"Lihat sahaja di kiri dan kanan, banyak pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajan Barisan Nasional, dan kita ada banyak lagi agenda untuk rakyat dan negeri Sabah.
"Jadi, tiada sebab kerajaan BN ditukar atau diganti. Kita tidak perlulah buang masa untuk melayan pelbagai fitnah dan tohmahan daripada pembangkang,"
"Kerajaan sedia ada bertanggungjawab, menunaikan janji dan memenuhi harapan rakyat melalui pelbagai program, dasar dan inisiatif,
"Jadi, tiada sebab kerajaan BN ditukar atau diganti. Kita tidak perlulah buang masa untuk melayan pelbagai fitnah dan tohmahan daripada pembangkang,"
"Kerajaan sedia ada bertanggungjawab, menunaikan janji dan memenuhi harapan rakyat melalui pelbagai program, dasar dan inisiatif,
Begitulah nada bunyi kata-kata Ketua menteri Sabah Datuk Musa Aman dalam satu kenyataannya di media BERNAMA ketika berucap pada majlis Himpunan Barisan 1Malaysia di Dewan Sa'adah. Wisma Muis, pada Rabu lepas.
Kenyataan ini dianggap melucukan kerana bagaimana Musa Aman sendiri yang membuat penilaian dan kemudian menghakimi kerajaan BN dibawah piminannya di Sabah. Seolah-olah rakyat sabah buta tidak tidak mampu berfikir sendiri atas apa yang dilakukan oleh UMNO/BN di Sabah.
Memang pembangunan Kota Kinabalu begitu pesat, tanah-tanah di sekitar bandaraya itu dibangunkan dengan ceat. Harga tanah melambung naik. persoalannya siapa punya tanah? bukankah aristokrat dan hartawan yang bertambah kaya raya dengan limpahan projek berjuta ringgit. Rakyat Sabah daat apa?
Jalanraya menghubungikan daerah di Sabah sangat teruk dan menjijikkan. Jalanraya ke Sandakan, sangat teruk dan memenatkan. jalanraya ke Kudat juga teruk. Jadi aa yang diperolehi oleh rakyat Sabah yang berada di luar bandar? Keadaan kehidupan rakyat masih terseit dengan harga barang yang tinggi dan kadar pengangguran juga meningkat. Media melaporkan lebih 1000 jurutera anak tempatan di Sabah gagal mendapat pekerjaan. jangan cerita tentang graduan siswazah yang melambak di Sabah. Anak-anak muda mengambil keputusan meninggalkan bumi Sabah sebaliknya berhijrah ke Semenanjung dan Singapura.
Penguasaan PATI dalam sektor ekonomi peruncitan dan perladangan juga menimbulkan pemonopolian dalam sektor ini. Akibatnya rakyat Sabah bertambah melarat dan miskin. Keperluan asas di luar bandar diabaikan. Beraa kerta Jalanraya di bawah kerajaan Negeri yang dibina oleh Musa Aman di Luar Bandar? Berapa panjang paip bekalan air bersih yang disumbangkan oleh kerajaan BN di Sabah untuk tujuan menyelesaikan kemelaratan hidup rakyat di luar bandar?
Semuanya adalah ehsan KKLW di bawah program pembangunan luar bandar. Itupun suatu ketika mendapat tentangan dari Musa Aman kerana peruntukan tidak disalurkan kepada kerajaan negeri terlebih dahulu.
Rakyat Sabah sudah matang. Nilailah Prestasi kerajaan hari ini. jangan pemimpin politik yang menjadi peguambela dan hakim kepada rakyat.
1 ulasan :
tukar sajalah, kerajaan sekarang adalah kerajaan kroni, buat apa simpan lagi...??.biar kroni meraung gila yang penting rakyat bersorak gembira..
Post a Comment