Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan tidak disengajakan seorang pembaca Tv3 melaporkan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia membuktikan Allah lebih berkuasa melebihi segala-galanya.
Menurutnya, sebelum ini puluhan tahun Tv3 memfitnah beliau dan pada masa sama dirinya langsung tidak diberi peluang untuk menjawab distesyen TV milik Umno itu.
"Padahal kerja Tv3 ini maki kita sahaja. Ini Allah punya Kuasa. Anda bayangkan, kalau setakat Tv Indonesia, Thailand atau Iran yang silap, saya fahamlah.
"Ini Tv3, Perdana Menteri Anwar Ibrahim," kata Anwar semasa berucap di Kampung Baru malam Ahad lalu.
Tidak menyalahkan pemberita itu, Anwar bagaimanapun bersedia untuk menemui wartawan itu.
"Maknanya dia pun tahu, cuma cakap terawal sikit (untuk saya dilantik jadi Perdana Menteri), Saya pun nak jumpa Jay Jamalina ini," kata Anwar lagi disambut sorakan penyokongnya.
Jay Jamalina atau nama sebenarnya Nur Jamalina Mohd Jamali semasa dalam Buletin Utama yang disiarkan secara langsung pada Sabtu lalu melaporkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri berhubung lawatan Datuk Seri Najib ke Johannesburg, Afrika Selatan.
"Di Johannesburg, wartawan Lukman Hamidi melaporkan, lawatan Datuk Seri Anwar... Datuk Seri Mohd Najib itu dijangka...," kata Jay Jamalina yang selepas itu memohon maaf di laman twitternya.
Selain mula dikenali sebagai pembaca Berita Pagi dan Buletin 1.30, Jay Jamalina juga pernah terpilih sebagai calon akhir bagi Ulasan Berita Radio Terbaik dan Penyampai Berita Radio Terbaik menerusi laporannya, Formula 1 2010.
11 ulasan :
Tidak perlu membuat spekulasi selagi PR belum berjaya menawan Putrajaya. Baik tunggulah selepas PRU-13.
Jangan terlalu yakin bahawa PR mesti menang bila PRU-13, makin tinggi harapan, makin kecewa jika tidak mencapainya nanti.
Haha! Tidak pasal2 Jay Jamalina makin dikenali. Ini mungkin boleh jadi batu loncatan kepadanya untuk mencipta nama setanding dengan pemberita2 yang terkenal di negara ini?
Apa-apa pun, usah mudah melatah dengan semua ini. Biasalah tu kalau tersasul. Kalau sudah ketentuan Anwar jadi PM, jadilah. Kalau tidak, mungkin bersara adalah satu pilihan?
tidak perlulah terlalu berangan-angan, nanti tidak kesampaian kecewa pula.
rakyat janganlah mudah terpengaruh dengan isu-isu yang dimainkan.
itu hnya kesilapan. tak semestinya Anwar akan jadi PM. jgn terlalu berangan.
hehe.. Boleh pula tersasul.
Tapi Anwar jangan gembira sangat. Belum tentu lagi tu.
Kita lihat saja nanti adakah kali ini Anwar akan dapat apa yang diidamkannya selama ini.
Belum ada tanda-tanda pun Anwar akan dipilih oleh rakyat lagi. Yang ada pun cuma kes Liwat yang dimenangani oleh Anwar.
wah.. bukan main yakin lagi Anwar akan menjadi Perdana Menteri Malaysia.. jangan dulu mengiktiraf kemenangan sebelum bertanding..
Post a Comment