Monday, January 9, 2012

YDP PERKASA Sabah yang juga seorang blogger "Sekali ketuk" dan pengendali protal Rontog.daily.com Sdr Musli Oli dalam satu kenyataanya yang dipetik dari wall FCB mendakwa keputusannya menyertai PKR sebulan lalu sebagai satu tindakan yang tepat. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Musli Oli berikutan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat membabitkan pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lepas.

Kes yang mendapat liputan media luar dan dalam negara itu sejak tahun 2008 lagi mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila ditangguhkan melebihi 6o kali.Akhirnya dengan hujah bahawa mahkamah tidak boleh bersandar kepada pembuktikan melalui DNA semata-mata dan juga keterangan pengadu,mahkamah melepaskan ketua pembangkang itu daripada tuduhan tersebut yang jika sabit boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Berikutan pelepasan mahkamah itu, dunai politik pembangkang mendapat suntikan luar biasa,apabila ada pihak yang menyarankan supaya Pendakwa raya  tidak perlu lagi membuat rayuan ke mahkamah rayuan kerana DSAI akan menjadi Perdana menteri tidak lama lagi. Komitmen dan motivasi gila itu tidak sahaja dirasai oleh penyokong PR di semenanjung tetapi juga di kepulauan Borneo ini.

Di Sabah, walaupunada juga berlaku demonstrai aman di luar mahkamah tinggi Kota Kinabalu seperti yang dipostkan oleh ketua Cabang PKR Tuaran, sdr Ansari Abdullah dalam Fcbnya, namun ia tidaklah mencemaskan pihak berkuasa kerana bilangan yang tidak ramai dan hanya sekadar memberikan sokongan moral kepada DSAI.

Keputusan tepat seperti yang di dakwa oleh Musli Oli yang dikatakan oleh Ansari Abdullah sebagai YDP PERKASA SABAH telah bertaubat itu akan menyuntik satu lagi fenomena baru dalam politik di Sabah. Di jangka akan ramai lagi permimpin lama dalam UMNO Sabah yang bertindak keluar dari parti itu meskipun Datuk lajim yang sebelum ini diwar-warkan bertindak sedemikian,akhirnya menafikan khabar angin itu dan menyatakan kembali kesetiaanya kepada UMNO.


15 ulasan :

sabaheco said...

Tak tau la ging..tapi sya dapat rasakan setelah Anwar didapati tidak bersalah, yg paling banyak mendapat kredit, mungkin secara senyap, adalah Najib...

Mengapa?

satu, kerana keputusan perbicaraan Anwar membawa gambaran bahawa badan kehakiman di negara ini adalah bebas & tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak...di sini, kredit secara 'senyap' sudah diberikan kepada Najib, kerana kelihatan berjaya untuk tidak masuk campur dalam urusan kehakiman...

Kedua, ramai orang beranggapan bahawa Anwar akan didapati bersalah, & keputusan kelmarin adalah di luar jangkaan...apabila mengetahui Anwar tidak bersalah, ada juga yg mungkin terfikir "eh, mungkin memang benar Najib ingin bawa transformasi di dalam kerajaan".

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Banyak banyak kredit diperolehi oleh Dtk Najib.Sya setuju dgn sdr SABAHECO.

Rakyat telah menilai hakisan tuduhan kepada Dtk Najib.Lantaran rakyat merumuskan segala tanggapan pihak yg menuduh konon pertuduhan ini sebagai konspirasi politik, ternyata tidak berasas.

Kini rakyat telah dapat mengenal pasti yg mana benar dan yang mana satu tidak menepati persangkaan.

Keputusan Mahkamah yang adil dan saksama. Merupakan keputusan yg perlu dihormati oleh semua pihak dan individu.

Umpamanya jika keputusan Mahkamah memihak kepada Saiful, tentu sekali, laungan suara penyokong, akan kekalkan perkataan konspirasi politik.

Kalini giliran rakyat untuk melaungkan kebenaran dan ketelusan.Kerana keputusan yg dibuat adalah tidak dipengaruhi oleh mana mana pengaruh eksekutif.

Mohd Ishak said...

Tindakan beliau mengikuti PKR adalah kebebasannya sendiri, tiada betul dan salah dalam politik kerana setiap orang ada pandangan mereka sendiri.

Mohd Ishak said...

Tidak kira bagaimanapun, yang penting adalah keikhlasan seorang ahli berjuang bersama parti yang diikuti mereka itu.

Anonymous said...

keputusan kes Anwar telah menunjukkan bahawa sistem kehakiman negara kita adalah benar2 bebas.

Anonymous said...

samada Musli Oli nak masuk PKR, itu keputusan dia. negara kita ada kebebasan.

Anonymous said...

yang pentingnya kes ini sudah selesai. lepas ni jangan lagi pula ada kes baru.

Bujang Senang said...

Kalau saya baca sendiri pun sememangnya apa yang berlaku itu tidak akan dapat dijangka. Seperi cerita Anwar sendiri yang kununnya ramai pengikut dan penyokong Anwar mengatakan bahawa walau apa pun keputusan tetap akan memastikan Anwar di Sabit satu kesalahan. Namun sungguh mengejutkan kita apabila keputusan mahkamah yang memihak kepada Anwar sehinggakan beliau dibebaskan dari tuduhan. Ini menampakkan kita bahawa keadilan dan keputusan dibuat oleh mahkamah semestinya adil dan tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Selagi bukti dan keterangan tidak cukup maka kita tidak boleh menjatuhkan hukuman sesuka hati.

Unknown said...

Betul kata Sabaheco itu. Apa yang berlaku ini dapat kita lihat akan menaikan nama Datuk Najib dimata rakyat.

Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak namun kebenaran telah terlihat dari apa yang berlaku terhadap Anwar sendiri.

Mengenai keputusan ingin keluar parti dari BN Sabah itu saya tidak mahu memberikan banyak komen. Tapi fikirkan sendiri apa yang akan kita dapat jika keluar untuk menentang. Contoh boleh kita ambil dengan JK sendiri. Sehingga sekarang beliau tidak ada pendirian sendiri untuk berjuang kepada rakyat Sabah.

zam said...

keputusan kes Anwar memang diluar jangkaan banyak pihak. ini menunjukkn mahkamah sememangnya bebas.

zam said...

kes sudah selesai dan tidak perlu diperbesarkan oleh mana-mana pihak.

Smookiekins said...

Saya pun setuju dengan pendapat sabaheco. Pembebasan Anwar daripada bersalah menunjukkan konspirasi yang selama ni diheboh-hebohkan oleh Anwar dapat disenyapkan. Sistem kehakiman yang dikatakan tempang oleh Nurul Izzah dapat ditempis.

Saya pun jangka Anwar akan masuk penjara dalam kes ni, semua bukti menunjukkan dia bersalah, tapi sebaliknya pula. Ada yang mengatakan PR akan menang sekiranya Anwar dipenjarakan. Kerana rakyat akan hilang kepercayaan dengan pemerintahan Najib. Sekarang ni??? Sama2 la kita saksikan PRU13....

Kris Jr said...

PR diramal akan menang besar kalau Anwar didapati bersalah dan dipenjarakan. Tapi mahkamah melepaskan Anwar tanpa disabitkan bersalah. hehee..Adakah PR diramalkan akan kalah teruk pada PRU13?. Dalam kes ni banyak kredit diperoleh dan diterima oleh parti memerintah.

Caldina said...

Sekarang ni mungkin keputusan YDP Perkasa Sabah mungkin tepat tapi kalau tiba-tiba agenda tidak menjadi seperti yang dirancangkan, adakah beliau akan keluarkan kenyataan yang disebaliknya? Huhu. Jangan jadi macam JK sudahlah.

nickko said...

jika sebelum ini Anwar dan penyokong2 beliau kerap mempertikaikan keadilan badan kehakiman di negara ini sehingga gambaran negatif yang dicetuskan mereka itu merebak ke media2 antarabangsa, adalah wajar bagi mereka tampil membersihkan semula imej institusi kehakiman negara..