Monday, January 23, 2012

LAGI AHLI UMNO KELUAR PARTI DI TUARAN SABAH




Berita terbaru dari negeri di bawah bayu yang semakin hangat dengan kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat diserikan lagi dengan kemasukan lebih 150 orang bekas ahli Umno-APCO di Tuaran, Sabah.

Borang kemasukan mereka diterima sendiri oleh Anwar di hadapan ribuan rakyat yang berpusu-pusu untuk mendengar ceramah dan sesi soal jawab di pekan itu yang turut dihadiri bekas calon PKR bagi Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah. 

Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menyatakan rasa syukur dan berterima kasih di atas penerimaan dan sambutan hangat yang diberikan masyarakat Sabah sekaligus membuktikan bahawa Umno-APCO kini sudah tidak boleh mengharapkan lagi Sabah menjadi deposit tetap Barisan Najis selain Sarawak. 

Ini kerana tegas Anwar ia adalah satu bentuk penghinaan kerana rata-rata rakyat Sabah yang dahagakan pembelaan dan pembangunan semacam dipinggirkan oleh Ketua Menteri Musa Aman dan Najib Altantuya yang menguasai kerajaan persekutuan. 

Semenjak Sabah merdeka dan menyertai Malaysia pada 1963, beliau tidak pernah melihat betapa rakyat Sabah semakin lama semakin miskin sedangkan pemimpin negeri sibuk memperkayakan keluarga dan kroni dengan pengurniaan konsesi balak dan rasuah yang semakin tidak terkawal. 

Anwar berjanji sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Putrajaya, Sabah akan berkongsi nikmat kekayaan yang sepatutnya dimiliki serta tuntutan 20 Perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 akan dilaksanakan, selain berusaha menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin yang kini mencecah lebih 500 ribu orang. 

Turut hadir di majlis penyerahan tersebut, Pengerusi PKR negeri, Ahmad Thamrin Jaini, Christina Liew, Halik Zaman, pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat negeri dan Jeffrey Kitingan selaku presiden STAR yang baru ditubuhkan.

39 ulasan:

Bicara Hani Keningau January 24, 2012 1:11 AM  

Salam KM Isu PATI ini sampai bila pun tidak akan selesai, ini masalah global dari dahulu sampai kini , hatta Anuar Ibrahim sekalipun yang jadi PM, tidak akan selesai..mereka sudah berakar umbi dalam negara ini, jika kerajaan bersungguh-sungguh membentras masalah ini kenapa tidak dilakukan sejak dari dulu..sejak mereka belum berakar tunjang lagi.. sebahagian mereka ini telahpun mendapat ic, warga pakistan dan warga lain turut mendapat kerakyatan dalam masa yang singkat..orang-orang kita juga menyumbang mereka ini dengan mudah mendapat ic, jadi cubalah fikir mana mungkin dapat di bentras..sesuatu yang MUSTAHIL...

Kris Jr January 25, 2012 1:14 AM  

Penentuan pada PRU13, kunci sekarang ditangan rakyat.

Hinamori January 25, 2012 1:17 AM  

Ada Anwar menyatakan bagaimana cara menyelesai masalah PATI yang ada di Sabah. yang menjadi isu kritikal. Ka dia sendiri ada bahagian penyumbang2 PATI yang berlaku dahulu kala

DorianG January 25, 2012 6:56 PM  

Surely these people who left UMNO have their own agendas which lead to their defection to PKR.

DorianG January 25, 2012 6:58 PM  

The matters that have being raise by DSAI are monumental. Merely rhetoric to garner voters' confidence?

antap January 25, 2012 7:23 PM  

keluar masuk parti adalah perkara biasa dalam politik, sebenarnya ramai jg ahli pembangkang yang sertai UMNO.

antap January 25, 2012 7:24 PM  

apapun, itu semua adalah keputusan mereka, kita tak boleh menghalangnya.

Jason January 26, 2012 2:24 AM  

Nothing new knowing that umno members quit to join the opposition party.

Jason January 26, 2012 2:36 AM  

Even the opposition party members oso quit to join UMNO/BN before.

Hinamori January 26, 2012 4:53 AM  

Dekat2 PRU ni memang ramai yang menjadi katak.

Jason January 26, 2012 6:41 AM  

i think there is going to be more frogs switching party..

mike January 26, 2012 4:34 PM  

pasal apa 150 orang itu keluar dari UMNO? tidak dapat projek kah?

mike January 26, 2012 4:34 PM  

namun adakah PKR berpeluang menang di sabah?

mike January 26, 2012 4:35 PM  

wakil SAPP tidak hadir...wakil Star ada hadir..adakah ini bermakna SAPP tidak akan bekerjasama dengan PKR?

me gusta January 26, 2012 7:09 PM  

Masalah PATI tidak akan selesai tapi bukan alasan untuk tidak mencari jalan kaedah bagaimana untuk mengawal atau mengurangkan jumlah mereka di Sabah. Jika dari dulu tindakan tegas diambil, masalah PATI mungkin tidaklah seteruk sekarang.

me gusta January 26, 2012 7:14 PM  

Bilangan ahli bukan penentu kepada kemenangan dalam sesebuah p/raya. Luaran kata lain, dalam kata lain.

Karin-nah January 27, 2012 5:54 PM  

Pilihan adalah ditangani mereka untuk menyertai mana-mana parti yang ada di Sabah. tidak ada larangan untuk semua itu.

Karin-nah January 27, 2012 5:56 PM  

Benar..Walaupun ahli ramai namun sokongan penduduk tepat kepada kerajaan rasanya tidak akan mengugat sokongan kepada kerajaan pun.

Alexis January 27, 2012 6:26 PM  

kalau sudah keluar parti tu, jangan pla lepas ni ada suara2 yang mula memburuk-burukkan parti lama mereka. inilah yang sering berlaku bila ada yang melompat parti.

Alexis January 27, 2012 6:28 PM  

pasti akan berlaku perubahan yang besar di daerah Tuaran ni bila tiba PRU.

azman January 28, 2012 2:14 AM  

setiap orang ada pilihan masing-masing. terserah untuk memilih parti mana yang disukai.

azman January 28, 2012 2:15 AM  

mana-mana parti pun akan ada ahli yang keluar dan ada yang masuk. itu biasa dalam politik.

azman January 28, 2012 2:18 AM  

yang penting sekarang, semua harus fokus dan menjalankan tanggungjawab kepada rakyat dengan sebaiknya.

fazlin January 29, 2012 1:26 AM  

keluar masuk parti biasa dalam politik

fazlin January 29, 2012 1:27 AM  

usaha berterusan untuk membangunkan rakyat perlu terus dibuat.

No name January 29, 2012 6:03 PM  

Siapak antaranya? Pasti ada offer yang lebih baik.

No name January 29, 2012 6:05 PM  

Budaya lompat parti ini memang satu kebiasaan.

No name January 29, 2012 6:06 PM  

Ini pasti menjejaskan imej BN. Semoga perjuangan masih diteruskan walau berada di parti yang lain.

No name January 29, 2012 6:07 PM  

150 yang terkeluar, pasti ada agenda yang tidak diketahui.

No name January 29, 2012 6:10 PM  

Yang keluar pasti ada yang masuk juga. Yang penting, kepentingan rakyat harus dipelihara.

Anonymous January 29, 2012 9:02 PM  

Pasti ada ketidak puas hati terhadap UMNO, jika tidak kenapa nak keluar?

Anonymous January 29, 2012 9:04 PM  

Serba sedikit akan membawa kesan negatif kepada BN.

Anonymous January 29, 2012 9:06 PM  

Ini memang satu musim melompat parti, tiada apa yang mengejutkan.

Anonymous January 29, 2012 9:06 PM  

BN masih kuat walau ada juga yang melompat parti.

Anonymous January 29, 2012 9:08 PM  

Masalah PATI tidak harus bermula sebenarnya. Kini, kesemua ini memerlukan tenaga dan duit untuk meneylesaikannya.

kamilla January 31, 2012 4:16 AM  

Anuar Ibrahim jadi PM pun belum tahu masalah PATI dapat diselesaikan.

kamilla January 31, 2012 4:19 AM  

Suka lompat parti, lepasni balik lagi pigi BN..

rebirth February 1, 2012 5:15 PM  

ketika Anwar masih bersama dengan parti pemerintah, pernahkah beliau membangkitkan masalah2 yang dihadapi oleh rakyat Sabah?? masalah2 yang berlaku di Sabah hari ini bukanlah sesuatu yang baru, malah ada pihak yang mendakwa bahawa Anwar juga terlibat dengan projek IC ketika beliau masih memegang jawatan menteri kewangan..

rebirth February 1, 2012 5:16 PM  

apa2pun syabas kepada Anwar kerana walaupun kita telah menyaksikan pertambahan jumlah parti pembangkang di Sabah, Anwar masih mampu menarik sokongan rakyat Sabah..

Kelapa Mawar

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP