Tuesday, January 10, 2012

Mungkin penyokong dan pendokong Pakatan rakyat terutama penganut mazhab politik PAS dan mazhab PKR di kota Belud tidak akan lupa dengan janji-janji Datuk seri Anwar Ibrahim kepada masyarakat di daerah ini. Janji itu tentunya terpahat kukuh dalam sanubari penyokong PKR dan PAS serta seluruh jiwa anak-anak muda yang bergentayangan di pelusuk Pekan Koboi ini. Janji itu termaktub dalam ceramah umum DSAI di Kota Belud sebulan yang lepas.

Dua perkara iaitu bila DSAI menjadi PM maka beliau akan turunkan harga minyak di seluruh negara sebagai memberi signal kepada penurunan harga barang keperluan di negara ini yang naik mendadak selaras dengan kenaikan harga minyak mentah. Soal formula bagaimana DSAI akan menurunkan harga minyak dan mengimbangi perbelanjaan negara sudah dijelaskan dalam Buku Jingga yang menjadi taruhan PR pada musim pilihanraya nanti.

janji kedua yang dilafazkan oleh ketua pembangkang itu ialah bila beliau menjadi PM,DSAI akan menurunkan kadar tarif elektirk seluruh negara. Sebagai rekod kerajaan BN di bawah era Pak Lah telah memberikan pengecualian kepada rakyat yang mempunyai bil elektrik sekitar RM 20 ringgit dan polisi BN ini diteruskan pada zaman Najib dan sudah disebut sewaktu membentangkan bajet 2012. Bagi DSAI polisi itu tidak akan bertahan lama melainkan kerajaan membuat keputusan menurunkan tarif elektrik dengan mengkaji balik perjanjian kepada beberapa syarikat monopoli yang membekalkan janakuasa elektrik kepada negara.

DSAI bagaimanapun tidak pula menyentuh masalah rakyat Kota Belud berkenaan bekalan air bersih,jalanraya berturap dan kesesakan lalulintas di pekan kota belud. Apakah janji-janji besar DSAI ini sebenarnya boleh menyelesaikan masalah rakyat jangka panjang?Janji tetap janji,!

17 ulasan :

Saya Ready said...

soal penurunan harga minyak n takrif api elektrik itu saya amat setuju anwar umumkan sbb ia menyeluruh, semua rakyat msia dpt manfaatnya..

namun, soal pembangunan infra diumumkan saya x setuju la sdr KM.. sbb pimpinan PR da letakan dlm buku jingga 20% royalti minyak akan diberikan kpd sabah.

so, ini terpulanglah nnti dgn pemimpin2 sabah ketika itu bgmana mereka mnterjemaahkn hasil negeri ini.. tp, klu pemimpin itu mcm pemimpin skrg ni juga, 100% royalti pun x cukup.. hehehe

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Sdr.Anuwar hanya melontarkan kata kata dalam ucapanya. Bukan sebagai janjinya dengan rakyat KBelud.

Sdr.Anuwar selalu menggunakan kata kata semangat, agar para hadirin mendengar lebih bersemangat.

Kata kata penurunan tarif elektrik, perlu dibincang melalui mesyuarat kabinet, tdk semudah itu akan dilaksanakan.Jika dilaksanakan, banyak aspek yg diambilkira.

Mengenai royalti minyak, jika Sabah diberikan 20%, mungkin semua Negeri Negeri akan membuat tuntutan yg sama, dan peletakan peratusan royalti minyak,mungkin akan disamaratakan dengan Negeri Negeri dalam Malaysia.

Lazimnya, jika seseorang itu sudah menduduki takhta Kerajaan. Semua kata kata yg pernah diucapkan. Maupun pernah berjanji walau seribu kali janji. Hanya tinggal janji. Rakyat cuma cuma akan menunggu,bila kah? akan jatuh buah keranji.

getah lastik said...

mcmana mau kasi turun tarif letrik klu kos pentelengaraannya tinggi.peruntukan federal skrg mcm sama sudah dgn royalti 20% tu.sebelom memerintah dia boleh la janji bulan dan bintang.kalau bgitu cara dia mentadbir,abis malaysia bangkrap o.baginya malaysia bangkrap tak apa yg penting jadi pm.siapa tak kenal dgn auta dan putar alamnya tu.jgnkan org kb,seluruh malaysia dia boleh bohongkan termasuk la yb yb.jangan lupa menyambut hari pembohongan termashur pada 16 september ini(hari dijanjikan dia jadi pm).Kalau mau berhibur dan yang suka memasang angan angan sila lah dengar ucapannya.

Mohd Ishak said...

Janji-janji manis seperti ini senang dikatakan tapi sukar dilaksanakan. Oleh itu, rakyat perlulah pandai menilai sendiri, jangan terpengaruh dengan janji-janji manis tanpa mempertimbangkan adakah mereka mampu melaksanakan janji mereka?

Mohd Ishak said...

Bagus PR menumpukan perhatian di negeri-negeri semenanjung dan biarkan pemimpin dan parti tempatan Sabah menguruskan pengundi tempatan, jangan terlalu tamak.

Anonymous said...

"so, ini terpulanglah nnti dgn pemimpin2 sabah ketika itu bgmana mereka mnterjemaahkn hasil negeri ini.. tp, klu pemimpin itu mcm pemimpin skrg ni juga, 100% royalti pun x cukup"

Setuju dengan Saya Ready. Jika kerajaan bertukar tangan pun, belum tentu apa yang dijanjikan oleh pembangkang menjadi realiti kalau rasuah masih berleluasa.

Anonymous said...

Banyak ahli politik yang suka janji itu janji ini. Malah janji2 itu sampai ke "bulan bintang". Tidak salah untuk beri harapan kepada rakyat tetapi dalam masa yang sama kena realistik. Untuk rakyat dikecewakan berkali-kali adalah menyakitkan.

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Semasa Sdr Anu dalam UMNO. Rasuah politik sudah berleluasa. Sdr Anu bertanding merebut Timbalan Presiden, melawan Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Tun Ghafar hanya dapat menerima pencalonan 7 Bahagian sahaja di seluruh malaysia.Satu Bahagian dari Kota Marudu.

Kekalahan Tun Ghafar kerana tdk menggunakan rasuah duit. Dan 7 Bahagian yg telah mencalonkan Tun Ghafar tdk mahu menerima pemberian rasuah duit,daripada lawan Tun Ghafar.

Jika biasa hisap rokok sememangnya ketagih merokok sukar untuk dibendung. Jika semasa dalam kerajaan suka menghulur, memang sukar untuk di atasi.

Jika pihak pembangkang jadi pemerintah, ada kebarangkalian kah rasuah politik dapat dibendung?

Sama sama kita fikirkan!

Anonymous said...

tak perlu nak terpangaruh sgt dgn janji2 tersebut.

azman said...

kalau sekadar berjanji itu memang mudah. tapi rakyat perlu bijak menilai. semua orang pun boleh berjanji.

azman said...

lihat saja negeri-negeri yang ditadbir PR, adakah janji-janji yang diberikan disana sudah tertunai?

Smookiekins said...

Janji Anwar adalah menyeluruh. Kepada semua rakyat M'sia bukan hanya di KB.

Tapi, apakah Anwar akan menyelesaikan isu2 besar/utama di KB sekiranya dia menjadi PM?

Kris Jr said...

Dengan janji Anwar bolehkah Anwar memperolehi majoriti undi penduduk KB

Unknown said...

Sesiapa pun boleh bercakap kosong dengan janji. Janji tidak semestinya ditepati. Mengenai minyak dan sebagainya macam mana Anwar mahu turunkan kalau ekonomi dunia pun menghadapi masalah kenaikan. Tidakkan kerajaan mahu menanggung subsidi yang tinggi kepada rakyat.

Sanih Alias said...

Pandai-pandailah menilai sendiri apa yang Anwar katakan itu. Tidak ada guna kita sokong kalau janji cuma janji kosong untuk menarik pengundi.

nickko said...

ketika KR1M mula2 dilaksanakan, pemimpin2 pembangkang mempertikaikan penubuhannya kerana kerajaan terpaksa membelanjakan subsidi yang besar.. bagaimana pula dengan janji Anwar mahu menurunkan harga minyak?? bukankah lebih besar subsidi yang terpaksa dibelanjakan oleh kerajaan??

nickko said...

jika benar dakwaan bahawa Pakatan dan penganjur Bersih mendapat pembiayaan dari kuasa luar untuk menganjurkan demonstrasi di seluruh negara, ada kemungkinan bahawa Pakatan sudah sedia berhutang sebelum mengambil alih tampuk pemerintahan.. sebab itu mereka beriya2 mahu merampas kerajaan dengan apa sahaja cara termasuk membuat janji2 besar..