Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat. Ia difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang tadi sekaligus mengakhiri teka-teki mengenai kesudahan sebenar kes liwat paling 'panas' dalam sejarah politik dan kehakiman di negara ini.
Buat waktu terdekat ini tidak ada kenyataan rasmi dari Datuk seri Anwar Ibrahim mengenai tindakan peguam negara memfailkan rayuan itu tetapi dalam blog rasmi Saiful Bukhari menyatakan rasa terima kasihnya kepada Peguam negara.
Saya bersyukur kehadirat Allah SWT dan menerima baik keputusan Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara didalam memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan pada petang tadi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang lepas.
Saya dan keluarga saya juga ingin menyatakan disini bahawa dengan pemfailan Notis Rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat Mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang adalah terlaksana.
Saya dan keluarga juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan kepada saya agar hak saya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah Rayuan terlaksana.
Saya akan terus berdoa, istiqamah, sabar
Kepada Allah saya berserah.
SAIFUL BUKHARI AZLAN
20hb Januari 2012.
Namun peguam Datuk seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan peguam negara itu sebagai satu penganiyaan politik kepada anak guamnya :
Namun peguam Datuk seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan peguam negara itu sebagai satu penganiyaan politik kepada anak guamnya :
KUALA LUMPUR 20 Jan: Peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berkata, tindakan peguam negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan kes fitnah II, membuktikan penganiayaan politik terhadap ketua pembangkang itu.
Beliau mengulas keputusan Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dari pertuduhan liwat, 9 Januari lalu.
Dalam satu kenyataan segera lewat petang tadi, Sankara berkata beliau belum secara rasmi dimaklumkan perkara itu oleh pihak pendakwa.
“Bagaimanapun jika benar, maka itu adalah paling disesali dan kejam kerana hakim perbicaraan telah menyatakan dengan ringkas, dalam keputusannya yang bukti penting (perbicaraan) sudah “diusik “.
“Maka asas kes pendakwaan sudah termusnah, menyebabkan sebarang rayuan, tidak kira berapa kali, adalah satu tindakan terakhir dan sia-sia.
“Nampaknya ia adalah satu kes penganiayaan politik terhadap Anwar dan bukan tujuan pendakwaan,” tegas beliau.
Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman berkata beliau mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.
Keputusan itu disambut baik badan-badan perundangan di Malaysia dan luar negara, serta dialukan oleh pemimpin dan masyarakat antarabangsa.
12 ulasan :
Syukur kpd Allah SWT, atas izinya rayuan Sdr Saiful ke Mahkamah rayuan dapat diteruskan untuk diadili semula.
Semoga Allah SWT makbulkan semua Doa doa untuk kesaksamaan dan keputusan yg maha adil menyebelahi Sdr saiful. Amin Yarabul Alamin
masing2 punya hak untuk diadili seadil-adilnya.
Tengok saja la apa kesudahan semua tu
It seems we have yet to see the end of this matter.
irregardless, it's still Saiful's right to make an appeal.
i find it quite odd that he claimed on his blog that he is 'at peace' with the court's verdict and yet he file for a motion of appeal. OXYMORON
kes ini nampaknya akan dipanjangkan lagi, kita tggu keputusan rayuan tersebut.
Semoga kebenaran diperlihatkan.
Nampaknya Saiful tidak akan putus asa bagi memastikan kebenaran dapat dibuktikan.
Semoga kes ini hanya setakat ini saja. Kes ini sudah bertahun-tahun lama dan hanya memeningkan kita memikirkannya.
manusia tidak berhak untuk mengadili setiap perbuatan sesama manusia. kadang2 keputusan mahkamah sendiri ada kesilapannya. hanya Tuhan yang berhak dan maha mengetahui segalanya, yang tersurat mahupun yang tersirat.
rayuan mungkin memberi harapan untuk Saiful mendapatkan keadilan bagi pihaknya. namun, adakah kemungkinan Anwar akan disabitkan kesalahan dan dipenjarakan semula jika rayuan Saiful berjaya?
pihak saiful baru sekali buat rayuan sudah disifatkannya sebagai penganiayaan.. adakah orang biasa yang tidak mempunyai ramai penyokong seperti Anwar melainkan sokongan keluarga tidak berhak mendapat keadilan??
Post a Comment