Sunday, January 29, 2012



Beberapa kali Majlis Daerah kota Belud, dicemuh, dipertikai dan dibantah ekoran tindakan Pihak Berkuasa Tempatan itu yang tidak mempedulikan keluhan dan harapan rakyat terutama dalam menjalankan tugas dengan telus dan jujur tetapi ia tidak pernah diambil kira,bahkan Majlis Daerah Kota Belud yang dikuasai oleh pemimpin politik tertentu di daerah ini makin lembab dan pegawai-pegawainya 'tidur' terhadap masalah yang menimpa daerah koboi itu.

Selain daripada masalah lembu yang masih bekeliaran di Pekan itu, masalah tempat parking yang kurang,juga masalah pembuangan sampah yang tidak teratur ,Majlis daerah juga menutup mata terhadap penguatkuasaan undang-undang kecil mengenai penjualan barang dagangan di luar premis perniagaan. Tinjauan yang dibuat mendapati beberapa kedai runcit dan barangan elektirk seperti kedai Gui Brothers dan Yick Ming masih berbuat demikian.

keindahan Masjid Pekan Kota Belud, Sabah yang terletak di atas bukit sedikit tercelar akibat kewujudan pelbagai iklan yang terpancak di kaki bukit itu.Pemasangan iklan yang tidak teratur dan bertindih-tindih menggambarkan pihak berkuasa tempatan daerah itu tidak peka terhadap peraturan pemasangan iklan.
Sama ada iklan-iklan itu berbayar atau gratis ianya perlu dibina dengan betul dan teratur supaya tidak menghalangi di antara satu dengan yang lain.

Iklan yang beraneka saiz dan warna boleh memainkan peranan menjana keindahan bukan sahaja kepada masjid itu tetapi juga keseluruhan Pekan Kota Belud untuk mengamit pelancong dari dalam dan luar negara. Oleh itu, pihak berkuasa tempatan di daerah berkenaan masih belum terlambat untuk membetulkan kelemahan tersebut.

11 ulasan :

Anak Sabah said...

MDKB perlulah melaksanakan tugas mereka dengan baik dan telus kerana ini adalah tanggungjawab mereka untuk memastikan bahawa berbandaran KB diurus dengan baik.

Anak Sabah said...

Pemasangan iklan perlulah dilakukan secara teratur supaya tidak kelihatan serabut. Binalah papan iklan yang sesuai untuk meletakkan iklan daripada memasangkannya merata-rata tempat.

Hinamori said...

Yang 'tidur' patut kena kasi report. biar kena buang kerja.

Kris Jr said...

Banyak2 iklan pun bikin semak saja. pihak berkenaan harus sentiasa memastikan iklan2 tu tidak menyakitkan mata yang memandang.

Anonymous said...

MDKB perlu jalankan tanggungjawab mereka dgn baik. jadikan KB derah yang cantik dan menarik.

Anonymous said...

KB mmg mempunyai masalah lembu berkeliaran yang teruk, siap tidur2 lagi lembu tersebut di tengah jalan. hal ini perlu diselesaikan.

Anonymous said...

Pekan KB memang selalu sesak walaupun hari2 biasa apalagi hujung minggu dan cuti umum. rasanya jalan kena diperluaskan lagi di sana sebab sempit sangat terutama yang dekat dengan pasar malam tu.

Anonymous said...

tak pernah pun nampak MDKB jalankan kerja pembersihan di KB. harap mereka akan sensitif dengan perkara2 yang sudah dihighlight lepas ni.

Anonymous said...

Kalau masih tidur, bangunkan. Kalau tidak mahu bangun, ganti dengan mereka yang boleh buat kerja.

Sanih Alias said...

Ini semua ada teguran daripada sesetengah pihak. Maka Majlis Daerah KB perlu memperbaiki kelemahan ini.

Anonymous said...

kalau orang awam sudah buat aduan, selesaikan la masalah yang diajukan itu.. tidak salah jika KB memiliki pekan yang cantik, kemas dan bersih..