Mahkamah Tinggi di sini membuat keputusan tidak bersalah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan di sini pagi ini.
Hakim mahkamah, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan barisan pembelaan, mahkamah tidak dapat menjamin seratus peratus intergriti bekas DNA yang digunakan di dalam kes.
Menurutnya lagi, mahkamah juga tidak boleh sabitkan kesalahan tertuduh dengan bergantung kepada keterangan saksi pertama pendakwaan sahaja.
“Justeru, mahkamah memutuskan tertuduh tidak bersalah,” sebelum terus bangun dan meninggalkan kamar mahkamah.
Anwar, 63, sebelum ini diarahkan membela diri atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari Azlan, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Seta Kasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Pihak pendakwaraya berjaya membuktikan kewujudan DNA Lelaki Y dari sumber air mani di dalam salur rektum Saiful menerusi dua pakar Jabatan Kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon.
DNA Lelaki Y didapati sepadan dan disahkan sebagai milik Anwar oleh kedua-dua pakar setelah merujuk kepada sampel DNA Anwar yang diambil melalui berus gigi, sehelai tuala “Good Morning” dan sebotol bekas air mineral ketika Ketua Umum PKR itu ditahan di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008.
Hakim Zabidin memutuskan Anwar untuk membela diri berhubung kes pada 16 Mei tahun lalu setelah mendapati tiada sebab padanya untuk menolak segala bukti dan keterangan saksi yang dikemukakan barisan pendakwaraya.
15 ulasan :
Thankfully our judiciary system has not been compromised.
Hopefully those who are still part of this system will continue to uphold the integrity and will execute their duties unbiased.
Akhirnya kes ini selesai dan Anwar bebas daripada dakwaan kes liwat.
Diharapkan kehakiman negara kita akan teruskan usaha untuk menegak keadilan untuk mereka yang tidak bersalah.
semoga kes seperti ini tidak lagi melanda negara. banyak lagi isu rakyat yang perlu diberi perhatian utama.
keptusan dah ditentukn. Anwar bebas, isu ini tak perlu lagi dibangkitkan.
keputusan sudah pun diketahui dan semua perlu menghormati keputusan tersebut.
Nampaknya keputusan telah memihak kepada Anwar. Apa pun tahniah kepada Anwar kerana terlepas dari tuduhan tersebut.
Mahkamah tetap memberikan keadilan kepada mereka yang tidak bersalah. Harap tidak akan ada pihak lagi yang mengatakan bahawa mahkamah dikuasai oleh kerajaan BN.
ini menunjukkan imej sistem kahakiman negara adalah adil dan baik.
Saiful Bukhari dikatakan akan membuat rayuan berkenaan keputusan mahkamah ini. Nampaknya episod baru akan muncul baru lagi.
Bosanlah balik2 kes Anwar. Saiful patut terima saja keputusan. Kebenaran akan muncul juga kalau sudah diatkdirkan.
mahkamah telah mengadili kes ni seadil-adilnya. Harap ni dapat membuktikan kerajaan tidak masuk campur dalam kehakiman negara.
kemungkinan, kes ni belum selesai lagi. dengar2 si Saiful buat rayuan. ada kesinambungan lagi la ni..
media patut menemuramah Saiful atas pembebasan Anwar ini.. saya yakin Saiful tidak akan berdiam diri kerana pembebasan ini menggambarkan seolah2 beliau yang bersalah dalam hal ini..
Post a Comment