- Jentera kerajaaan yang ada tak sempat buat persediaan disebabkan cuti berpanjangan dari cuti sekolah sehingga cuti tahun baru cina. Sebahagian besar daripada jentara pilihanraya kerajaan terdiri daripada para pegawai kerajaan yang masih dalam mood bercuti.
- Masalah dalam UMNO masih berserabut. Najib umumkan mahu 'calon winnable'. Maknanya ramai golongan veteran termasuk Pak Lah terpaksa lepaskan kerusi merekakepada yang lebih muda dan lebih digemari oleh penyokong. Kononnya nak buat transformasi. Tapi masalahnya majoriti kumpulan veteren ni tidak mahu lepaskan kerusi mereka. Masalah ini tidak dapat di selesaikan dalam masa terdekat.
- Sebahagian daripada pemegang jawatan Menteri Besar juga mahu disingkirkan oleh kumpulan Najib tetapi terdapat banyak halangan yang perlu diselesaikan sebelum PRU-13 yang nampaknya sukar dalam masa terdekat ini.
- Isu panas rasuah, kronisme, nepotisme dan lain-lain yang buat Najib atau BN atau lebih tepat lagi Umno masih tak berkesudahan. Contohnya isu Lembu Shahrizat masih berkeliaran makan rumput serta anak pokok orang kampung. Orang UMNO sendiri dah naik lemas dengan skandal macam tu. Selagi isu ni tak selesai kalau Najib bubarkan parlimen alamat dia sengaja cari mampuih. Mana nak sempat bersih semua tu sebelum March. Najib perlu tunggu sehingga isu ini reda untuk mendapatkan momentum yang baik.
- Sabah dan Sarawak yang jadi simpanan tetap kemenangan BN banyak hadapi masalah. Umno tak dapat selesaikan semua masalah tersebut sebelum March ni. Kalau mereka tak ambil perhatian dengan Sabah dan Sarawak, alamat Putrajaya bakal dikuasai oleh PR.
- Pakatan Rakyat semakin lama semakin kuat dan berada dalam keadaan yang paling kuat sepanjang sejarah Pakatan Rakyat. Ramai kumpulan bermasalah telah dibuang atau lari keluar parti. Yang terakhir adalah Hasan Ali baru-baru ini. Tak ada lagi yang boleh menghalang PR untuk maju ke depan sekarang ini, ini menakutkan BN.
- Datuk Seri Najib perlu menunggu ratingnya naik lebih baik sedikit sebagaimana mula dia mengambil kuasa iaitu 72%. Ratingnya yang agak buruk sekarang ada kemungkinan akan naik semula dengan beberapa perubahan dan janji manis yang telah dilakukannya dan ia akan hanya naik selepas suku kedua tahun ini bukan dalam masa terdekat.
- Penyenaraian Felda pada April 2012 ini dijangkan dapat memberikan faedah kepada lebih 10,000 para peneroka Felda yang merupakan harapan kuat Datuk Seri Najib. Kesannya hanya akan ada selepas April jadi tak mungkin PRU13 akan di adakan sebelum itu.
- Beberapa perubahan pembaikan yang dijanjikan Najib seperti pembaikan sistem pilihanraya serta akta keselamatan masih dalam proses untuk dilaksanakan. AUKU juga masih dalam proses perbincangan. Ini perlu dikemaskinikan dulu bagi menaikkan rating kerajaan yang ada sekarang dan tidak mungkin semua ini mampu dilaksanakan sebelum Mac 2012.
- Kerajaan yang ada sekarang sudah tentu mahukan Parlimen serta dewan uindangan negeri dibubarkan serentak di seluruh negara. Dengan melewatkan PRU-13 boleh membuatkan semua negeri yang dikuasai PR akan menurut sama. Jika diadakan pada Mac ini berkemungkinan negeri PR tidak akan turut serta bubarkan DUN.
- Banyak projek yang mempunyai impak tinggi pada rakyat seperti MRT dan lain-lain hanya akan berjalan selepas suku kedua tahun ini. Kerajaan BN perlu tunggu semua ini berjalan lancar untuk menaikkan ratig mereka di mata rakyat.
Kerajaan PH dan helikopter RM16.54 BILION
-
Kerajaan Madani telah menganugerahkan kontrak bernilai RM16.54 bilion untuk
pajakan 28 helikopter jenis Leonardo AW149 bagi tempoh 15 tahun.
Walaupun d...
5 hours ago
12 ulasan :
BN yang memerintah,kuasanya untuk menentukan tarikh pru ke-13.
Rakyat beri mandat 5 tahun sebagai pemerintah.Kerajaan BN perlu memerintah sehingga tempoh 5 tahun.
Segelintir pendapat sahaja mahukan piliranraya diawalkkan.
Kerajaan BN tidak perlu ikut telunjuk mana mana desakan. Apa yang penting Kerajaan BN tunaikan janji janji kepada rakyat secara total.
Dengan demikian, majoriti dua pertiga mudah diperolehi semasa pru ke-13.
Tidak kira bila tarikh PRU-13 akan diadakan, rakyat dan calon wajar bersiap sedia menghadapinya. Kita tunggulah pengumuman daripada kerajaan.
Tahun ini PRU-13 pasti akan dilaksanakan kerana Kerajaan kita sudah hampir memenuhi satu penggal.
PRU tak perlu nak kelam kabut diadakan, lagipun tempoh 5 tahun belum tamat.
kena pastikan benar2 bersedia sebelum PRU diadakan.
Tunggu saja la pengumuman yang pasti tahun ni juga PRU13.
Agak logik juga la 11 dalil tu. Tapi kerajaan yang akan menentukan PRU13.
pelbagai tarikh telah diramal namun sehingga sekarang tarikh tersebut tidak betul. Ini lagi 11 dalil yang entah-entah apa yang merepek.
Kita tunggu saja PM sendiri yang mengumumkan bila PRU akan diadakan. Tidak perlulah percaya dengan ramalan-ramalan yang dibuat.
Yang penting PRU13 dibuat sebelum tamatnya tempoh 5 tahun.
point nombor 6 tu betul ka Pakatan Rakyat semakin kuat?? sepatutnya semakin banyak parti pembangkang, semakin lemah la pembangkang..
kalau pun minggu depan tarikh pilihanraya, kalau BN ditakdirkan menang, mereka tetap juga akan menang walaupun pembangkang semakin kuat atau banyak projek terbengkalai dan sebagainya..
Post a Comment