Tuesday, January 24, 2012

MUSA AMAN:JANGAN TERPENGARUH JANJI PEMBANGKANG, TAPI RAKYAT TERPEDAYA DENGAN JANJI BN

Setelah sudah tidak tahan dengan pelbagai karenah politik ketua Pembangkang,Datuk Seri Awar Ibrahim di Sabah, dan setelah mula merasa gusar dengan kehadiran DSAI yang turun padang dengan kerap di negeri bawah bayu ini, akhirnya Datuk Musa Aman mengeluarkan kenyataan kepada pemberita bahawa rakyat jangan terpengaruh dengan janji-janji pembangkang kerana beliau menyifatkan tindakan Anwar ibrahim 'menawarkan' royalti minyak 20% kepada Sabah apabila PR memerintah adalah janji palsu dan tidak boleh ditunaikan.


"Ini kerja pembangkang, mereka menjanjikan apa saja bulan dan bintang kerana mereka tahu mereka tidak memerintah dan mereka bukan kerajaan.

"Semua janji ini adalah janji palsu. Saya percaya rakyat Sabah tahu janji ini adalah janji yang tidak boleh ditepati," katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Dewan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, Selasa.


Sejak kebelakangan ini, semacam ada satu gelombang kesedaran dikalangan rakyat di negeri ini apabila pemimpin pembangkang di rai setiap kali datang. Ucapan Anwar ibrahim di Dewan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu itu,menyaksikan lebih 5000 rakyat Sabah membanjiri perkarangan dewan tersebut mendengar amanat Tahun Baru Cina yang disampaikan oleh Ketua pembangkang itu sebelum pada tengaharinya mengadakan rapat umum di Tuaran.

Kehadiran pembangkang di sabah memberi pilihan kepada rakyat di negeri ini kerana daripada maklumbalas rakyat di peringkat akar umbi, terdapat ketidakpuasan hati rakyat dengan peimpinan negeri sekarang. Banyak kes-kes dan skandal pengambilan tanah milik rakyat yang melingkari seluruh pelususk bumi Sabah ini. Sebut sahajalah dari Pensiangan nya, ke keningau, Tenom, Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, Kalabakan, Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu, telah berlaku apa yang disifatkan oleh Anwar Ibrahim sebagai "perompakan" hak rakyat.


Sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat berani memberikan pilihan kepada rakyat Sabah seperti pemberian 20% royalti minyak, menyelesaikan masalah PATI, isu penjawatan anak Sabah dalam Jabatan kerajaan, isu pemberian otonomi kepada sabah seperti termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963 dan bila Anwar membuat kenyataan akan menghapuskan Pinjaman PTPTN sebaliknya menukarkan kepada biasiswa, yang membawa makna pinjaman sebelum ini akan tidak dibayar, maka ramai anak-anak muda dan ib ub apa yang terlibat berasa gembira dan yakin, Pakatan Rakyat akan mampu merealisasikannya apabila di berikan mandat memerintah Putrajaya nanti.

Walaupun negeri di bawah Musa Aman mendakwa aset negara diurus dengan baik dan kewangan negeri berada pada tahap memuaskan dengan belanjawan negeri melebihi 4 billion namun, di peringkat akar umbi, kemewahan ekonomi itu langsung tidak dirasai oleh rakyat yang berpendapatan rendah kerana harga barang terus melonjak dan kadar pengangguran terus meningkat. Usaha berterusan oleh kerajaan hanya berlaku di peringkat kelas atas ekonomi sahaja sedangkan rakyat bawahan masih tersepit dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Apakah yang berlaku kepada rakyat Sabah jika, pembangkang benar-benar menunaikan janji tersebut?ini tentunya akan memberikan pilihan baru buat rakyat setelah sekian lama rakyat dimomokkan dengan janji Pemimpin BN yang semuanya belum tentu tertunai.Bahkan senario politik di Sabah lewat kebelakangan ini memungkinkan Musa Aman sukar mempertahankan Sabah dari serangan Pakatan Rakyat pada PRU 13 akan datang.

47 ulasan:

Kris Jr January 25, 2012 12:56 AM  

Terserahlah padasemua rakyat. Rakyat harus menilai sebaik mungkin. Pilihan ada di tangan sendiri.

Hinamori January 25, 2012 12:58 AM  

apa yang dijanjikan kerajaan biar pun lambat tetap dilaksanakan.

Nemia January 25, 2012 6:25 AM  

Anwar is happy due to his release. Dont bother him much.

onong January 25, 2012 6:34 PM  

Janji pembangkang memang terang di mulut saja.

noemi January 25, 2012 6:35 PM  

We have to listen to our CM. He knows best.

Ezef January 25, 2012 6:38 PM  

The government holds the power.

unknown January 25, 2012 6:42 PM  

Never been swayed by sweet words and promises.

DorianG January 25, 2012 7:11 PM  

Sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat berani memberikan pilihan kepada rakyat Sabah seperti pemberian 20% royalti minyak, menyelesaikan masalah PATI, isu penjawatan anak Sabah dalam Jabatan kerajaan, isu pemberian otonomi kepada sabah seperti termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963 dan bila Anwar membuat kenyataan akan menghapuskan Pinjaman PTPTN sebaliknya menukarkan kepada biasiswa, yang membawa makna pinjaman sebelum ini akan tidak dibayar, maka ramai anak-anak muda dan ib ub apa yang terlibat berasa gembira dan yakin, Pakatan Rakyat akan mampu merealisasikannya apabila di berikan mandat memerintah Putrajaya nanti.

These are unrealistic promises....

Secrety January 25, 2012 7:11 PM  

Janji pembangkang memang tidak bolah dipercayai, mereka bukan kerajaan. Mereka hanya boleh menunggu GE 13 baru tahu.

antap January 25, 2012 7:13 PM  

memberi janji mmg mudahm, tapi nak menunaikan bukanlah mudah, rakyt jgn mudah terpedaya kena bijak berfikir.

DorianG January 25, 2012 7:13 PM  

only time will tell if there's any truth to these words. Hopefully the people can evaluate themselves the gravity of these words in terms if their feasibility.

antap January 25, 2012 7:14 PM  

Musa Aman selaku KM kita pasti tau bagaimana nak menbangunkan lagi negeri Sabah.

POP January 25, 2012 7:22 PM  

Pembangkang tak ada hak and kuasa sebelum GE 13, jika rakyat memilih mereka, barulah mereka dapat menuntut perjanjian itu.

Ajie January 25, 2012 10:57 PM  

suda namanya itu janji selapas dorg menang pilihan raya...jgn la jadi bodoh sgt org2 sabah..

aku sabahan jugak.. aku rasa we deserved better since we are 1 of the richest states in term of natural resources.

kerajaan ni, kita tunggu la sampai mati pun mungkin ada janji yg xtertunai n itu mmg terjadi..

kita bagi peluang dgn pembangkang dgn undi dorg time PRU 13 nnti.. then kita tgk macamana performance dorg..sekarang ni kita tgk jak negeri2 yg diperintah PR banding dgn BN.. mana yg bagus?

Hinamori January 26, 2012 5:04 AM  

Apa pun tunggu saja PRU13. tu adalah penentu segalanya.

Jason January 26, 2012 8:42 AM  

i think its important for people to not easily trust whatever the gov or the opposition promised.

Jason January 26, 2012 8:43 AM  

I'm sure the people are smart enough by now to evaluate which party is sincere. but then again, we can never tell whether that party is actually sincere.

Jason January 26, 2012 8:45 AM  

neway vote wisely when election comes.

mike January 26, 2012 4:19 PM  

menghapuskan pinjaman PTPTN? memang satu janji yang sangat manis, namun adakah ianya akan dilaksanakan?

mike January 26, 2012 4:20 PM  

BN sabah harus berusaha keras dan menunaikan segala janji yang telah dibuat sebelum ini..

mike January 26, 2012 4:21 PM  

rakyat sabah haruslah bijak memilih yang mana adalah terbaik untuk sabah dan masa depan..

me gusta January 26, 2012 7:02 PM  

Be rational and sensible. Vote wisely!

Karin-nah January 27, 2012 5:43 PM  

Janji pembangkang hanya janji politik semata-mata untuk menyampaikan hajat mereka untuk memegang kerajaan.

Karin-nah January 27, 2012 5:44 PM  

Rakyat sendiri tahu mana yang terbaik untuk mereka. Memang mereka lebih percaya akan janji kerajaan BN kerana sudah terbukti janji walaupun lambat tapi akan terlaksana juga.

Alexis January 27, 2012 6:02 PM  

janji memang semua yang positif dan manis2 saja samada dari kerajaan mahupun pembangkang. cuma yang membezakannya ialah bagaimana mereka akan melaksanakan janji tersebut untuk menjadi suatu kenyataan. lambat atau cepat, yang penting rakyat sentiasa melihat usaha mana2 pihak tersebut untuk merealisasikannya.

Alexis January 27, 2012 6:06 PM  

semuanya terpulang pada pengamatan dan penilaian rakyat sendiri. saya pasti setiap kawasan mempunyai pandangan tersendiri terhadap BN atau PR yang mana semua itu dinilai melalui cara dan hasil kerja wakil rakyat di kawasan mereka. jadi, semua pemimpin dan wakil rakyat, beringatlah bahawa setiap tindakan anda akan mempengaruhi undian penduduk samada untuk undi BN atau PR.

azman January 28, 2012 1:52 AM  

janji-janji yang diberikan harus dinilai dengan sebaiknya oleh setiap rakyat.

azman January 28, 2012 1:53 AM  

janji-janji yang tidak realistik atau tidak munasabah tidak perlulah dipercayai.

azman January 28, 2012 1:53 AM  

kita harus menilai dengan sebaiknya dan memilih yang dirasakan terbaik.

fazlin January 29, 2012 1:15 AM  

memang mudah jika sekadar berjanji tapi sukar melaksanakannya.

fazlin January 29, 2012 1:16 AM  

rakyat nilailah dengan sebaiknya dan pilihlah yang mampu membangunkan rakyat.

No name January 29, 2012 5:26 PM  

Janji mana-mana pihak yang tidak dapat direalisasikan akan mendatangkan kesan di PRU13.

No name January 29, 2012 5:29 PM  

Sejauh mana janji yang tidak dapat ditunaikan boleh pergi. Sekali dua masih boleh jalan, lama kelamaan terbongkar juga.

No name January 29, 2012 5:32 PM  

Rakyat sendiri harus menilai siapakah yang ikhlas untuk membantu dan membawa Sabah ke peringkat yang lebih bermaju?

No name January 29, 2012 5:34 PM  

Ramai Sabah banyak terkena dengan janji yang tidak dapat direalisasikan.

No name January 29, 2012 5:35 PM  

Betul kata Hanamori, biar lambat tetapi sampai juga.

Anak Sabah January 29, 2012 5:50 PM  

Rakyat perlulah pandai membezakan perjanjian kosong dan juga perjuangan benar, jangan mudah terpengaruhi oleh perjanjian mana-mana pihak.

Anak Sabah January 29, 2012 5:51 PM  

Undilah dengan bijak rakyat Sabah bila Pilihanraya ke 13 sudah mendekati.

Anonymous January 29, 2012 8:44 PM  

Harap janji yang dibuat menjadi kenyataan.

Anonymous January 29, 2012 8:47 PM  

Adakah betul PTPTN akan dimansurkan?

Anonymous January 29, 2012 8:49 PM  

Masing-masing membuat janji, entah betul ke boleh menjadi kenyataan.

Anonymous January 29, 2012 8:49 PM  

Masing-masing membuat janji, entah betul ke boleh menjadi kenyataan.

Anonymous January 29, 2012 8:53 PM  

Ini pasti gimik untuk memenangi hati pengundi.

kamilla January 31, 2012 10:18 PM  

Janji pembangkang memang susah untuk di percayai, hanya cakap kosong sahaja.

kamilla January 31, 2012 10:20 PM  

Janji yang di beri oleh kerajaan terhadap rakyat haruslah di tunaikan.

kamilla January 31, 2012 10:22 PM  

Terpulang kepada rakyat untuk mempercyainya atau tidak..semua terletak di tangan rakyat.

rebirth February 1, 2012 4:54 PM  

Pakatan berjaya membentuk kerajaan diempat buah negeri.. gunakan dulu sebaik2nya keempat2 negeri ini untuk membuktikan bahawa Pakatan mampu menunaikan janji2 mereka dengan melaksanakan semua janji2 mereka semasa pru12 di negeri2 tersebut..

Kelapa Mawar

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP