Monday, January 2, 2012


Dalam politik PENAFIAN adalah kebenaran yang TERTUNDA. Manakala PENGAKUAN adalah KEPUTUSAN yang pasti.Beberapa hari lepas heboh satu Malaya dan satu Borneo bila khabar bertiup kononnya Datuk seri Panglima Lajim Hj Ukin Parlimen Beaufort akan meninggalkan UMNO sebagai tanda protes kepada kepimpinan Musa Aman di Sabah yang cuba menyisihkan timbalan menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu. Malahan DSP Lajim bertindak berucap dalam satu sambutan hari Krismas pemimpin PR Datuk John Ghani di Kuala Penyu dan ucapan Datuk Lajim itu cepat merebak hingga beliau terpaksa membuat penafian secara mengejut.Musli Oli dalam FCB nya memberikan signal kepada rakyat yang mengenali Lajim Ukin sebagai penilai yang tepat.

Senario terkini dalam politik Sabah itu tidak sahaja tertumpu kepada percaturan Datuk Lajim Ukin tetapi turut diperkatakan ialah mengenai kemungkinan besar Datuk Ghafur Salleh MP Kalabakan juga akan berbuat serupa. Dan yang paling 'mendebarkan' apabila YDP dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin juga dikatakan sebagai antara mereka yang berhaluan kiri di Sabah setelah mengetahui percaturan politik Musa Aman. Dalam satu khabar,kononnya seramai 20 ADUN di Sabah akan digugurkan pada PRU 13 akan datang.

Walaupun pada PRU 12 yang lepas, Tan Sri Pandikar dicadangkan ke jawatan YDP Dewan Rakyat, namun jawatan berkenaan akan tamat tempohnya bila Parlimen dibubarkan. Dan itu tidak menjadi satu jaminan besar TSP akan dicalonkan semula pada PRU13 kerana PRU 2008 TSP sudah pun digugurkan. Jika pada PRU 13 TSP sekali lagi digugurkan ertinya jasa dan bakti TSP dalam memastikan keutuhan BN di Sabah tidak pernah dihargai oleh MUsa Aman. Keputusan TSP membubarkan AKAR seharusnya dipandang sebagai satu pengorbanan besar seorang presiden sebuah parti yangt dominan di Sabah pada waktu itu.

Justeru itu khabar bahawa TSP akan meninggalkan UMNO dan berkemungkinan menyertai parti lokal di Sabah boleh diterima seandainya TSP sekali lagi tersenarai sebagai pemimpin yang digugurkan pada PRU 13.Maka tinggalah Datuk Salleh bersendirian melayan karenah Musa Aman yang dikhabarkan tidak lagi menduduki kerusi Ketua Menteri selepas PRU nanti.

37 ulasan :

Saya Ready said...

sapa suruh TSP bubar AKAR dan masuk parti SHIT kata Prof Emeritus Shanon Ahmad.. nah! jadinya skrg, Najib reject satu2 tokoh2 popular Sabahan.. bagus juga Najib ni yer, bagi peluang org muda..

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

INI KALI LAH,
Pemimpin lama tidak diberi peluang semula untuk bertanding dalam pru ke-13.

Dtk Musa tetap menyenaraikan kroni kroni yang taat dan hormat kepada beliau dlm usaha mempertahankan kekebalanya sebagai Ketua Menteri.

Pandikar tidak tepat tindakanya untuk meninggalkan UMNO.Beliau perlu imbas kembali. Kerana semua kejayaanya yang telah dicapai dalam arena politik. Sehingga dapat jawatan maksima dalam kabinet seterusnya dilantik jadi YDP Dewan, kerana UMNO.

Dt Musa perlu berhati-hati, jika tokoh tokoh politik yang mempunyai pengaruh seperti Dt Lajim, Dtk Ghapur, Lantaran tidak ambil iktibar dan tidak menjaga perasaan para penyokong mereka, maka meletuplah gelanggang silat melompat pindah ke parti lain.

Jika betulah 20 orang tokoh tokoh politik,tidak mendapat tempat dan bakal disisihkan, dalam pru ke-13, maka UMNO Sabah akan bakal menghadapi kejutan letrik kekalahan.

Saya yakin Dt Musa dapat menerima saranan, bahawa tokoh tokoh lama boleh dipertimbangkan untuk berkerjasama dengan calon-calon baru dalam usaha membantu kempen bagi kemenangan BN.

Jika mereka tiada tempat untuk pencalonan. Dt Musa mesti bijak menangani kemelut yang dihadapi oleh UMNO Sabah. Lantaran permasalahan ini dapat di atasi dengan bijaksana.

Mohd Ishak said...

Adakah Tan Sri Pandikar Amin akan meninggalkan UMNO seperti apa yang dikatakan?

Mohd Ishak said...

Masih belum ada mana-mana pemimpin yang mengumumkan keputusan mereka untuk meninggalkan parti BN. Kita tunggulah dan lihat keputusan mereka selepas ini.

DATU SIRENGIT said...

slm km,

Sepandai2 tupai malompat na jatuh di tanah juga bah. Tidak boleh tidak TSP kena akur sebijak dan sepandai2nya ada lagi yang pandai dan bijak.

pada sirengit sekiranya TSP keluar UMNO sirengit ndak terkejut. AKAR pun dia bubar, inikan pulak terus taat pada UMNO. AKAR dia taiko masa itu pun sanggup dia pegi cium ketiak Mahadir kasi bubar. bukan sekarang masam pengemis di negeri sendiri.

itu musa ndak kiralah. tak kan dia kasi idup bukan sukung dia. dia pandai lah kasi mati. kuasa ditangan dia bah. Kalau siapa2 pun yang berada ditempat dia masti buat bah. DSSK pun yang tarkenal angkun politik bunuh mambunuh ndak bagi paluang dgn org yg gangugugat dia...

sendiri mau ingat bah...!

sekarang YB2 barjuang utk kuasa dan harta, jarang kita dengar berjuang utk rakyat. dah nasib badan.

semua YB sekarang takut ndak kena calun. tiada kuasa ndak ada duit lah, hidup pun susah sikit lah..dunia2...

Jason said...

if the YBs didn't do their job well, then they shouldn't be put as candidate in the next election.

Jason said...

The people wants competent and sincere leader not someone who give false promises. So i hope the chosen candidates are competent and sincere in helping the people.May the best candidate choose.

Jason said...

If TSP wants to leave, then let him. its his decision to make.

Scarlett said...

Setuju dengan Jason. Diharap mereka yang ingin betanding, bakal dicalonkan tanya diri sendiri apa tujuan utama mahu bertanding. Kalau sekadar mahu tebalkan poket, berundurlah. Jangan perjudikan nasib rakyat.

Anonymous said...

ini satu lagi khabar angin, ia belum tentu lagi benar.

Anonymous said...

apa2 keputusan kena diterima dgn terbuka, calon yang dipilih hendaklah yang terbaik.

Unknown said...

Semakin banyak isu mengenai pemimpin UMNO ingin meninggalkan UMNO. Namun itu cuma khabar angin dari pihak yang sengaja menjadikan isu seperti ini.

Unknown said...

Percaya atau tidak semuanya akan terjawab juga nanti bila sudah diumumkan oleh tuan punya badan sendiri.

Bujang Senang said...

Sekejap Lajim yang ingin keluar parti sekarang berita baru pula TSPA yang akan keluar. Namun semua ini cuba mainan politik semata-mata.

Bujang Senang said...

Teruskan usaha untuk membantu penduduk Sabah. Semestinya apa yang dikhabarkan oleh beberapa website kurang tepat kerana masih menjadi persoalan benar atau tidak.

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Dt musa yg pandai silat politik pukul terus rebah. Dan tolak terus jatuh kepada tokoh tokoh yg dia tdk suka. Tentu tokoh tokoh demikian tdk tersenarai dalam pru ke-13.

Di antaranya Dt Lajim,Ketua Bahagian Beaufort. Dt Ghafur Ketua Bahagian Kalabakan. Dan Dt Abd. Rahim Ismail Ketua Bahagian Papar.

Manakala Pandikar, susah agaknya dicalonkan. Jawatanya sudah tahap maksima.Jawatan yang relevan untuk Pandikar, hanya TYT Sabah.

Dt musa tidak calonkan Pandikar di DUN Tempasuk. Kerana kubu kuat Hj Musbah. Perlu di juga jaga perasaan penyokong penyokong Hj Musbah.

Usah cakap DUN Usukan. Dt Salleh bakal diletakkan di situ. Dt japlin bakal digugurkan kerana rekod politiknya kurang disenangi.

Hanya yg tinggal Parlimen sahaja. Ada kemungkinan Dt Musa sisipkan Pandikar sebagai calon Parlimen, dan bertembung dengan Sdr Musli.

Jika Pandikar dan Musli bertembung. Ada advantage Pandikar untuk memenangi kawasan Parlimen K.Belud.

azman said...

ada saja kahbar angin yang kita dengar..tapi mungkin juga itu hanya sekadar kahbar angin yang kita sendiri tidak tahu kesahihannya.

azman said...

tidak kira siapa pun yang dicalonkan nanti, yang penting tugas kepada rakyat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Anonymous said...

untuk meneruskan kerjaya politik, itulah tindakan yang patut diambil sekiranya digugurkan oleh pucuk pimpinan..

Smookiekins said...

Hari ini kenyataan Lajim dalam news paper, dia mengatakan bahawa semua kabaran yang disebarkan adalah fitnah.

Tapi adakah benar Datuk Pandikar mahu meninggalkan Umno? adakah ni hanya kabaran saja?

Kris Jr said...

Tunggu saja la kenyataan rasmi dari Tan Sri Pandikar

Anonymous said...

mungkin sudah tiba masanya pemimpin lama berundur dan memberikan peluang kepada golongan muda dengan idea dan nafas baru..

Anonymous said...

ADUN yang tidak komited dan dibenci oleh rakyat di kawasan diwakili memang wajar digugurkan pada pru13..kan BN menggunakan formula winnable candidate bagi menghadapi pru13 di mana dijangka merupakan pru yang paling getir buat bn/umno..

Anonymous said...

mungkin juga ini hanya spekulasi atau mainan politik semata-mata..kita tunggu dan lihat pada pru13 nanti.

DAMN said...

Semua ini ada sebabnya. Kenalah menyiasat.

POP said...

Rugilah UMNO

No name said...

Jika betulnya Pandikar keluar dari BN, harus juga beliau meneruskan perjuangan beliau demi rakyat di Sabah.

No name said...

How true that Tan Sri Pandikar will leaving UMNO?

No name said...

Ini mungkin satu gimik untuk merosakkan imej BN.

No name said...

Ini cuma khabar angi nyang belum ditentukan lagi. Sama-sama menantikan perkembangan.

No name said...

Kalau betulnya Pandikar keluar dari BN, harus juga terima hakikat dan baik juga memberi peluang kepada golongan muda.

Anonymous said...

Hope Lajim make a real good decision whether to leave or to stay with BN.

Anonymous said...

Im sure Lajim can perform well in any party.

Anonymous said...

Looking at the situation seems many of the current leader has different agenda with BN.

Anonymous said...

Harus menghormati keputusan Tan Sri Pandikar.

Anonymous said...

Budaya melompat parti memang mendatangkan kesan negatif.

rich said...

Cakap kampung: datuk lajim klu kan mambari sumbangan beribu2,nada ia kan heboh2 ke Surat khabar ka berita ka...,ani pemimpin lain,mambari sekampit baras.... Mo heboh 1 Malaysia......(the fallen of the truth genuine hero)