Jika sebelum ini para pemerhati politik meramalkan beberapa tarikh tertentu untuk PM Datuk Seri Najib membubarkan parlimen namun ramalan itu meleset apabila sehingga kini belum ada keputusan muktamad yang jelas berlakunya pembubaran parlimen meskipun tanda-tanda Kubra sudah jelas kelihatan.
Najib berlainan daripada PM sebelum ini kerana disifatkan oleh pihak pembangkang sebagai “takut’ membubarkan parlimen awal ,seawal setahun sebelum mandat berakhir. Najib dilihat lebih berhati-hati ‘melafazkan’ perkataan “bubar Parlimen” untuk membolehkan PRU 13 diadakan. Sebelum ini Najib mengingatkan penyokong UMNO dan BN bahawasanya PRU 13 ini adalah IBU segala Pilihanraya. Justeru itu, barangkali Najib mahukan kelainan daripada apa yang diamalkan oleh PM sebelumnya . Najib mahu menunggu detik akhir parlimen berkuasa yang diberikan rakyat iaitu awal April ini.
Banyak faktor yang membuatkan Najib menunggu saat akhir ini. Selain daripada mahu natijah program “TRANSFORMASI’nya berlaku, Najib juga dilihat ‘mewarisi’ kepimpinan yang rapuh dari Tun Abdullah apabila BN dan UMNO hanya memperolehi “sample Majoriti” di parlimen. Situasi ini dilihat banyak pihak sebagai diambang kejatuhan, kerana tidak pernah terjadi dalam sejarah mana-mana sistem demokrasi dunia, sesebuah kerajaan yang mendapat sample majoriti boleh bertahan lama dan dapat merangka pelbagai program pembangunan dengan berkesan.
Selain daripada itu, Najib juga nampaknya seakan mahu meredakan ‘kebangkitan’ rakyat yang berlaku sekarang. Najib TETAP mahu meneruskan pelbagai program menggamit sokongan rakyat dari segenap golongan. Pemberian TUNAI kepada rakyat adalah antara program paling besar yang dilakukan oleh Najib untuk mendapat sokongan rakyat. TUNAI ini merangkumi hampir keseluruhan lapisan masyarakat di negara ini dari komuniti keluarga, belia, pelajar menengah dan rendah serta pelajar bertaraf mahasiswa dan mahasiswi.
Najib sudah tidak banyak masa untuk membuktikan keberjayaan program TRANSFORMASI nya itu. Hanya berbekalkan kurang sebulan dari sekarang sama ada Najib masih kepingin untuk membubarkan parlimen atau masih mengidam tarikh yang lama, semua itu tidak akan di izinkan oleh sistem Demokrasi Berparlimen yang diamalkan oleh negara ini. Mahu atau tidak Najib akan terpaksa menghadapi PERANG paling besar dalam sejarah hayat politiknya. Menentukan sama ada beliau akan kekal di Putrajaya atau terpaksa menduduki kerusi “ketua Pembangkang”. Dan tarikh akhir itu adalah pada awal April tahun ini.
Dalam sejarah politik Najib beliau banyak beraksi dalam situasi “Save and saftey”. Baik ketika dalam gerombolan pemuda, menaiki Jawatan Naib, Timbalan dan kemudian Presiden. Najib tidak ada pengalaman langsung ‘berperang’ secara terbuka dan gentelmen dalam heraraki politiknya. Justeru tidak hairan bila ramai yang melihat Najib penuh berhati-hati dan berwaspada. Cabaran getir dan genting bagi beliau adalah PRU 13. Apakah Najib tidak punya strategi perang yang ampuh berbanding dengan pembangkang yang acapkali menghadapi cabaran di medan perang setiap kali PRU diadakan? Sebagai general perang, Naib tidak harus bergantung kepada kecekapan hulubalangnya semata-mata tetapi juga sebagai general perang, Najib punya daya fikir, daya ramal, daya juang, daya imaginasi yang paling optimum supaya bala tenteranya dapat memanfaatkan kesiapsiagaan peralatan termasuk media dan wang yang dimiliki oleh mereka. Jika tidak, kedua-duanya Media dan Wang akan memakan diri.
Pemerhati politik meramalkan Najib akan menunggu tarikh akhir parlimen berakhir untuk mengadakan PRU 13. Meskipun ada pihak berpendapat tarikh 22.02.2013 iaitu esok , Najib akan membubarkan Parlimen untuk membolehkan PRU 13 diadakan pada waktu cuti persekolahan di penghujung Mac tahun ini, namun masih ada tarikh baru iaitu AWAL BULAN APRIL dan PRU 13 boleh diadakan pada cuti bulan Mei atau awal Jun. Ia bergantung kepada ilham dan kekuatan Najib menghadapi asakan demi asakan dari pembangkang untuk mengadakan PRU 13 lebih awal. Najib juga harus memikirkan untuk sama berpilihanraya dengan 4 buah negeri yang dikuasai pembangkang.
7:56 PM
kelapa mawar
.jpg)
