Pemimpin-pemimpin politik Kerajaan BN dan UMNO di sarankan supaya jangan terlalu memandang rendah keupayaan dan kekuatan Pembangkang terutama PKR dan PAS untuk merebut beberapa kawasan pada PRU akan datang di daerah Kota Belud. Pemimpin politik ini terus-terusan dibuai mimpi semalam sehinggakan membiarkan pelbagai isu yang melibatkan kepentingan masyarakat sejagat melingkari kepemimpinan mereka. Isu besar yang berlegar-legar di segenap detik hati masyarakat Kota Belud ini akan menjadi barah tahap 4 yang tidak boleh disembuhkan lagi menjelang PRU 13. Ada pemimpin yang bukan sahaja membiarkan masalah itu berakar umbi tetapi juga menunjukkan sikap tidak ambil peduli.
Sokongan rakyat yang menyaksikan penuruan secara mendadak pada PRU 12 yang lepas tidak pernah menjadi pengajaran berguna buat mereka. Keupayaan calon PKR contohnya meraih lebih 4000 undi di kawasan parlimen Kota Belud seharusnya mengusarkan para pemimpin ini. Tanggapan bahawa di Kota Belud inspirasi perubahantidak akan berlaku dan "kepala Raja" akan menjadi penentu undi sudah lagi boleh dipakai. Kalau dulu,letaklah calon siapa pasti menang asalkan calon dari parti BN atau UMNO sudah ketinggalan.Beberapa tanda perubahan dan daya sensitiviti rakyat di Kota Belud menunjukkan bahawa ada kesediaan untuk berubah dan mengenapikan pemimpin yang tidak berbuat apa-apa.
Beberapa isu seperti empangan Tambatuon, rampasan Tanah di Taburan,rampasan tanah di Kg Rampayan , isu kelewatan pembinaan Sk Tamau, isu pampasan jalan raya Bypass Kota Belud-Kudat adalah isu-isu besar yang 'terbiar' dan tidak ada jalan kesudahannya. Para pemimpin ini merasakan,bahawa hanya segelintir masyarakat Kota Belud yang peka kepada isu ini, dan hanya melibatkan masyarakat yang terlibat sahaja, sedangkan mereka lupa isu ini akan menjadi modal besar kepada pembangkang terutama PKR yang dilihat lebih dekat dengan aspirasi rakyat di daerah Kota Belud.
49 ulasan :
Isu besar,seperti Tanah rampasan warisan masyarakat Iranun Kampung Rampayan, Isu Empangan Tambatuon, dan keterbengkalaian SK Tamau adalah makanan besar buat pihak pembangkang.
Jika sukar ditangani oleh wakil rakyat termasuk wakil parlimen, dan manakala Ketua Bahagian KBelud UMNO tidak campurtangan tentang isu isu yg diperkatakan dalam waktu segera. Petanda malang kepada BN, kerana para penyokong akan berpindah sokongan.
Perjumpaan PKR di Kg Tamau baru baru ini, sudah dapat memulakan bibit bibit sokongan masyarakat di situ kepada pihak PKR.
Sdr musli ketua rombongan, sudah kenampakan gigi taringnya, yang mengungkit makna telah mendapat sokongan dari masyarakat Iranun di pusat daerah mengundi SK Tamau.
Jika tiada alternatif penyelesaian,ada kebarangkalian, calon BN bakal tersungkur kalah, di tangan sdr Musli Oli.
Memang betul Kerajaan kita tidak wajar memandang rendah terhadap keupayaan parti-parti yang bertanding bila PRU-13. Berusahalah untuk mengekalkan undian dan sokongan rakyat jika mahu teruskan memimpin di Sabah.
Nasihat untuk semua parti; Jangan terlalu yakin dulu, keputusan belum diketahui selagi PRU-13 belum dijalankan. Keputusan terakhir dalam tangan rakyat.
PRU13 bakal menyaksikan pertandingan yang sengit (jika 1 vs 1). Senario politik mungkin berubah. Bila sudah terlalu lama selesa dengan kuasa yang dipegang selama ini, BN kadang2 menjadi alpa. Jadi untuk PRU13 yang akan datang ini, BN kena lipat gandakan usaha mereka. Pembangkang pula kena ada strategi dan kerjasama yang kuat di kalangan mereka.
Pembangkang akan sentiasa mencari ruang untuk jatuhkan BN. Jadi BN perlu lebih bijak dalam menangani apa saja isu yang timbul. Kita tidak jangka apa yang akan berlaku pada PRU13. Memang patut BN tidak pandang rendah dengan keupayaan pembangkang.
isu-isu panas seperti empangan Tambatuon, rampasan Tanah di Taburan, rampasan tanah di Kg Rampayan, isu kelewatan pembinaan Sk Tamau dan isu pampasan jalan raya Bypass Kota Belud-Kudat tidak harus dibiar begitu sahaja
isu-isu seperti ini harus ada tindakan segera dilakukan oleh pihak kerajaan/wakil rakyat KB jika ingin terus disokong oleh penduduk tempatan
ya betul, pihak kerajaan tidak seharusnya pandang rendah dengan keupayaan pihak penmbangkang di KB
dan wakil-wakil rakyat di Kota Belut tidak seharusnya ambil ringan terhadap masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh penduduk tempatan
kita tak boleh pandang rendah pada lawan. kena usaha juga untuk menang.
Never underestimate your opponent regardless what you think. Its best to keep your opinion to your own.
instead of looking down at your opponent, its best to come up with a strategy to win.
Neway, i wish all parties the best.. May the best man win!
jangan pandang rendah dengan mana-mana pihak pun. masing-masing mahukan kemenanga dalam PRU nanti.
yang penting usaha gigih perlu dibuat untuk mendekati rakyat dan menyelesaikan setiap isu yang berlaku.
siapa yang mampu memenangi hati rakyat maka dialah yang akan menang.
keupayaan pembangkang tidak harus dipandang rendah..
pucuk pimpinan BN haruslah memilih calon yang boleh menang..dan mana2 wakil rakyat yang kini sudah tidak disukai, harus digugurkan dari percalonan.
ditambah lagi isu2 besar yang belum diselesaikan dan janji2 manis pada pru12 yang belum ditunaikan, pasti akan menjadi bebanan kepada BN..BN harus mengatur strategi boleh menang..
namun jika tiada sepakatan di antara pembangkang di sabah, kemungkinan BN akan menang mudah pada pru13 disebabkan oleh perpecahan undi..namunianya tidak bermakna BN boleh bersenang-lenang...gelaran fix deposit harus dikikiskan..
apa2 pun, yang akan menentukannya adalah rakyat...maka BN harus berusaha keras untuk mendapatkan sokongan rakyat..
Masalah yang ada di KB adalah masalah2 besar dan harus diselesaikan. Pihak pembangkang akan menggunakan isu2 tu untuk menarik undi dari penduduk KB.
Itu sudah semestinya akan dinilai oleh penduduk sendiri. Perjuangan pemimpin itu yang akan rakyat lihat. Adakah mereka ini benar-benar berjuang atau hanya kerana inginkan kerusi tersebut.
Pembangkang ada perancangan mereka untuk memastikan kerajaan dapat ditewaskan. Maka kerajaan perlu membuktikan kepada penduduk bahawa mereka masih relevan untuk mereka.
Tidak juga kuat mana pun pembangkang kalau kita lihat. Tapi jika semua pembangkang bersatu maka ini yang menyebabkan mereka benar-benar boleh memenangani kerusi di Kota Belud. Apa pun kepada Kerajaan BN supaya jangan mudah mengalah dengan parti pembangkang, teruskan berjaung untuk yang terbaik.
Semoga BN akan dapat mempertahankan kerusi di Sabah dan merampas kembali kerusi satu Parlimen daripada DAP.
Tak perlu pandang rendah pihak lain. Jaga tepi kain pihak sendiri dan fokuslah pada apa yang patut dilakukan.
Semua pihak juga harus berusaha menambat hati rakyat dan asyik merendahkan pihak lain hanya akan mengundang rasa muak rakyat.
Wakil-wakil rakyat pula harus menitikberatkan masalah2 yang diutarakan. Jangan ambil ringan keluhan rakyat.
Memandangkan PRU bakal menjelma bila2 masa, harap semua pihak sentiasa bersedia dan bersainglah dengan cara adil.
Apapun, terpulang pada rakyat utk membuat penilaian dan keputusan nanti.
PRU akan tiba tidak lama lagi..jadi semua harus bersedia..
PRU kali ini akan lebih sengit dengan kehadiran banyak Parti baru..harap BN bersedia.
Harap wakil BN yang di pilih adalah antara yg terbaik dan tau menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.
BN mungkin berasa tdk perlu turun padang untuk jumpa rakyat.Pada hemat BN tdk perlu ada penyelesaian tentang isu isu rakyat di KBelud masa kini.Kerana pru ke-13, dijangka hujung tahun 2012.
Jika demikian rupa,ada kebarangkalian calon BN menghadapi saingan sengit, dalam pru ke-13.
Dan sekali lagi pembangkang bakal tersenyum lebar.Pintu gerbang hati rakyat terbuka luas untuk pemimpin pembangkang.
Jika silap langkah calon BN, maka calon pembangkang di dua DUN, Usukan serta Tempasuk bakal ditawan.Manakala Kawasan Parlimen KBelud tetap dalam genggaman pembangkang, jika calon tersebut masih juga gunakan qouta import.
Memang kerja pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan..Oleh itu, wakil rakyat perlu sentiasa turun padang bagi mendengar suara rakyat.
Kerajaan juga jangan ambil mudah dan pandang rendah dengan pembangkang..perlu berusaha agar undi rakyat masih dengan Bn.
Belum tentu undi rakyat dgn BN.
Undi masyarakat kg Rampayan tetap
untuk PKR. Jika tiada penyelesaian
tentang tanah warisan yg dirampas oleh BN.
Bangunan SK Tamau yg sekian lama
tertangguh, belum ada langkah penyelesaian yg positif. Undi org
di situ tetap pembangkang.
Isu Empangan Tambatoun, masyarakat
dusun tetap undi pkr. Begitu juga masyarakat cina KBelud, undi tetap pembangkang. BN hanya dapat undi 40%. 50% untuk pembangkang dan 10% pemerhati. Undi atas pagar. Mereka ini kebanyakan tunggu dan lihat perkembangan semasa.
BN terpaksa berhempas pulas.
Jika tidak,calon BN terkandas.
Kelak nanti kawasan dirampas,
Semua DUN dan parlimen panas.
jangan juga pandang rendah dengan kemampuan BN di Kota Belud hanya kerana pembangkang mempunyai isu2 un tuk dimainkan seperti empangan Tambatuon, rampasan Tanah di Taburan,rampasan tanah di Kg Rampayan , isu kelewatan pembinaan Sk Tamau, isu pampasan jalan raya Bypass Kota Belud-Kudat dan sebagainya..
Keyakinan harus ada tetapi jangan terlalu berkeyakinan sebab semua pihak dan parti mempunyai peluang yang sama dan adil.
Apakah perkembangan isu-isu di KB ini? Adakah tindakan diambil?
pembangkang masa kini berbeza dari dahulu, ini juga peluang yang dibuka oleh rakyat kepada parti pembangkang juga.
Jangan pandang rendah, semua pun ada peluang untuk menang. harus juga pihak kerajaan menerus usaha dan membaiki kelemahan masing-masing.
Semoga yang terbaik akan dipilih.
Semua ada peluang.
Strategi harus ada supaya boleh mencapai kemenangan. Agihan kerusi harus dibuat dengan adil dan bersih.
Pasti satu saingan hebat antara Bn & pembangkang.
Pembangkang semakin maju dan terbukti kebolehannya. Tidak hairan jika tsunami politik berlaku.
Isu KB harus ditanggani, pasti ini menjadi punca utama kekalahan.
Post a Comment