Lawatan sehari TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sabah berakhir Semalam di Semporna, kawasan satu-satunya Naib Presiden UMNO Sabah, Datuk seri Shafie Apdal. Difahamkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan simbolik Bantuan Kerajaan BR1M di Padang Pekan Semporna, sebelum mengadakan pertemuan dengan ratusan guru-guru di Dewan Masyarakat Semporna, bersebelahan dengan tempat di mana acara penyampaian bantuan BR1M itu berlangsung.
Dalam ucapanya Datuk seri Muhiyaddin Yassin sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa bantuan BR1M bukanlah bermotif politik tetapi sebaliknya adalah untuk membantu dan meringankan beban kewangan rakyat ekoran kenaikan harga barang. Sambil mengingatkan rakyat bahawa tuduhan pembangkang adalah tidak benar sama sekali, Muhiyydin juga meminta rakyat mengiktiraf usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dan usaha-usaha itu tidak dilakukan bermusim tetapi sejak UMNO memegang tampuk pemerintahan negara lebih 50 tahun yang lampau.
Sementara itu, di Dewan Masyarakat Semporna,pula perjumpaan khas Muhiyddin Yassin dengan warga pendidik di zon pantai timur itu menghimpunkan guru-guru di sekitar 4 daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.Majlis perjumpaan yang berlangsung di sebelah pagi diisi dengan beberapa program antaranya ialah kertas kerja yang dibentangkan oleh Prof Dato Dr. Sidek Baba yang berkisar tentang Sejara latar belakang sistem pendidikan negara dan transformasinya. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Pengarah Pelajaran negeri Sabah, Datuk Muhiyuddin Yussin.
Namun apa yang menjadi persoalanya ialah difahamkan guru-guru diarahkan turun menghadiri majlis berkenaan dengan purata 5-10 orang dari setiap sekolah. Majlisyang diadakan pada waktu persekolahan itu menyebabkan sekolah-sekolah di Semporna lengang dan sunyi berikutan kekurangan guru-guru. Bayangkanlah jika daerah Semporna sendiri mempunyai 46 buah sekolah, dan purata10 orang guru termasuk Guru Besar/Pengetua dan penolong-penolong kanan menghadiri majlis berkenaan,bermakna seramai 460 orang guru terlibat meninggalkan sekolah dan murid-murid mereka hanya kerana menghadiri perjumpaan khas dengan menteri pelajaran yang menyampaikan bantuan BR1M kepada rakyat itu.Bayangkan juga jika 4 daerah terlibat berapa bilangan guru yang meninggalkan sekolah?
10 ulasan :
The BR1M shouldn't be associated with political motives as it is the duty of the government to help the people.
Hope that the people will be able use this BR1M to reduce their burdens.
mudah-mudahan pihak kerajaan akan terus memberikan bantuan kepada rakyat yang amat memerlukannya tak kira samaada dalam bentuk bantuan kewangan ataupun materialistik
harap dgn ini ada bantuan akan diberikan kepada rakyat.
harap2 TPM dapat melihat sendiri keadaan hidup di sana. BR1M tu harap2 sampai terus ke penerima.
Pemberian BR1M memang bukan bermotifkan politik. hanya pihak pembangkang yang cuba mempertikai dan memperbesar2kan isu ini.
Terima kasih dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan itu. Harap akan ada bantuan seterusnya lagi untuk menringankan beban rakyat.
Yang menuduh (terutama ahli2 politik)bahawa BR1M ini berunsurkan politik, tidak sedarkah yang diri mereka juga sedang berpolitik untuk meraih sokongan? Double standard.
Duit rakyat juga bah tu. Takkan mahu tolak bila diberi? Mahu pengaruh rakyat pun agak-agaklah. Kesian sama orang yangbetul2 perlukannya.
bagaimana pula dengan mahasiswa yang berhimpun dan melakukan provokasi terhadap PM setelah mendengar ceramah dari Anwar?
Post a Comment