Friday, January 6, 2012

Sebagai rakyat biasa,rasanya kita tidak harus dibebankan dengan segala macam bentuk penghujahan di mahkamah yang mengendalikan kes liwat DSAI. Rakyat tidak mahu dan memang tidak tahu istilah undang-undang yang termaktub dalam sejarah perbicaraan ketua pembangkang ini. Rakyat lebih berminat mengetahui keputusan penghakiman yang akan dijatuhkan pada 9 Januari ini di perkarangan Mahkamah jalan Duta.Sama ada ideologi politik kepada BN dan UMNO atau kepada PAS,PKR dan DAP, sudah tidak penting kerana minat ingin mengetahui itu lebih dalam.Lantas rasa minat itulah lahirnya istilah KALAULAH..


  1. KALAULAH Anwar didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara tanpa ikat jamin maka beberapa keadaan akan berlaku sama ada rusuhan seperti 1998 atau keadaan aman tetapi memberi berlaku perubahan politik di negara ini.
  2. Ada pihak membuat ramalan Anwar akan didapati bersalah kerana ingin menyelamatkan politik Najib. Seolah-olah Najib adalah 'dalang' disebalik semua itu dan membenarkan wujudnya konspirasi peringkat tertinggi.
  3. KALAULAH Anwar didapati bersalah,maka akan mudah bagi Najib menyusun gerak strategi politiknya menghadapi PRU 13,kerana kekuatan sebenar PR hanya pada kredibiliti Anwar sebagai orang yang pernah menduduki kerusi no.2 negara semasa dalam UMNO.
  4. Anwar akan tetap didapati bersalah sebagai startegi terakhir Najib memporakperandakan PR yang diwujudkan untuk menentang BN dan UMNO.Dengan memenjarakan Anwar,maka kekuatan perpaduan PR akan tergugat.
  5. Namun ada pihak yang menyatakan Anwar akan dibebaskan. Kerana hanya hakim yang bersikap adil dan telus. Najib tidak terlibat kata mereka. Lagipun Najib adalah seorang politikus yang gentelman berdasarkan beberapa bukti. Najib berani menghapuskan sistem kouta pencalonan bagi jawatan Presiden dan beberapa lagi dalam UMNO. Najib seorang yang berani tidak seperti Mahathir yang besembunyi di sebalik sistem kouta.
  6. Najib juga gentelman dengan menghapuskan ISA.Walaupun ada ura-ura satu undang-undang baru bakal diwartakan tetapi Najib mengambil jalan berani dan tidak mengkespolitasikan ISA.
  7. Najib membuat pendakwaan kepada beberapa menteri pada zaman Mahathir seperti skandal PKFZ dan tidak melantik Presiden MCA dalam kabinetnya termasuk juga ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. Najib tidak takut kehilangan sokongan pemuda dan orang Cina.
  8. Najib juga menyetujui beberapa penambahbaikan dalam sistem Pilihanraya. Najib bukannya penakut dan merancang untuk tidak berlaku adil dan telus.
  9. Najib juga mula bersetuju untuk menubuhkan RCI di sabah. najib sangat berani kerana cuba menyelesaikan masalah PATI yang menjadi kekuatan BN di Sabah.
  10. Najib melalui sepupunya Datuk Hishamuddin membenarkan perhimpunan secara aman pada 9 Januari ini. mana ada PM yang sebegitu berani seperti Najib.Sebab itu Najib akan bebaskan Anwar dan bertarung pada pilihanraya akan datang dengan secara 'gentelman'.Kalaupun BN dan UMNO kalah, tapi Najib mempunyai prestasi yang baik kerana keberaniannya terhadap ancaman parti pembangkang.


10 ulasan :

Anonymous said...

Akhirnya Anwar dibebaskan. Unexpected verdict? Tapi itulah keputusan makhamah. Take it or leave it. Nampaknya arena politik di M'sia kaan bertambah 'rancak' selepas ini.

Anonymous said...

Wondering will there be any new allegations on DSAI after this?

azman said...

keputusan telah dikethui dan semua harus menerima keputusn ini.

azman said...

mungkin ini keputusan yang mengejutkan. tapi semua kini harus fokus terhadap tanggungjwab masing-masing.

Anonymous said...

Anwar didapati tidak bersalah dalam kes liwat. Anwar akan terus aktif dalam politik negara.

Anonymous said...

'kalaulah Anwar didapati bersalah'- tidak digunakan lagi kerana Anwar kini didapati tidak bersalah. 'kalaulah..' semua hal itu menjadi kenyataan pasti keadaan akan terjadi sebaliknya. mungkin baik atau buruk.

Sanih Alias said...

Mungkin itu semua adalah ditangan mahkamah sendiri untuk menilainya..

Sanih Alias said...

Anwar bebas maka apa kata pihak pembangkang yang telah menyebarkan pelbagai khabar angin??

nickko said...

na sekarang bukan lagi kalaulah.. memang sudah dibebaskan.. amacam? adilkah mahkamah di negara ini?

Kris Jr said...

pada pendapat saya, ini semua buang masa saja. sekiranya tidak bersalah pasti akan dibebaskan.