Tuesday, January 17, 2012

Sejak Datuk Salleh menjadi 'hamba' politik kepada Musa Aman di Sabah, pemimpin yang pada mulanya mampu mencernakan buah fikiran kepada keutuhan politik di negeri ini telah menunjukkan perubahan yang sangat besar. Beliau tidak sudah mengendahkan apa juga isu di Kota Belud di mana dia adalah ketua UMNO bahagian. Kenyataan yang selalu dibuatnya mencerminkan "mempertahankan' kepimpinan MUsa Aman. Bahkan kadang-kadang terlebih sudu dari kuah. 

Ucapan beliau pada Persidangan UMNO lepas disifatkan oleh kebanyakkan ahli UMNO Kota Belud sebagai "mengampu' dan "memuakkan" segala puji-pujian yang dilontarkan kepada Najib terlalu tinggi sehingga tidak menjejak kaki di bumi umpama riwayat kehidupan "pramugara yang Melampau" lagaknya.

Terkini, Datuk Salleh yang sudah dicap sebagai 'jurucakap' politik Musa Aman di Sabah sekalipun tidak ada surat lantikan kepada portfolio berkenaan sekali lagi membuat kenyataan,bahawa UMNO dan BN di Sabah kononya sudah cukup bersedia untuk menghadapi pilihanraya Awal yang diadakan secara mengejut. kenyataan ini membayangkan seolah-olahnya Kesepaduan dan perpaduan di kalangan pemimpin UMNO Sabah cukup teguh dan utuh lebih-lebih lagi melibatkan parti komponen BN di Sabah. 

Sedangkan pada realitinya semua orang tahu bahawa pergolakan di kalangan pemimpin UMNO Sabah dan parti-parti komponen BN cukup tragis dan maha hebat gelojaknya.Seolah-olah juga memberikan signal kepada Najib bahawa Datuk Salleh masih punya pengaruh besar dalam perubahan  landskap politik Sabah di bawah panji-panji USBOnya, sedangkan sudah ramai yang mempertikaikan kredibiliti USBO dan beberapa AJKnya turut menyatakan pro mereka kepada pembangkang.

Dalam kenyataan itu juga yang dikeluarkan oleh BERNAMA memetik bahawa Datuk Salleh menyatakan betapa teguhnya sokongan akar umbi kepada BN dan UMNO di Sabah. Kenyataan yang dibuat ini bukan sahaja mengelirukan tetapi tidak menunjukkan realiti yang sebenarnya. Datuk Salleh hanya bersandarkan kepada laporan kuncu-kuncunya kerana sebelum ini Datuk Salleh adalah antara pemimpin UMNO yang paling kurang turun padang mendengar keluh kesah peringkat akar umbi. Kenyataan ini bukan dibuat secara melulu tetapi boleh ditanya kepada AJK UMNO Kota Belud sekarang ini, berapa kali Datuk Salleh terlibat dalam program rakyat di Kota Belud selama beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian selepas berjaya mengalahkan Datuk Musbah dalam perebutan yang cukup sengit sehingga merekodkan sogokan wang tertinggi mencecah RM2000 kepada setiap perwakilan.

Kemudian boleh juga diajukan sudah berapa kali Datuk Salleh turun padang mendengar keluhan rakyat yang dibelenggu beberapa isu besar di Kota belud ini. walaupun alasanya beliau bukan 'wakil' rakyat tetapi pengaruh dan statusnya selaku ketua UMNO Kota belud memungkinkan campurtangan beliau dalam menyelesaikan masalah rakyat tetapi itu tidak dilakukan oleh Datuk Salleh dan bagaimana beliau boleh menyatakan bahawa sokongan akar umbi masih berada pada kedudukan sangat teguh? Malahan ramai yang meramalkan jika Datuk Salleh menjadi calon pada mana-mana kawasan pilihanraya di Kota Belud belum tentu akan memenanginya dengan mudah seperti dulu. Najib perlu tahu dan harus tahu bahawa Golongan Muda yang berada pada kedudukan atas pagar nyata bukan sudah milik mutlak Datuk Salleh. Jika tidak arang melintang dan tidak ada unsur sabotaj di kalangan pembangkang di Kota Belud, PRU 13 nanti akan memperlihatkan peningkatan sokongan kepada parti selain dari UMNO dengan cukup besar.



KOTA BELUD, 13 Jan (Bernama) -- Umno Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum walaupun jika diadakan secara mengejut, kata Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Beliau berkata Umno Sabah akan berhempas pulas memberi kemenangan bagi membolehkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperoleh mandat jelas dalam pilihan raya akan datang untuk terus mentadbir negara.


"Jentera peringkat bawah Umno Sabah sangat teguh. Jentera kami di bahagian bawah sudah bersedia mempertahankan Sabah, dan bersama-sama parti komponen lain menjadi benteng kepada Barisan Nasional," katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pilihan raya Umno Bahagian Kota Belud di sini hari ini.


Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, diminta mengulas laporan agensi berita AFP semalam yang memetik Najib sebagai berkata bahawa beliau berharap untuk mengadakan pilihan raya tidak lama lagi.


Bagaimanapun, Najib juga dipetik dalam temu ramahnya dengan Dow Jones Newswires bahawa beliau tidak akan mengadakan pilihan raya umum sehinggalah dapat menunaikan janji yang dibuat baru-baru ini untuk memperkenalkan pembaharuan demokratik.


Selain parti-parti komponen terdiri Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Bersatu Pasokmomogun Kadazandusun Murut (Upko) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah, semuanya parti yang berasaskan kaum Dusun, dan Parti Liberal Demokratik berasaskan kaum Cina, BN Sabah juga mengandungi parti-parti berpangkalan di Semenanjung seperti Umno, MCA, MIC dan Gerakan.


Dalam pilihan raya 2008, BN Sabah memperoleh kemenangan di hampir kesemua 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi negeri, tewas hanya bagi kerusi Parlimen Kota Kinabalu dan kerusi negeri Sri Tanjung.

41 ulasan :

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Dt Salleh buat kenyataan disifatkan tdk serupa bikin.
Grass root sudah siap sedia menghadapi pru ke-13.Kenyataan ini ditiup oleh kroni kroni Dt Salleh.

Mana mungkin ada persediaan di cawangan cawangan?. Sedangkan Dt Salleh tidak turun tunjuk muka.

Boleh ditanya, mana cwgan cwgan UMNO yg pernah DT Salleh kunjungi
atau lawati! Sejak dia ambilalih jawatan Ketua Bahagian.

Macam Dt Salleh ada ilmu ghaib, setiap ada pru, agak boleh menang.
pru ke-13 belum tentu ada peluang Dt Salleh menang.

Silap langkah kecundang ditangan pembangkang. Anak anak muda mirip untuk menyokong pembangkang. Mereka sedikit sebanyak ada ilmu pengetahuan dan terpelajar.

Jangan perlekehkan pihak lawan. Mereka juga sentiasa melihat kesilapan BN Kota Belud.

Mereka juga berhak untuk menawan semua 3 DUN dan satu kawasan parlimen.

Anak Sabah said...

BN perlulah memastikan pergolakan kabinet diselesaikan dengan baik supaya ia tidak menjejaskan perjuangan mereka dalam pilihanraya nanti. Pastikan masalah dalaman dapat ditangani dengan baik, semua parti komponen perlulah bekerjasama.

Anak Sabah said...

Rakyat sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya, diharapkan BN juga bersedia menghadai PRU-13 ini.

DorianG said...

These internal affairs within the party should be resolve.

DorianG said...

we shall wait and see as to where the people cast their vote during GE-13

Anonymous said...

segala masalah dalam harus diselesaikan dgn cara baik.

Anonymous said...

setiap ahli mmg harus menyokong ketua mereka.

Kris Jr said...

terserah kepada pengundi KB. Mereka lebih tahu pemimpin mana yang boleh membela nasib mereka atau tidak

twenty12 said...

Dtk Salleh kena hati-hati bila membuat kenyataan. Jangan nampak sangat terlalu memuji. Nanti orang ragu-ragu dengan ketelusan Dtk.

twenty12 said...

Lebih baik para pemimpin amalkan action speaks louder than words.

twenty12 said...

Mana-mana parti pun ada konflik dalaman masing-masing dan terpulang kepada kebijaksanaan barisan kepimpinan untuk mencari jalan penyelesaian. "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Majoriti 47 undi,yg dperolehi oleh Dt Salleh semasa perebutan Jawatan Ketua Bahagian, mengalahkan Hj Musbah,tidak menggambarkan masih kebal dgn pengaruh di Kota Belud.

Sejak memenangi perebutan Bahagian yg lalu. Sejak itu juga Dt Salleh menghilang diri dari pandangan Ketua ketua Cawangan.

Bagaimana rakyat KBelud harus terima kenyataan yg disampaikan melalui media bacaan, konon semua Cawangan Cawangan sudah siap sedia untuk menghadapi pru ke-13?

Dalam Bahagian pun belum lagi terurus. Salah seorg ahli sudah pun tinggalkan UMNO KBelud. Kini berada di perahu PKR.

Mungkin ada sebab sebab kenapa sdr Musli Oli tidak ingin berjuang bersama Dt Salleh?

Sumber sumber dipetik dari dalam Bahagian KBelud. Kemungkinan ada lagi beberapa individu bakal ikut jejak Sdr Musli Oli. Jika Sdr Salleh Said masih dgn perangainya tidak ambil perduli tentang Bahagian UMNO KBelud.

Sumber mengatakan, gaya kepimpinan DT Salleh yg asyik memuja memuji Ketua Pimpinan Negeri, amat merimaskan perasaan AJK Bahagian, termasuklah semua Ketua Ketua Cawangan.

Disarankan kpd Dt Salleh, agar perbaiki dahulu beberapa kelemahan kelemahan kepimpinan. Acapkali turun berjumpa dgn pihak Cawangan Cawangan, akan menjadi sebagai pengubat sakit kepala dalam UMNO KBelud.

Paquin said...

Masalah dalaman sesuatu parti haruslah dileraikan segera.

Paquin said...

Sebaiknya setiap ahli dalam sesuatu parti perlu hormat pada ketua. Kalaupun timbul percanggahan pendapat, tangganilah dengan cara yang profesional.

Paquin said...

Soal ucapan Datuk Salleh yang kononnya 'mengampu' tu, terpulanglah pada individu utk menilaianya.

Paquin said...

Paling penting sekarang ini ialah semua pihak harus ready dengan kemunculan PRU13 dan lakukanlah apa yang sepatutnya dibuat.

Paquin said...

Saya yakin rakyat tahu apa yang terbaik buat mereka dan sama2 kita nantikan siapa yang akan berjaya tambat hati rakyat nanti.

Anonymous said...

sudah banyak pihak yang mengatakan bahawa Datuk Salleh ni nampak sangat suka memuji KM dan jadi jurucakap untuk KM lagi pula tu. rasa2nya macam ada niat lainnya tu.

Nemia said...

Where is Salleh now?

Hamdan Hadillah said...

Gabungan antara DAtuk Salleh dengan Datuk Musa Aman adalah yang terbaik setakat ini. Maka pasti ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kerjasama antara dua pemimpin BN ini. Mereka sememangnya sefahaman untuk membangunkan Sabah.

kamilla said...

Terpulang kepada pengundi siapa yang mereka pilih untuk mewakili mereka.

kamilla said...

Segala masalah yang terdapat dalam Parti harus diselesaikan dengan segera.

kamilla said...

Terpulang kepada rakyat untuk menilai beliau..masing2 ada pendapat masing2.

kamilla said...

Tapi datuk salleh jangan memuji sangat..nnti orang lain akan bersangka buruk biarpun niat kita sebenarnya ikhlas..

kamilla said...

Jadi semua harus berfikiran positif lah jangan negatif sangat.

azman said...

sebagai satu pasukan memang wajarlah jika Datuk Salleh bekerjasama rapat dengan Musa Aman.

azman said...

sebagai pemimpin pasti akan ada orang yang suka dan ada yang tidak. itulah lumrahnya.

azman said...

yang penting pemimpin perlu sentiasa berusaha untuk mendekati rakyat dan menyelesaikan permasalahan rakyat.

Anonymous said...

Pasti ada pandangan positif dan negatif, tidak perlu teramat menumpu perhatian ke atas perkara sebegini.

Anonymous said...

Resolve the internal affairs before things get worst. The leader should be competent to resolve the issue.

Anonymous said...

Tumpuan harus berada kepada rakyat.

Anonymous said...

Im sure the people in KB know who to choose and who can voice and strike more for them.

Anonymous said...

Parti komponen harus berjuang menghala misi yang sama, kesefahaman antara satu dan yang lain adalah penting supaya rakyat lebih berkeyakinan.

onong said...

Banyak perkara yang bukan dibuat untuk tontonan umum.

unknown said...

I hope no more speculations about Salleh.

Anonymous said...

Apa yang diharapkan daripada semua adalah untuk menjadi rasional semasa membuat keputusan … marilah kita menentukan nasib kita dengan bijak.

Anonymous said...

Mudah-mudahan kita akan mengalami satu pilihan raya yang bebas dan adil.

Anonymous said...

Berharap rakyat semua mengundi dengan bijak.

Anonymous said...

kerana kemenangan/kekalahan parti kegemaran anda itu adalah di tangan anda sendiri!

Anonymous said...

rakyat Sabah sendiri yang akan menentukan masa depan Sabah.

nickko said...

apa yang perlu diherankan.. siapa lagi yang wajar menyokong kepimpinan KM Sabah kalau bukan pemimpin2 bawahannya?? lumrah dalam politik ba tu.. begitu juga dengan pemimpin2 pembangkang..