Monday, January 30, 2012



Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI


AHLI PARLIMEN Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata rancangan kerajaan Barisan Nasional untuk menjadikan daerah Kota Belud sebagai pusat agropolitan, membangunkan jelapang padi, memajukan industri pelancongan dan menjadikan daerah itu sebagai pusat sumber minyak dan gas terbaru di negeri ini bukan sahaja mampu mengangkat daerah itu setanding dengan daerah lain yang terdahulu telah maju.

Malah jelas Abdul Rahman, limpahan perancangan pembangunan kerajaan Barisan Nasional itu secara langsung juga berupaya meningkatkan taraf ekonomi pelbagai suku bangsa penduduk yang tinggal di daerah Kota Belud.

Menurutnya, daerah Kota Belud dan penduduk di daerah tersebut akan mengalami perubahan dari segi peningkatan taraf ekonomi bilamana rancangan kerajaan yang bertujuan mensejahterakan kehidupan rakyat secara keseluruhannya menjadi kenyataan sepenuhnya.

“Dengan wujudnya nanti, agropolitan, jelapang padi, terbinanya beberapa buah hotel bertaraf lima bintang yang mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara melancong ke daerah ini, dan juga terlaksananya pusat sumber minyak dan gas terbaru di negeri ini saya yakin sudah pasti dapat membawa penduduk dan daerah ini keluar dari belenggu kemiskinan.”

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pesta Ang Pau sempena sambutan Tahun Baru Cina yang telah di adakan di Dewan OKK Datuk Annuar, dekat sini, baru-baru ini.

Pada majlis yang sama, Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah berkata salah satu perkara yang amat dikagumi dengan masyarakat kaum Tionghua di daerah Kota Belud ialah kemampuan kaum ini untuk bersama-sama dengan masyarakat pelbagai kaum yang lain di daerah ini.

Menurutnya masyarakat Tionghua di daerah ini mampu bergaul, bercakap dalam pelbagai bahasa yang ada di daerah ini, berinteraksi tanpa segan silu, tanpa ada perasaan syak wasangka diantara satu dengan yang lain.

Katanya, di tempat-tempat lain di negara ini, semangat 1 Malaysia yang ditunjukkan oleh masyarakat kaum Tionghua di dearah Kota Belud tidak begitu wujud di tempat-tempat yang lain.

“Saya berada di Kuala Lumpur lebih 22 tahun dan telah tinggal di merata tempat di bandar-bandar besar di negara ini, saya kira hari ini kita berbangga kerana masyarakat Tionghua di daerah ini boleh berbangga dan berdiri tinggi seterusnya menjadikan satu contoh yang terbaik dalam negara kita dalam erti kata ikatan perpaduan di antara masyarakat di daerah ini.” katanya lagi.

Abdul Rahman berkata tanpa pengorbanan dan jasa masyarakat kaum Tionghua, tanpa ada perasaan kasih sayang antara satu dengan yang lain, tanpa ada keinginan untuk menjadi keluarga yang lebih besar dengan bumiputera Islam dan bumiputera bukan Islam di negara ini, masyarakat Tionghua dan Kota Belud ini tidak akan mampu untuk bergerak ke hadapan.

“Inilah kelebihan kita, perpaduan yang harus kita pupuk dalam diri kita, dan saya selaku Ahli Parlimen Kota Belud sejak dari dahulu telah mengistiharkan bahawa saya adalah Ahli Parlimen bukan sahaja untuk orang bajau, orang dusun, orang ubian, orang iranun tetapi juga untuk masyarakat kaum Tionghua yang akan kita pertahankan,” tambahnya lagi.

Sabahkini.

22 ulasan :

Anak Sabah said...

Datuk Rahman Dahlan perlulah mengeluarkan kenyataan pasal pendirian beliau dalam isu Empangan Tambatuon.

Anak Sabah said...

Rakyat perlulah menilai sendiri setiap calon yang bertanding untuk memastikan pemimpin yang terbaik dipilih.

mambangtiora said...

salam semua...lama tak bertandang diblog ni..saya tetap dgn pendirian 1 YB iranun mesti bertanding..tidak...PKR,PAS ada...kah.kah...DRD tidak layak bro...jadi YB KB...teman masih ingat DRD tahun lepas ada pengembaraan jalan-jalan cari makan di Restoran Transit Tuaran salam dgn kitaorang pun dia tidak buat mungkin bini sebelah tu yg tak bagi permit...eeee...hahaha apa hal dengan Musli Oli banyak hentam Najib dan kaum kerabat UMNO..beliau sudah mimpi kah....??...dulu bukan main hentam PKR....tapi walau bagaimanapu saya salut..tabik pada MO kita udah jadi geng...bukan apa...hanya pemikiran yang kritis ja memahami perjuangan PKR....sekarang MO udah faham ...eeee....jangan marah...kita semua adalah refomis untuk negara juga dan rakyat...TAKBIRRRR...

Kris Jr said...

Hanya kerajaan saja yang boleh memikirkan dan pelaksanakan program bantuan sedemikian kreatif untuk rakyat. tidak seperti pembangkang yang hanya pandai brcakap dan mengelirukan rakyat.

Nemia said...

You know what? Development is far better than pointing fingers on the MP/Assemblymen

Anonymous said...

kita inginkan pemimpin yang dpt mewakili semua kaum.

Anonymous said...

rakyat pasti tau memilih mana calon yang terbaik untuk mereka.

Paquin said...

Betul tu Anak Sabah. Selagi Rahman tak nyatakan pendiriannya terhadap empangan tu selagi itulah namanya akan terus popular dengan pelbagai andaian nakal:P

Paquin said...

Tapi biarpun si Rahman ni tak nyatakan pendiriannya, saya tetap harap isu empangan ini dapat diselesaikan segera.

Paquin said...

Biasalah Kris Jr... Mungkin pembangkang fikir dengan kepandaian mereka bercakap, sudah cukup utk pikat hati rakyat kali. hehhee

Paquin said...

So kita sebagai rakyat kenalah bijak membuat penilaian dan pastikan kita tidak tersilap nilai.

Paquin said...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Saya yakin masa akan menjawab segalanya.

unknown said...

The people know better.

onong said...

Tunggu dan lihat apa kata Rahman.

Ezef said...

I think we should just sit back and see what will happen in the future.

Anonymous said...

rasanya adakah Rahman Dahlan akan terpilih sebagai winnable candidate?sebelum ni pun ramai yang tidak berpuas hati dengan beliau. ada yang kata tidak dapat selesaikan isu2 yang terjadi di kawasan beliau, dan juga yang kata beliau sepatutnya bukan berkhidmat di KB tetapi sebaliknya di daerahnya sendiri, Tuaran.

Anonymous said...

Action speaks louder than words. Period.

Sanih Alias said...

Semua pemimpin yang ada di Sabah bukannya pemimpin yang tertumpu kepada satu kaum semata-mata, namun mereka adalah untuk semua kaum yang ada di Sabah.

zam said...

tanggungjawab setiap pemimipin sememangnya untuk berkhidmat terhadap semua rakyat di kawasan yang diwakilinya.

zam said...

pemimpin yang mampu menjalankan tugus dengan baik pasti akan terus mendapat sokongan daripada rakyat.

zam said...

harap DARD akan terus berusaha untuk berkhidmat dengan sebaiknya kepada rakyat.

Anonymous said...

setiap daerah sememangnya memerlukan pembangunan ekonomi. namun pembangunan yang hendak dibawa itu perlulah tidak menjejaskan kepentingan penduduk didaerah itu.. kerajaan perlu bijak merancang dalam membangunkan negeri ini..