Mungkin penyokong dan pendokong Pakatan rakyat terutama penganut mazhab politik PAS dan mazhab PKR di kota Belud tidak akan lupa dengan janji-janji Datuk seri Anwar Ibrahim kepada masyarakat di daerah ini. Janji itu tentunya terpahat kukuh dalam sanubari penyokong PKR dan PAS serta seluruh jiwa anak-anak muda yang bergentayangan di pelusuk Pekan Koboi ini. Janji itu termaktub dalam ceramah umum DSAI di Kota Belud sebulan yang lepas.
Dua perkara iaitu bila DSAI menjadi PM maka beliau akan turunkan harga minyak di seluruh negara sebagai memberi signal kepada penurunan harga barang keperluan di negara ini yang naik mendadak selaras dengan kenaikan harga minyak mentah. Soal formula bagaimana DSAI akan menurunkan harga minyak dan mengimbangi perbelanjaan negara sudah dijelaskan dalam Buku Jingga yang menjadi taruhan PR pada musim pilihanraya nanti.
janji kedua yang dilafazkan oleh ketua pembangkang itu ialah bila beliau menjadi PM,DSAI akan menurunkan kadar tarif elektirk seluruh negara. Sebagai rekod kerajaan BN di bawah era Pak Lah telah memberikan pengecualian kepada rakyat yang mempunyai bil elektrik sekitar RM 20 ringgit dan polisi BN ini diteruskan pada zaman Najib dan sudah disebut sewaktu membentangkan bajet 2012. Bagi DSAI polisi itu tidak akan bertahan lama melainkan kerajaan membuat keputusan menurunkan tarif elektrik dengan mengkaji balik perjanjian kepada beberapa syarikat monopoli yang membekalkan janakuasa elektrik kepada negara.
DSAI bagaimanapun tidak pula menyentuh masalah rakyat Kota Belud berkenaan bekalan air bersih,jalanraya berturap dan kesesakan lalulintas di pekan kota belud. Apakah janji-janji besar DSAI ini sebenarnya boleh menyelesaikan masalah rakyat jangka panjang?Janji tetap janji,!
2:24 AM
kelapa mawar

