Friday, January 27, 2012

SEMPORNA :PEMIMPIN TURUN BERI BANTUAN RAKYAT (BR1M)




SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Haji Nasir Tun (Dr.) Sakaran bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Sulabayan,Datuk Haji Harman Mohamad; Adun Kawasan Bugaya,Datuk Haji Ramlee Marahaban dan Pgawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K. Baba telah menyampaikan Bantuan Rakyat 1M (BR1M) kepada 100 orang penerima di Dewan Masyarakat Semporna baru-baru ini.

Dato Sri Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang,menjelaskan penerima BR1M yang layak bagi daerah itu seramai 9,801 dan akan menerima bantuan itu secara berperingkat bagi melicinkan penyampaian kepada semua penerima.

Sehubungan itu,Nasir menasihatkan penerima BR1M memanfaatkan bantuan tersebut membelanjakannya untuk keperluan keluarga.

Katanya,kerajaan memang amat prihatin dan meneruskan tradisi membela rakyat dengan pelbagai bantuan termasuk menyalurkan bantuan kepada golongan nelayan,petani dan golongan PPRT/KIRT serta rakyat yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum, fahaman politik mahupun anutan agama.

Nasir juga menasihatkan penerima yang belum menerima bantuan itu supaya bersabar dan tidak mendengar propaganda yang sengaja disebarkan pihak tertentu mengenai bantuan ini kerana bantuan itu sebenarnya adalah bantuan ikhlas daripada kerajaan untuk rakyat dan bukan seperti sangkaan sesetengah pihak yang sengaja cuba menggagalkan usaha kerajaan mengasihi rakyatnya.

41 ulasan:

antap January 27, 2012 6:24 PM  

bantuan BR1M yang diberikan harus digunakan dgn baik untuk keperluan hidup.

antap January 27, 2012 6:25 PM  

semoga semua yang memohon akan mendapat bantuan tersebut.

Paquin January 27, 2012 6:44 PM  

Kenapa asal bagi bantuan kan semua mesti mahu ada gambar masuk dalam media. Maka duit tu pun duit rakyat juga sebenarnya... adehh.

Paquin January 27, 2012 6:45 PM  

"...Penerima BR1M yang layak bagi daerah itu seramai 9,801..."

Punya ramai.... Belum campur tempat lain. Kerajaan tak nampak kah betapa kesiannya rakyat Sabah. huhuhu

Paquin January 27, 2012 6:47 PM  

Jadi pastikan semua penerima bantuan dapat BR1M dan gunakanlah bantuan itu seadanya.

Paquin January 27, 2012 6:48 PM  

Cuma saya hairan kalau betul BR1M ni tak bermotifkan politik, napa ada penerima yang belum daftar mengundi tak dapat bantuan ni????

Paquin January 27, 2012 6:49 PM  

Bukan itu saja masa hantar borang pun dorang akan tanya 'mengundi di mana'???? Aish memang tipu lah kalau mcm ni kan???

Paquin January 27, 2012 6:50 PM  

Semoga BR1M adalah bantuan yg ikhlas dan memang utk rakyat :)

Jason January 29, 2012 8:27 AM  

Make sure only those who fits the criteria are given the aid.

Jason January 29, 2012 8:33 AM  

Paquin said...
Kenapa asal bagi bantuan kan semua mesti mahu ada gambar masuk dalam media. Maka duit tu pun duit rakyat juga sebenarnya... adehh.

January 27, 2012 6:44 PM

This is to inform people that the aid were given to the people as promised. Isn't it good to know where and what our money were used for?

Jason January 29, 2012 8:36 AM  

Paquin said...
Cuma saya hairan kalau betul BR1M ni tak bermotifkan politik, napa ada penerima yang belum daftar mengundi tak dapat bantuan ni????

January 27, 2012 6:48 PM

Where did you get your information from?? How come i have friends who is not registered as voter received this aid. Its most probably just coincidence.

Jason January 29, 2012 8:38 AM  

nevertheless, i do hope this aid were given to the people out of sincerity and not to fish votes from the people.

Anak Sabah January 29, 2012 4:26 PM  

Harap rakyat Semporna yang layak mendapatkan bantuan BR1M ini akan sabar menunggu peluang kerana pengagihan ini akan dilakukan secara berperingkat.

Anak Sabah January 29, 2012 4:27 PM  

Yang penting bantuan BR1M ini menepati sasaran mereka iaitu mengurangkan bebanan kehidupan rakyat.

Hinamori January 29, 2012 6:32 PM  

Harap bantuan2 seumpama akan berterusan dalam membantu meringgankan beban2 rakyat.

Kris Jr January 29, 2012 6:33 PM  

Gunakan bantuan tu sebaik mungkin.

Kris Jr January 29, 2012 6:37 PM  

Paquin said...

Cuma saya hairan kalau betul BR1M ni tak bermotifkan politik, napa ada penerima yang belum daftar mengundi tak dapat bantuan ni????


Paguin, kalau ada bukti kasi sekali jangan menaip saja di sni.

DorianG January 29, 2012 9:40 PM  

Hopefully the BR1M will be given to those who are qualify and truely needed this assistance

DorianG January 29, 2012 9:41 PM  

In turn the recipients will utilize the fund appropriately

Alexis January 31, 2012 5:23 PM  

ada bantuan banyak juga kritikan, tiada bantuan lagilah la. memang sentiasa ada yang tidak memuaskan hati kalau selalu pandang negatif terhadap kerajaan.

Alexis January 31, 2012 5:27 PM  

memang ada syarat untuk memohon BR1M tapi kalau soal ada daftar undi atau sebaliknya, tiada pula dinyatakan sebagai syarat. hairan macam mana si Paquin boleh buat kesimpulan awal sedangkan mungkin sorang dua saja yang dia tau tidak dapat BR1M sebab tiada daftar. boleh jadi juga ia cuma satu kebetulan.

zam January 31, 2012 11:40 PM  

mereka yang mendapat batuan tersebut perlu menggunakan wang tersebut dengan sebaiknya.

zam January 31, 2012 11:41 PM  

semoga semuanya berjalan lancar dan mereka yang layak menerima bantuan ini.

zam January 31, 2012 11:42 PM  

teruskan usaha untuk membantu rakyat dan meringankan beban rakyat.

Wazxiran February 1, 2012 5:57 PM  

Kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak bermusim.
Pemberian pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat oleh BN bukan retorik serta strategi untuk meraih populariti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) seperti dakwaan pihak pembangkang.

Ini untuk meringankan beban rakyat. Pemberian pelbagai bentuk bantuan merupakan bukti keprihatinan BN terhadap kebajikan rakyat.

Wazxiran February 1, 2012 5:59 PM  

Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada rakyat bukan rasuah atau sogokan seperti yang didakwa pihak pembangkang. Cuma itu hanya mainan politik yang dibuat oleh pembangkagn sendiri. Maka kita perlu sedar akan keprihatian yang dibuat oleh kerajaan. Dimana kita dapat kerajaan yang ada seperti sekarang ini?? Kita kira beruntung ada pemimpin seperti ini.

Batresiah February 1, 2012 6:01 PM  

Bantuan itu lebih kepada sumbangan ikhlas kerajaan untuk membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Oleh itu rakyat tidak mudah terpedaya dengan dakyah pihak pembangkang yang sememangnya tidak pernah berpuas hati dengan apa juga kebaikan yang dilakukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini. Kebaikan yang dibuat diputar belitkan oleh mereka.

Batresiah February 1, 2012 6:02 PM  

Cuba kita fikirkan sendiri, apa sahaja yang dilakukan kerajaan BN tidak pernah dianggap baik oleh pihak pembangkang, ini termasuklah pemberian BR1M yang kononnya “sogokan” untuk rakyat terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13).

Semua itu cuma provokasi pihak pembangkang yang cuba meracuni pemikiran rakyat.

Kebetulan pemberian BR1M disampaikan ketika di ambang PRU -13 justeru mereka lebih gemar memainkan isu tersebut.

Hanroizin February 1, 2012 6:06 PM  

BR1M diberikan kepada rakyat yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan, tanpa mengira bangsa atau agama serta ideologi politik. Sehubungan rakyat supaya memanfaatkan bantuan RM500 untuk menyediakan keperluan keluarga terutamanya anak-anak. Kerajaan memberikan bantuan bukannya suka-suka tapi untuk memastikan rakyat berpuas hati dengan tanggungjawab yang diberikan oleh kerajaan.

me gusta February 1, 2012 11:25 PM  

Jika jumlah yang menerima BR1M ini banyak, apakah tandanya? Sabah memang negeri termiskin di M'sia? Apa2 pun, kerajaan kena terus beri bantuan dan rakyat juga kena terus berusaha untuk baiki taraf hidup mereka.

mike February 2, 2012 3:14 AM  

BR1M harus digunakan dengan sebaiknya..

mike February 2, 2012 3:16 AM  

BR1M merupakan bantuan ikhlas kerajaan kepada rakyat..

mike February 2, 2012 3:17 AM  

diharap bantuan ini akan diteruskan pada tahun2 akan datang..

nickko February 2, 2012 10:22 PM  

melakukan aktiviti turun padang dengan menghulurkan bantuan kepada rakyat jauh lebih baik daripada turun padang sekadar menghulurkan air liur (berkempen)..

Anonymous February 3, 2012 10:45 PM  

Yang penting tidak membebankan kerajaan.

Anonymous February 3, 2012 10:54 PM  

Seharus positif dengan bantuan yang diberi oleh kerajaan.

aku baini February 12, 2012 4:54 AM  

berharap orang-orang yang berjaya menerima bantuan ini menggunakannya dengan baik

aku baini February 12, 2012 4:55 AM  

Sokongan itu menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar komited untuk membantu rakyat

aku baini February 12, 2012 4:55 AM  

bantuan seperti ini rasanya patut diteruskan setiap 6 bulan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan

aku baini February 12, 2012 4:56 AM  

semoga BN mendapat mandat dari rakyat untuk kekal memerintah Sabah

aku baini February 12, 2012 5:01 AM  

bantuan sedemikian bukanlah untuk memberi gambaran negetif kepada parti pembangkang bahawa ianya untuk memancing undi dari rakyat semata-mata

Kelapa Mawar

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP