Hari ini Anwar Ibrahim, ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga ketua pembangkang sekali lagi diberitakan melawat Sabah. Ada yang menyatakankan bahawa ini adalah lawatan terakhir MP Permatang Pauh itu sebelum Parlimen di bubarkan untuk memberi laluan kepada PRU 13. DSAI dijangka akan ke Ranau, Sabah dalam satu majlis yang diadakan di daerah itu sebelum ke daerah keningau.
Sejak DSAI memutuskan untuk melancarkan "perang' besar-besaran kepada UMNO dan BN, Sabah dan Sarawak adalah antara destinasi paling popular ketua pembangkang itu. PRU Sarawak yang diadakan lebih awal dari PRU 13 menyaksikan PR tidak dapat menumbangkan kerajaan BN di bumi kenyalang itu. namun kawasan Parlimen belum boleh dipastikan.
Sabah adalah negeri di Borneo Utara ini yang dijadualkan akan bersama-sama mengadakan Pilihanraya Umum ke -13 yang akan berlangsung selewat-lewatnya 60 hari selepas Parlimen di bubarkan kelak. Sabah bukan sahaja akan mengadakan PRU di peringkat negeri tetapi juga peringkat Parlimen. Ini menjadi faktor paling kuat bagi DSAI untuk mengadakan roadshow politik di bumi negeri bawah bayu ini.
Jika bersandarkan kepada rekod, DSAI telahpun mengunjungi Sabah paling tidak lebih daripada 20 kali sejak setahun lepas dan hampir melawat ke seluruh daerah di Sabah. DSAI sudah sampai di daerah pedalaman di mana beliau belum pernah melawat kawasan atau daerah berkenaan ketika menjawat Timbalan Perdana Menteri dan memangku Jawatan PM. Ini memberi satu gambaran jelas kepada seluruh rakyat Sabah bahawa DSAI begitu bersungguh-sungguh untuk menawan negeri ini sebagai pelengkap kepada kedudukan kerusi Parlimen di Semenanjung yang menyaksikan PR bakal menawan Putrajaya.
Berbanding dengan PM Datuk Seri Najib yang kurang dari 20 kali melawat Sabah sejak setahun lepas. Seolah-olah kewdudukan BN/UMNO di sabah begitu terjamin.
Sebagai rekod, sebelum ini Najib tidak pernah menjanjikan apa-apa kepada rakyat Sabah dalam memastikan kemenangan pada PRU 13 ini berbanding DSAI dan PR. Selain RCI yang direalisasikan, Najib dilihat tidak berminat menyentuh tentang 20 perkara dan Royalti minyak kepada Sabah.

0 ulasan :
Post a Comment