Sama ada "INI KALI LAH" atau " KALI INI LAH" asal Jangan ' LAIN KALI LAH' ,begitu antara ucapan wakil USNO Kalabakan ,Abd. Rahman Yahya dalam ucapan alu-aluan pada majlis rapat umum USNO-STAR di Semporna semalam. Slogan ini yang menjadi tagline pembangkang di Sabah dijangka akan 'menghantui' penduduk pantai timur apabila kira-kira 1000 orang rakyat yang terdiri daripada suku bajau-Suluk dari Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna 'membanjiri' Dewan Sulabayan,Floating Semporna. Majlis yang turut dihadiri oleh Dr Jefry dan Presiden Penaja USNO,datu Badaruddin Tun Mustapha nyata menggamit dan memukau para hadirin yang hadir pada petang itu.
Dalam ucpan Datu Badaruddin Tun Mustapha itu memberi jaminan bahawa sama ada USNO di daftarkan atau tidak ,perjuangan 'membela' dan 'mengembalikan' hak-hak Sabah yang diragut oleh UMNO dan BN akan terus diperjuangkan. Datu Badaruddin juga meminta supaya semua penyokong USNO yang masih setia kepada parti itu agar menyokong dan mengundi semua calon dari parti STAR yang diketuai oleh Dr.Jefry Kitingan pada PRU 13 yang akan datang, sekiranya USNO tidak didaftarkan oleh ROS. Sambil meningatkan rakyat yang hadir bahawa Ayahanda Allahyarham Tun Mustapha sendiri mula sedar dengan penipuan UMNO di saat akhir hayatnya, dan beliau bertekad akan meneruskan perjuangan USNO itu. Sebelum itu dalam pembukaan ucapanya, Datu Badaruddin meminta hadirin berdiri dan memberikan tepukan paling gemuruh kepada Dr Jefry yang disifatkannya sebagai "Pejuang Tulen" pemimpin Sabah selepas kematian ayahandanya tun Mustapha.
Kehadiran yang tidak dijangka dalam majlis itu memperlihatkan sokongan rakyat Sabah mula kenampakan ke atas parti pembangkang tempatan itu. Dari wajah-wajah rakyat yang datang itu kelihatan harapan mereka untuk melihat perubahan berlaku pada kepimpinan negeri pada PRU 13 yang akan datang. Laungan 'Hidup USNO" dan " Ini Kali lah" kedengaran hingga di luar dewan yang penuh sesak dengan orang ramai itu.
Namun dari pemerhatian krew kelapa Mawar yang berada di lokasi berkenaan , rata-rata yang hadir adalah generasi kedua yang masih menghayati perjuangan USNO, golongan muda hanya mewakili kira-kira 20 orang, itupun tidak mendominasi perhimpunan kali ini. Jika dibandingkan dengan rapat umum parti PKR yang pernah di hadiri oleh DSAI, nyata sokongan golongan muda jauh lebih mantap daripada parti USNO-STAR ini. Mungkin kerana parti ini masih baru dan belum boleh menyuntik semangat juang golongan atas pagar untuk memihak kepada parti pembangkang tempatan yang disifatkan oleh pemerhati politik sebagai "parti setahun jagung" meskipun pemimpinnya sudah lama berkecimpung dalam politik tanahair.Apa apa pun Selamat Berjuang untuk USNO-STAR. Ini Kali lah!.
33 ulasan :
Terpulanglah kepada rakyat Semporna untuk membuat pilihan mereka semasa pilihanraya ke 13 nanti. Undilah parti yang terbaik supaya masa depan negeri terjamin.
Semoga parti yang terbaik bersama dengan calon yang sesuai akan memenangi hati pengundi.
Saya percaya rakyat tahu bagaimana untuk menilai antara baik dan buruk
It is the norm for opposition parties to make all kinds of promises because they know they are not the ruling party and all their promises remain false promises
'ini kali lah' tagline STAR. mcm tagline budak2 ja.. carilah tagline yang lagi cantik dan mantap.
kita tgk seajauhmana sokongan rakyat terhadap STAR.
Uiseymen macam makin rancak saja usaha dorang sejak akhir2 ni. hihihi
Saya ada nampak gambar rapat umum ni... Memang ramai tapi nampak gaya mcm orang tua2 ja yg hadir tu???? hhmmm, mana golongan belianya? Buat rapat umum sendiri ka:P hehehe
PRU kali ini pasti rancak kan.. Kalau bukan perang di alam maya pasti ada perang bendera atau perang kempen juga nanti. hahaha
So kita sebagai rakyat kenalah bijak membuat penilaian dan pastikan kita tidak tersilap nilai.
Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Saya yakin semuanya pasti terjawab jua.
"INI KALI LA"...TAGLINE BAGI YG SUKA MAIN KATAM-KATAM,MAIN PAKAU,KAKI NUMBUR DAN YG SAMA SPESIS DGNNYA YANG TERLALU MENGHARAPKAN PERKARA YG BELUM PASTI YG AKHIRNYA MENGECEWAKAN.
betulkan tagline ni begitu menggerunkan BN??yang datang dalam rapat umum tu 20 orang saja golongan muda. nampaknya golongan muda tidak begitu berminat menghadiri perjumpaan2 yang berbaur politik seperti ini.
spekulasi mengatakan parti baru STAR di Sabah telah mendapat sokongan ramai, samada benar atau tidak, tunggu sahaja hasilnya di musim PRU-13
samada perjuangan parti-parti pembangkang ikhlas demi rakyat ataupun tidak, kita tunggu dan lihat sahaja undian rakyat nanti
ya, semuanya di tangan rakyat Sabah untuk menentukan nasib parti
nescaya, belum tentu gabungan parti2 pembangkang akan mendapat sambutan hangat dari rakyat Sabah
apa yang nyata, sokongan rakyat terhadap BN Sabah masih ada
Jumlah yang datang bukan penentu kepada jumlah undi yang bakal dipangkah nanti. Good luck.
Biarkan saja mereka membuat apa yang perlu untuk mereka. Namun kita tidak pasti bagaimana dengan sokongan penduduk dikawasan tersebut.
Bukan senang untuk menawan hati penduduk Sabah ini. Perlu ada semangat yang benar-benar dipercayai oleh mereka.
mana-mana parti pun pasti menyatakan keyakinan mereka akan mendapatkan sokongan rakyat.
masih awal untuk mengatakan parti mana yang menjadi pilihan rakyat..persaingan mungkin sengit.
apa pun, serahkn kepada rakyt untuk membuat pilihan masing-masing.
Let the people decide who they want.
How far STAR can go in Sabah? Still need time to judge.
Banyak pihak yang membuat spekulasi yang bukan-bukan. Biarkan rakyat sendiri yang menilai dan membezakannya.
STAR masih baru dan memerlukan masa untuk menilai sejauh mana STAR boleh menetap di Sabah. Yang menjadi perhatian, adakah STAR sanggup memperjuangkan yang terbaik kepada rakyat?
Tidak semstinya rakyat pasti memberi sokongan, melihatkan keadaan, BN masih kuat di Sabah.
jika semua parti pembangkang Sabah tidak boleh bersatu, sedangkan pemimpin2 mereka sendiri beriya2 mahu rakyat bersatu, slogan ini kalilah pasti akan bertukat lain kalilah..
Rakyat sekarang bijak sudah memilih parti mana yang mereka rasakan terbaik.
Golongan muda kurang berminat dengan parti ini.
Post a Comment