Sudah sampai masanya paradigma politik di negara ini berubah. Meninggalkan segala saki baki kebencian dengan tuduh menuduh dan fitnah yang melampau dengan mengaibkan jijik dan mengotorkan. Sebaliknya mengutamakan dasar,polisi dan kerangka politik akhlak yang mementingkan keluhuran budi pekerti. Saranan itu disuarakan oleh Mantan MB Selangor Datuk Khir Toyo dalam blognya.
Sambil mengucapkan tahniah atas pembebasan DSAI daripada tuduhan liwat, beliau yang disabitkan dengan kesalahan salahguna kuasa melibatkan pembelian sebuah banglo mewah ketika menjadi MB mengingatkan semua lapisan masyarakat supaya meninggalkan politik serangan peribadi.
kenyataan Khir Toyo:
1. Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur isnin lalu. Walaupun mahkamah telah membebaskan Anwar namun rakyat juga bebas menilai fakta-fakta dalam Mahkamah untuk membuat kesimpulan dan penilaian sendiri.
2. Kepada Mohd Saiful saya percaya kesanggupan beliau bersumpah secara terbuka membuktikan sesuatu. Mungkin beliau tidak mendapat pengadilan di dunia ini tetapi insyaallah akan ada pengadilan yang maha adil di akhirat kelak.
3. Saya fikir dengan pembebasan Datuk Seri Anwar ini sudah tiba masanya orang Islam menghentikan politik benci-membenci berdasarkan tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah dan menumpukan usaha ke arah politik yang lebih sihat.
4. Politik menyerang peribadi atau character assassination menjadi begitu lumrah dalam politik negara ini sehingga mengkesampingkan politik sihat dalam membahaskan dasar, polisi dan arah tuju negara pada masa hadapan.
5. Lebih serius serangan terhadap keperibadian ini akhirnya menimbulkan politik kebencian sehinga tiada titik persamaan lagi sesama agama, bangsa dan juga antara kaum di negara ini. Sudah tiba masanya semua parti utama di negara ini mengurangkan politik benci-membenci ini.
12 ulasan :
Harap kes ini akan berhenti di sini sahaja, jangan membangkitkan isu ini lagi kerana tidak bermanfaat kepada mana-mana pihak.
Kepada semua parti yang bakal bertanding bila PRU-13. Selamat berjuang dan bertandinglah dengan cara yang bersih dan adil. Tidak salah jika ada persaingan yang sihat.
Entah kenapa politik di negara ini suka guna sentimen kaum dan agama. Isu itu adalah sangat sensitif. Ia hanya merapuhkan perpaduan yang ada selama ini. Bukan senang untuk satukan rakyat tapi amat mudah untuk pecah-belahkan mereka.
Sudah tiba masanya rakyat untuk lebih berfikiran terbuka dan bijak dalam menilai sesuatu perkara. Mereka yang suka timbulkan kebencian politik adalah golongan yang sukar untuk dipercayai kerana menggunakan pendekatan yang tidak matang. Berpolitiklah secara berhemah, baru nampak karismanya.
politik negera kia harus lebih terbuka, elakkan keluarkan isu2 sensitif. lebih baik bekerjasama.
semua parti politk harus bersaing secara sihat dan menjauhi amalan fitnah dan tuduh menuduh.
persaingan sihat dan menyumbang idea adalah lebih baik dan mampu untuk menjadikan negara ini lebih membangun.
Hentikan politik serangan peribadi. Ni biasanya berlaku di M'sia.
Betul itulah yang kerap berlaku di Negara kita ini. Terutama yang dilakukan oleh pembangkang sendiri yang cuba mengunakan peribadi seseorang sebagai senjata mereka.
Cubalah berfikir bagaimana untuk memastikan rakyat dapat dibantu. Ini tidak asyik menuduh yang bukan-bukan saja, tidak ada manfaat pun untuk rakyat dengan cara ini.
Anwar mungkin boleh menang perbicaraan di mahkamah, tapi belum tentu boleh menang PRU13 nanti.. tidak semua rakyat di Malaysia ini mempunyai pendirian yang sama dengan penyokong2 Anwar yang sanggup berhimpun diperkarangan mahkamah semata2 untuk membebaskan beliau..
apa2pun tahniah kepada Anwar dan saya harap beliau akan tampil membersihkan imej mahkamah memandangkan beliau dan pemimpin2 PR yang lain sering melemparkan tomahan kepada institusi ini ketika kes masih berjalan..
Post a Comment