarkan parlimen namun ramalan itu meleset apabila sehingga kini belum ada keputusan muktamad yang jelas berlakunya pembubaran parlimen meskipun tanda-tanda Kubra sudah jelas kelihatan.

Najib berlainan daripada PM sebelum ini kerana disifatkan oleh pihak pembangkang sebagai “takut’ membubarkan parlimen awal ,seawal setahun sebelum mandat berakhir. Najib dilihat lebih berhati-hati ‘melafazkan’ perkataan “bubar Parlimen” untuk membolehkan PRU 13 diadakan. Sebelum ini Najib mengingatkan penyokong UMNO dan BN bahawasanya PRU 13 ini adalah IBU segala Pilihanraya. Justeru itu, barangkali Najib mahukan kelainan daripada apa yang diamalkan oleh PM sebelumnya . Najib mahu menunggu detik akhir parlimen berkuasa yang diberikan rakyat iaitu awal April ini.

Banyak faktor yang membuatkan Najib menunggu saat akhir ini. Selain daripada mahu natijah program “TRANSFORMASI’nya berlaku, Najib juga dilihat ‘mewarisi’ kepimpinan yang rapuh dari Tun Abdullah apabila BN dan UMNO hanya memperolehi “sample Majoriti” di parlimen. Situasi ini dilihat banyak pihak sebagai diambang kejatuhan, kerana tidak pernah terjadi dalam sejarah mana-mana sistem demokrasi dunia, sesebuah kerajaan yang mendapat sample majoriti boleh bertahan lama dan dapat merangka pelbagai program pembangunan dengan berkesan.

Selain daripada itu, Najib juga nampaknya seakan mahu meredakan ‘kebangkitan’ rakyat yang berlaku sekarang. Najib TETAP mahu meneruskan pelbagai program menggamit sokongan rakyat dari segenap golongan. Pemberian TUNAI kepada rakyat adalah antara program paling besar yang dilakukan oleh Najib untuk mendapat sokongan rakyat. TUNAI ini merangkumi hampir keseluruhan lapisan masyarakat di negara ini dari komuniti keluarga, belia, pelajar menengah dan rendah serta pelajar bertaraf mahasiswa dan mahasiswi.

Najib sudah tidak banyak masa untuk membuktikan keberjayaan program TRANSFORMASI nya itu. Hanya berbekalkan kurang sebulan dari sekarang sama ada Najib masih kepingin untuk membubarkan parlimen atau masih mengidam tarikh yang lama, semua itu tidak akan di izinkan oleh sistem Demokrasi Berparlimen yang diamalkan oleh negara ini. Mahu atau tidak Najib akan terpaksa menghadapi PERANG paling besar dalam sejarah hayat politiknya. Menentukan sama ada beliau akan kekal di Putrajaya atau terpaksa menduduki kerusi “ketua Pembangkang”. Dan tarikh akhir itu adalah pada awal April tahun ini.

Dalam sejarah politik Najib beliau banyak beraksi dalam situasi “Save and saftey”. Baik ketika dalam gerombolan pemuda, menaiki Jawatan Naib, Timbalan dan kemudian Presiden. Najib tidak ada pengalaman langsung ‘berperang’ secara terbuka dan gentelmen dalam heraraki politiknya. Justeru tidak hairan bila ramai yang melihat Najib penuh berhati-hati dan berwaspada. Cabaran getir dan genting bagi beliau adalah PRU 13. Apakah Najib tidak punya strategi perang yang ampuh berbanding dengan pembangkang yang acapkali menghadapi cabaran di medan perang setiap kali PRU diadakan? Sebagai general perang, Naib tidak harus bergantung kepada kecekapan hulubalangnya semata-mata tetapi juga sebagai general perang, Najib punya daya fikir, daya ramal, daya juang, daya imaginasi yang paling optimum supaya bala tenteranya dapat memanfaatkan kesiapsiagaan peralatan termasuk media dan wang yang dimiliki oleh mereka. Jika tidak, kedua-duanya Media dan Wang akan memakan diri.

Pemerhati politik meramalkan Najib akan menunggu tarikh akhir parlimen berakhir untuk mengadakan PRU 13. Meskipun ada pihak berpendapat tarikh 22.02.2013 iaitu esok , Najib akan membubarkan Parlimen untuk membolehkan PRU 13 diadakan pada waktu cuti persekolahan di penghujung Mac tahun ini, namun masih ada tarikh baru iaitu AWAL BULAN APRIL dan PRU 13 boleh diadakan pada cuti bulan Mei atau awal Jun. Ia bergantung kepada ilham dan kekuatan Najib menghadapi asakan demi asakan dari pembangkang untuk mengadakan PRU 13 lebih awal. Najib juga harus memikirkan untuk sama berpilihanraya dengan 4 buah negeri yang dikuasai pembangkang.

31 ulasan :

Anonymous said...

Jika kita lihat senario politik masa kini dan masih banyak perkara yang belum siap , kami percaya PRU13 bukan lah bulan Mac atau April tetapi didalam bulan Mei.
Boleh kah anda semua percaya??

Anonymous said...

This is yet to be known.

Anonymous said...

Khabar angin ja ni

Anonymous said...

This is merely to make whole situation look awkward

Anonymous said...

Takkan dia nak berahsia sangat.

Anonymous said...

Parliment won't be easy to dissolve tomorrow.

Anonymous said...

Jangan percaya la cakap orang.

Anonymous said...

Entah dari mana tu berita dtg

Anonymous said...

I wont trust this at all

Anonymous said...

The source is not even reliable

Anonymous said...

Tak mungkin la

Caldina said...

Jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan dalam masa terdekat, jumlah keseluruhan yang layak mengundi ialah seramai 13,291,385 orang.

Caldina said...

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini termasuk 243,204 pemilih baharu yang mendaftar pada suku keempat tahun 2012.

Caldina said...

Bagaimanapun, beliau berkata mereka yang mendaftar sebagai pemilih pada suku pertama tahun 2013 masih ada harapan untuk mengundi dalam PRU-13 jika Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dibubar pada hujung April, dan hari pengundian diadakan selepas cukup tempoh 60 hari.

Caldina said...

Mengulas pemantau dari luar untuk PRU-13, Abdul Aziz berkata setakat ini, SPR belum menerima sebarang nama, namun menjangkakan pemantau dari negara Asean akan melibatkan diri.

Caldina said...

Sementara itu, mengulas desas-desus ramai peserta Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA 2013) dari luar negara akan menarik diri jika Dewan Rakyat dibubarkan sebelum acara tersebut berlangsung, Abdul Aziz berkata secara peribadi, beliau merasakan tidak ada masalah untuk menganjurkan pameran tersebut sebelum PRU-13.

Unknown said...

Muhyiddin is confident that Sabah will remain as a Barisan Nasional (BN) state at the upcoming 13th General Election.

He said Sabah BN was prepared to face the general election and determined to repeat its excellent performance at the 2008 election, which saw the party make a clean sweep of 60 state and 25 parliamentary seats.

Unknown said...

"I'm confident that all the BN division machinery are fully prepared.

I'm also satisfied with the statewide polls in terms of voters attitude as the majority of them are pro-BN.

"I'm very confident that Sabah will remain a 'blue state' (blue for BN).

This is a statement based on the facts and data presented to me," he told reporters.

Unknown said...

Later during the inspection of progress at a SIB church, he urged the people to "continue to support the leadership of Musa because he brought a lot of development to the State."

Asked about the division of seats among the component parties in the state, particularly the seat allocated to the Sabah Progressive Party before it left BN, Muhyiddin said the matter would be decided soon by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who is BN Chairman.

Unknown said...

The next few weeks are very important for BN to further strengthen its position in every area, he added.

Attention would be given to certain groups of voters such as young and first time voters.

He expressed satisfaction with the close relationship among the Sabah BN component parties, which was the party's strength.

"This is BN's strength and we'll defend it.

We have no problems compared to the opposition parties, who are still in a confused state.

We know they have many issues," he said.

kim said...

memang belum ada tanda2 dari Najib yang parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat

sunny said...

saya pasti rakyat Sabah tidak sabar menunggu hari pengundian menjelang tiba...

Anonymous said...

adakah gabungan BN ini sudah bersiap sedia menghadapi PRU13...hanya PM sahaja yang dapat tentukannya..

Anonymous said...

rakyat sahajalah yang dapat menentukan nasib sesebuah parti itu di PRU nanti

anon said...

maka, marilah kita undilah dengan bijak!

Anonymous said...

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Sabah kekal sebagai negeri Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Anonymous said...

BN Sabah kini siap siaga untuk menghadapi PRU-13 dan telah memperbaharui tekad untuk mengulangi kemenangan cemerlang pilihan raya umum pada 2008 yang menyaksikan BN hampir menyapu bersih 60 kerusi negeri dan 25 kerusi Parlimen

Anonymous said...

"Saya yakin bahawa dari segi persiapan, semua sudah bersedia sampai ke peringkat jentera BN yang nak mengelolakan pilihan raya di setiap kawasan.

Anonymous said...

"Tentang bancian yang kita buat di seluruh Sabah dari segi sikap pengundi, saya cukup berpuas hati kerana majoriti pemilih di peringkat bahagian di Sabah masih lagi cenderung menyokong BN

Anonymous said...

Itu adalah kenyataan berdasarkan fakta dan data-data yang disampaikan kepada saya," katanya yang juga Timbalan Pengerusi BN kepada pemberita selepas mendengar taklimat PRU-13 oleh pengerusi-pengerusi penyelaras BN Sabah

mantera said...

belum bubar pn.