Saturday, January 7, 2012



Fayyadh Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, tengah malam tadi.


Fayyad dipercayai diserang menerusi suntikan di telapak tangan kiri sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kampung Cherok Tokkun .


Mangsa dikatakan ada meminta ais daripada wartawan PenangDaily, Zainulfaqar kerana tangannya berasa kebas, sebelum pengsan kira-kira 15 minit selepas terkena suntikan itu.


“Masa nak masuk sini, dia (Fayyad) dah minta ais sebab tangannya kebas. Masa bawa Kak Wan Azizah keluar tadi, dia dikejar ke hospital,” tulis Zainulfaqar di twitter.


Beliau juga memetik sumber dikenali sebagai Zul Saad yang menyatakan Wan Azizah menangis berikutan keadaan Fayyah ketika pengawal peribadi itu belum sedarkan diri.


Fayyad adalah pegawal peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang patah tulang pipi akibat terkena kelongsong gas pemedih mata ketika demonstrasi Bersih 2.0.


Semakan melalui akuan blog mikro itu mendapati rakyat yang begitu marahkan kejadian itu, percaya Fayyah bukan sasaran sebenar suntikan racun berkenaan, sebaliknya ia disyaki disasarkan kepada Wan Azizah.


Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Najwan Halimi pula berkata, keadaan Fayyad stabil dan sudah sedarkan diri tetapi tangan kiri sehingga bahu dilapor kebas dan gagal digerakkan.


“Doktor sedang membuat ujian darah dan air kencing utk pastikan jenis racun,” katanya melalui twitter selepas menghubungi Wan Azizah tidak lama selepas kejadian.

13 ulasan :

DorianG said...

How did they know that it was needle injection?

DorianG said...

interesting indeed....

Anonymous said...

Wah, macam2 berlaku sekarang ni ya..jika benar dakwaan itu berlaku seperti yang dilaporkan, ia memang menakutkan kerana ada orang sanggup buat sampai ke tahap itu. Motif?

Anonymous said...

Mungkinkah si pelaku akn berjaya ditangkap? Kena kelongsong peluru, kena suntikan misteri..inilah risiko yang terpaksa dihapai bila menjadi pengawal peribadi.

azman said...

biarlah doktor pakar yang mengesahkan pekara ini.

azman said...

lebih baik tunggu dan lihat sajalah. pelbagai andaian hanya memburukkan keadaan.

Anonymous said...

harap dia akan selamat.

Sanih Alias said...

Tidak eloklah buat begini. Ini bukannya cara yang baik.

Sanih Alias said...

Kita tunggu laporan dari siasatan mengenai perkara ini.

Anonymous said...

Pemeriksaan perubatan terhadap pengawal peribadi kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendapati tiada tanda-tanda bahawa lelaki itu diracun atau disuntik dengan racun seperti dilaporkan blog-blog.

nickko said...

berdasarkan keputusan ujian jabatan kimia, pengawal peribadi wan azizah tidak diracun dan tidak wujud kesan benda asing termasuk racun atau dadah dalam darah dan air kencing beliau..

Smookiekins said...

Bahaya juga jadi ahli politik, kena berdepan dengan segala macam bahaya. orang2 sekeliling pun terancam. Harap dapat ditangkap peracun. Sekiranya benar diracuni.

Kris Jr said...

harus dikenal pasti sama ada benar atau tidak pegawal peribadi tu keracunan.