Kedua-dua pemimpin politik ini suatu ketika dulu adalah umpama "nyawa dan badan' dalam filem Nujum Pak Belalang, membawa erti keduanya saling memerlukan. Tan Sri Pandikar apabila tidak dicalonkan memberikan sokongan kempen kepada Datuk Musbah di DUN TEMPASUK. Namun PRU 2008 mungkin berbeda ceriteranya bila Tan Sri Pandikar "gugur' dan Datuk Musbah selepas itu "kalah' dalam perebutan Ketua Bahagian UMNO KB dengan Datuk Salleh Tun Said yang ketika itu seperahu dengan TSP, senario hubungan kedua pemimpin mula menampakkan ketidakngaman. Tetapi masih terkawal sehingga saat ini, detik akhir menjelang PRU 13.
Ramai yang percaya, seperti juga Datuk Salleh yang dikatakan confrm bertanding di DUN USUKAN, Tan Sri Pandikar dipercayai juga akan kembali ke DUN TEMPASUK. Tetapi jika bersandarkan perkembangan terkini di daerah KB belum ada tanda-tanda atau gerakan orang-orang kanan TSP bersiap siaga. Seolah-olah nasib TSP masih diawang-awangan, sedangkan PRU13 kurang dari 3 bulan dari sekarang. Tidak seerti DSSK yang mula dilihat turun padang menemui ketua-ketua daerah mengundi di sekitaran KB.
Situasi ini memberikan keyakinan kepada penyokong Datuk Musbah bahawa wakil rakyat yang sinonim dengan turun padangnya itu sekali lagi akan dicalonkan. Penyokong Datuk Musbah percaya YB itu punya kekuatan luar biasa di peringkat akar umbi memandangkan kekerapan Datuk Musbah mengunjungi pimpinan di peringkat itu berbanding TSP yang masih 'menyembunyikan' diri di KL dengan tugas-tugas rasminya selaku YDP Dewan Rakyat dan tidak kerap berada di KB.
Namun begitu ramai juga yang percaya, percaturan politik TSP disaat-saat akhir jauh lebih berbisa dari bisa ular tedung yang berlingkar di sarangnya. TSP punya pengaruh kuat di peringkat Pusat, memberikan kelebihan untuk beliau menjayakan pelobiannya menjadi calon PRU 13. Jika tidak berjaya, tentunya TSP sudah punya jawatan khas yang disediakan sebagai timbal balas jika BN masih memerintah lagi.
Kedua-dua pemimpin politik ini punya penyokong yang kuat dan bersedia menghadapi lawan ada PRU 13 nanti. Namun diingatkan bahawa sekiranya Datuk Musbah dicalonkan semula, kemungkinan besar tentangan sengit dari calon PKR akan berlaku berbanding TSP. Sesiapa pun yang dicalonkan kelak, pastinya penyokong kedua-dua pemimpin ini akan bersatu dan bertaut kembali seperti kata pepatah 'Biduk Lalu Kiambang bertaut".

0 ulasan :
Post a Comment